Categorised | MP Watch

Abdullah Md Zin (Besut)

BESUT Member of Parliament (MP) Datuk Dr Abdullah Md Zin’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.

(Source: parlimen.gov.my)

Name: Abdullah Md Zin
Constituency:
Besut
Party:
Umno

Years as MP: Since 2004
Government position:
Religious advisor to the prime minister

Party position:
Besut division treasurer

Membership in parliamentary committee or caucus:
Commonwealth Parliamentary Association

Blog/Website: None

1 Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri, terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Akta ini sangat mustahak untuk menjaga keselamatan negara dan merupakan satu “tool” untuk memastikan supaya keselamatan terus dikekalkan.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Malaysia adalah sebuah negara Islam, cuma mungkin perlaksanaan Islam itu ada pelbagai pendekatan. Memang negara kita negara Islam berdasarkan kefahaman dalam perlembagaan dan amalan di mana Raja-Raja Melayu adalah Islam dan perdana menteri seorang Islam.

Bila disebut negara Islam, terpulang kepada tafsiran perlaksanaan yang berbeza. Ada pendekatan yng terlalu extreme, ada yang longgar sedikit, liberal, ada yang “moderate”.

Pendekatan yang diambil di Malaysia ialah sederhana, tidak rigid atau ketat, tidak extremis tetapi tidak terlalu liberal. Pendekatan kita di Malaysia ialah “middle path”.

3 Apakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Parlimen kita ada kebebasan untuk bercakap dan meluah pandangan dan keluhan rakyat. Dewan Rakyat adalah tempat untuk mengemukakan hujah-hujah berdasarkan pandangan rakyat.

Peranan seorang ahli parlimen Malaysia adalah menarik dan berbeza. Ahli-ahli parlimen sesetengah negara tidak ada kawasan sendiri. Wakil rakyat sini ada rakyatnya sendiri dan berkhidmat sebagai penyambung hasrat dan keperluan rakyat kepada kerajaan. Kawasan parlimen seolah-olah makmal untuk wakil rakyat melaksanakan kepimpinannya.

Sebagai ahli parlimen parti pemerintah, saya tidak menghadapi banyak masalah. Kita dapat kerjasama daripada kerajaan untuk menyumbang dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui jabatan-jabatan kerajaan.

Di setiap kawasan parlimen Barisan Nasional (BN), Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) yang terletak dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dipengerusikan oleh ahli parlimen BN. Kita ada peranan dalam merancang dan memajukan pembangunan pertanian di kawasan kita. Melalui MPPP, kita bermesyuarat dengan ketua-ketua jabatan, dengan ahli-ahli dewan undangan negeri, dan badan-badan bukan kerajaan.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Saya tidak akan komen sebab perkara ini perlu dikaji terlebih dahulu.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Ahli-ahli Parlimen perlu diperkasakan lagi dari segi gaji dan elaun. Gaji RM6,900 sebulan sama seperti guru besar sekolah. Ini sangat rendah kalau dibanding dengan ahli parlimen di Singapura dan negara lain. Ahli-ahli parlimen perlu diperkasakan lagi sebab mereka memikul tanggungjawab yang besar.

Tak perlulah seorang ahli parlimen berniaga atau berkerja untuk menampung sara hidupnya sambil berkhidmat masyarakat di kawasannya. Baik diperkukuhkan dengan memberi gaji besar supaya boleh menumpu perhatian kepada masyarakat.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Ya, ini perlu diperkekalkan sebab pengasingan kuasa adalah mustahak untuk mengadakan check and balance. 

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site