• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Bomoh, kebudayaan, Islam dan keadilan

Asam Pedas oleh Norhayati Kaprawi

March 24, 2014

SEWAKTU semua pihak menumpukan pencarian kapal terbang Malaysia Airlines MH370, upacara yang dilakukan di KLIA oleh Ibrahim Mat Zin, yang mengaku sebagai Raja Bomoh, telah menjadi bahan ejekan di dalam dan di luar negara. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengugut untuk menangkap sesiapa saja yang melakukan sebarang upacara bagi mengelak amalan syirik dari dilakukan lagi.

Ada yang cepat mendakwa apa yang dilakukan oleh Ibrahim adalah sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Adakah ia benar amalannya itu sesat atau murtad? Dan apakah yang dikatakan oleh ajaran Islam berkenaan dengan amalan-amalan sebegini?

Mana bukti sesat?

Aksi bomoh di KLIA itu dilihat sebagai melucukan bukan saja oleh orang-orang luar negara dan bukan Melayu, malah oleh orang-orang Melayu sendiri. Padahal, orang Melayu masih agak menerima atau menghormati bomoh, dukun, pawang dan sebagainya.

Lalu apabila ramai rakyat Malaysia termasuk orang-orang Melayu sendiri merasa malu dan marah dengan perbuatan bomoh tersebut, maka ia menjadi sesuatu yang harus difikirkan oleh bomoh tersebut. Ramai yang melihatnya sebagai suatu aksi kelakar murahan yang seperti tidak peka terhadap perasaan keluarga mangsa tragedi MH370.

Ibrahim Mat Zin di KLIA (Gambar petikan Youtube)
Ibrahim Mat Zin di KLIA (Gambar petikan Youtube)

Namun, saya tidak setuju jika beliau dituduh sesat. Apakah buktinya yang dia sesat? Para pengkritik bomoh itu juga sebenarnya tidak tahu apakah memang benar dia jujur dan ikhlas dalam ikhtiar untuk menolong. Apa yang ada dalam hati mereka, hanya Tuhan yang tahu. Apakah dia ada mengeluarkan kata-kata dan melakukan perbuatan yang jelas buat mereka terkeluar dari Islam? Apakah ada ahli agama yang telah menyelam dalam hatinya dan mengesahkan imannya memang telah rosak atau hilang?

Pada saya, sesat atau murtad itu tidak, hanya saja bahasa kasar dan cakap besarnya itu tidak mencerminkan keperibadian bomoh yang terhormat.

Siapa yang boleh menentukan sesat atau murtad?

Apabila Lina Joy, Kamariah Ali dan beberapa orang Islam lain yang tidak lagi mahu diiktiraf secara rasminya sebagai orang Islam di Malaysia ini, institusi-institusi dan pertubuhan-pertubuhan agama serta orang-orang Islam bersungguh-sungguh mahu menghalangnya, atas nama mahu mempertahankan Islam.

Sekarang ini pun ada kes seorang wanita Indonesia yang, walaupun telah mengemukakan bukti kukuh bahawa beliau beragama Kristian, namun mahkamah syariah tetap bertegas mahu dia dibicarakan sebagai seorang Islam.

Jika dilihat sikap mereka, sepertinya kalau boleh, mereka tidak mahu walau seorang pun orang Islam yang keluar Islam atau menjadi murtad. Akan tetapi, perbuatan mereka tidak menunjukkan begitu. Hakikatnya, kerap sekali kita dengar tokoh-tokoh atau orang Islam yang cepat melabelkan orang yang mereka tidak sukai atau tidak setujui pendapatnya sebagai sesat atau murtad. Maka orang yang dalam hati mereka tidak pernah terlintas walau sedetik pun untuk keluar Islam telah dimurtadkan oleh “pejuang-pejuang agama yang mahu mempertahankan Islam” itu.

Beberapa NGO dan aktivis pejuang hak asasi manusia dan hak asasi wanita kerap dilabel sebagai “liberal” dan sering dituduh sebagai sesat atau murtad, hanya kerana mereka punya pendapat dan pendirian berbeza dalam beberapa hal.

Jadi sepertinya ada orang Islam yang mahu berlagak seperti Tuhan, yang mahu buat keputusan mutlak siapa yang mesti tetap beriman dengan Allah swt serta kekal dalam Islam, dan siapa yang harus dikeluarkan dari Islam.

Ada banyak sebab mengapa sesetengah orang mahu keluar Islam, antaranya kerana masuk Islam untuk berkahwin bagi memenuhi syarat jabatan agama. Lalu apabila perkahwinannya musnah, maka mahu kembali ke pangkuan keluarga dan agama asalnya. Ada yang mempunyai pengalaman negatif di kalangan masyarakat Islam, terutamanya atas sikap keras pemimpin agamanya. Ada yang menghadapi pengalaman hidup yang buruk membuatkan dia tidak lagi percaya yang Tuhan itu ada.

Karen Armstrong (Wiki commons)
Karen Armstrong (Wiki commons)

Ada kalanya, walaupun seseorang itu kata dia sudah tidak percaya Tuhan, namun hati kecilnya sebenarnya masih mengakui adanya kuasa besar yang melebihi segala-galanya. Mungkin juga dia masih percaya pada Tuhan. Hanya saja, dia membenci institusi agama yang ditadbir oleh negara yang mungkin bersikap keras, kejam atau tidak adil.

Begitulah antara apa yang pernah dikatakan oleh Karen Armstrong sewaktu beliau di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu. Beliau menjelaskan bahawa tanggapan gereja itu hampir kosong kerana orang di kota London tidak lagi percaya pada Tuhan itu tidaklah semestinya benar. Menurut pendapat beliau, sesetengah dari mereka bukannya tidak percaya pada Tuhan, akan tetapi hanya menolak institusi agama.

Oleh kerana itu, pada saya, iman itu urusan manusia dengan Tuhan. Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui, Pengasih, Penyayang dan Pengampun sahaja yang boleh menilai isi hati dan keimanan seseorang. Bukankah Tuhan sahaja yang boleh beri atau tarik hidayah keimanan pada seseorang? Prof Dr Mohammad Hashim Kamali sering menjelaskan bahawa al-Qur’an tidak ada memberikan hukuman dunia pada orang yang keluar Islam dengan aman. Al-Qur’an menyatakan bahawa pengadilannya hanya akan dibuat oleh Allah Yang Maha Berkuasa di akhirat kelak.

Pengharaman acara kebudayaan 

Selain dari sikap senang menyesat atau memurtadkan sesama orang Islam, ada satu lagi mangsa yang sering diharamkan oleh penguasa agama, iaitu seni kebudayaan kita.

Sesetengah agamawan sikapnya seperti agak bermusuhan dengan seni budaya masyarakatnya sendiri. Amalan-amalan seperti Mak Yong dan Kuda Kepang telah diharamkan oleh penguasa-penguasa agama.

Pak Agus (Sumbangan Norhayati Kaprawi)

Menurut ahli sejarah di Indonesia, Pak Agus Sunyoto, seni gamelan malah dibawa ke nusantara Melayu oleh Wali Songo, iaitu pendakwah-pendakwah yang telah menyebarkan Islam di nusantara Melayu. Para Wali Songo tidak memusuhi kesenian dan adat resam masyarakat tempatan. Malahan, mereka merangkul kesenian dan adat budaya masyarakat tempatan dan mengajak mereka mendekati agama dengan cara itu.

Wali Songo juga telah menyemarakkan dan mendemokrasikan seni. Wayang kulit yang pada asalnya hanya eksklusif dimainkan di istana sahaja, kemudiannya telah dimainkan oleh Wali Songo pada rakyat jelata agar mereka turut menikmati dan mendapat pengajaran dari cerita-cerita hikayat tersebut. Wali Songo faham benar bahawa seni mampu menghidupkan jiwa dan mendalamkan ilmu serta mengembangkan pemikiran orang ramai. Kesenian juga membuatkan orang yang menghayatinya lebih peka pada kehidupan di sekelilingnya dan menguatkan jati dirinya.

Mungkin agamawan masakini perlu mengambil iktibar dan belajar dari Wali Songo. Usahlah suka bersikap keras dan memusuhi kesenian dan adat budaya bangsa sendiri. Bukankah Al-Qur’an sendiri telah berfirman bahawa Allah swt sengaja mencipta manusia berbangsa-bangsa dan bersuku kaum agar kita semua saling kenal mengenal antara satu sama lain?

Yang pasti, Islam bukan Arab dan Arab juga bukan Islam. Di dalam khutbahnya yang terakhir, Nabi Muhammad  s.a.w. sendiri menyatakan bahawa bangsa Arab itu tidaklah lebih tinggi darjatnya dari bangsa-bangsa lain. Pak Agus Sunyoto pernah menyatakan bahawa jika kita mengatakan hanya budaya Arab sahaja yang Islamik, maka bukankah itu seperti kita telah menuduh Tuhan itu tidak adil? Padahal, bukankah bahasa, pakaian, adat resam, budaya dan kesenian itu semuanya merupakan sebahagian dari identiti sesuatu bangsa atau sesuatu suku kaum?

Jika Tuhan sendiri mengiktiraf akan keunikan sesuatu bangsa dan menyuruh manusia mengenal budaya bangsa lain juga, maka mengapa agamawan Malaysia ada yang mahu menghapuskan budaya bangsanya sendiri? Katakuncinya ialah untuk mengenali, bukan menakluki.

Apabila kesenian budaya tradisi kita sendiri diharamkan dan menjadi pupus, maka haruskah anak-anak muda dipersalahkan jika mereka mereka menyukai muzik barat dan pergi ke konsert-konsert?

Wayang kulit asalnya ekslusif  dimainkan di istana sahaja (Wiki commons)
Wayang kulit asalnya ekslusif dimainkan di istana sahaja (Wiki commons)

Bomoh, Islam dan keadilan

Dalam hal bomoh pula, janganlah hanya mahu mengatakan bomoh itu perlu dihapuskan hanya kerana aksi Ibrahim Mat Zin. Dalam apa jua profesion, ada ahlinya yang mungkin melanggar etika profesion tersebut. Namun itu tidak bermakna profesion itu tidak bagus. Ada doktor yang bagus dan ada juga doktor yang tidak bagus atau tidak beretika. Sebenarnya, bukan saja bomoh atau dukun, malah ulama, ustaz dan ustazah pun ada yang baik dan ada yang tidak baik.

Bomoh, dukun, pawang, semuanya sudah menjadi sebahagian dari budaya Melayu. Bila pergi berubat di hospital tidak sembuh-sembuh juga, ada yang pergi jumpa bomoh atau perubatan cara tradisional, dan dengan kuasa Tuhan baiklah pula. Ada pula yang ulang-alik pergi jumpa bomoh, tidak pulih-pulih, akhirnya ke hospital dan sembuhlah pula.

Bila orang sakit, kita tidak boleh cegah atau mengutuk mereka dari berikhtiar melalui pelbagai cara, terutamanya bila kita sendiri pun tidak dapat menolong dia.

Pendeknya, masyarakat kita harus bijaksana dalam membuat penilaian dan tidak harus cepat melabel atau menghukum seseorang atau sesuatu profesi atau kesenian sebagai sesat atau haram. Kalau kita sering menuntut sistem kehakiman agar adil, maka kita juga janganlah suka menghakimi sesuatu dengan tidak adil pula. The Nut Graph


Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita dan juga pembuat filem.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns Tagged With: Allah, Asam Pedas, bomoh, Ibrahim Mat Zin, islam, MELAYU, MH370, Nabi Muhammad, Norhayati Kaprawi, Tuhan

Reader Interactions

Comments

  1. kreatif says

    March 30, 2014 at 10:17 pm

    Rakyat harus berterima kashih kepada Ibrahim Mat Zin kerana belia telah memberi pengiklanan yang agak baik untuk menarik perhatian bakal pelancung kepada negara Malaysia.

    Berita tentang aksinya boleh dibandingkan dengan iklan-iklan yang kita sering lihat dipaparkan di TV untuk memperkenalkan sesuatu produk.

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph