• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Seni pencetus revolusi?

Oleh Zahiril Adzim dan Fared Ayam

November 24, 2008


Aristophanes (Domain awam)
KARYA sastera dan kritikan sosial pada dasarnya mempunyai batas pemisah senipis kilauan cahaya. Kedua-duanya terlalu berhubung rapat serta sentiasa bergerak seiring. Penulisan epik pertama kira-kira 4,000 tahun sebelum masihi (SM) di tamadun Yunani adalah sebuah manifestasi dan kritikan terhadap persekitaran sosio-politik serta corak pentadbiran golongan birokrat empayar itu. Ini fakta bukan trivia.

Drama komedi Aristophanes seperti The Frogs (450 SM), misalnya, menggabungkan pendekatan dramaturgi dalam karya-karya tragedi oleh Aeschylus dan Euripides. Kedua-dua dramatis ini terkenal dengan pandangan fundamental yang mengkritik pembesar, para birokrat serta golongan kaya yang bersikap menindas dan kejam.

Bagaimanapun, kedua-dua tokoh tersebut sentiasa bersaing dalam usaha merebut hegemoni dan pengaruh di Hades. Akhirnya, secara tidak langsung dan tanpa mereka sedari, mereka telah meletakkan diri mereka dalam kancah perdebatan, seperti Mamat Khalid dengan Ahmad Idham.

Perdebatan itu berlangsung pada soal komitmen utama seorang pengarang; apakah mengetengahkan etika dan moral atau sekadar menampilkan sebuah kenyataan mimesis (mengulang kenyataan). Pengertian lain daripada perdebatan kedua-dua tokoh tersebut ialah apa fungsi drama dan semua karya sastera. Adakah ia sebagai medium pengembangan wacana atau semata-mata sekadar hiburan kepada seluruh bangsa Yunani? Begitu juga kita di Malaysia ini. Ini persoalan penting yang harus dirungkai.

Bermulanya dengan persoalan

Sejarah seringkali bermula dengan pertanyaan serta persoalan. Ia sama seperti soalan-soalan ringkas dan sederhana seperti mengenai bila bermulanya alam semesta atau kewujudan seekor ayam dan sebiji telur. Namun, proses untuk menemukan jawapan bagi soalan-soalan sederhana dan ringkas ini mengambil jangkamasa seluruh peradaban sesebuah bangsa. Dan ia biasanya tidak akan menemui titik akhir. Ya, memang payah. Kerana segalanya seakan terlalu subjektif, dan mungkin abstrak.

Sesebuah karya sastera termasuk naskhah drama atau teater adalah antara medium paling popular untuk menemukan jawapan itu atau setidak-tidaknya mengisi perdebatan.


Jorge Luis Borges (Domain awam)
Penulis Argentina, Jorge Luis Borges, melemparkan pandangan yang menarik dalam konteks ini. Beliau berpendapat, pengarang adalah sebahagian daripada struktur yang membina masyarakat, sama ada dari segi ekonomi atau sosial. Ini bererti seseorang pengarang atau penggiat seni itu akan memperkuatkan masyarakat menerusi kritikan dan pandangan yang membina, jujur, dan bernas.

Kami setuju dengan kenyataan ini, kerana tujuan kami sendiri bermain teater adalah sebagai medium untuk kami mengkritik dan memberi pandangan terhadap persekitaran. Kami juga ingin berkongsi persoalan kami bersama-sama penonton dan masyarakat untuk mereka sama-sama fikir dan rungkaikan.

Kesimpulan yang paling mudah ialah sesebuah karya merupakan medium kritikan tentang apa sahaja. Tidak hanya isu politik, ekonomi, sosial, kemanusiaan, atau budaya tetapi juga pemikiran tokoh-tokoh lain.

Dunia teks tersebut merupakan sesuatu yang unik. Ia sentiasa ada kesinambungan yang tidak pernah putus sejak manusia mengenal pendidikan dan budaya intelektual. Persoalan kritikan serta fungsi sesebuah teks sastera itulah yang menjadi asas kepada perkembangan karya sastera dunia hari ini, termasuk di Malaysia.

Realiti seni di Malaysia

Akan tetapi, apa yang berlaku di Malaysia hari ini seperti bertentangan dengan hakikat ini. Apa yang kami lihat dan rasakan kini, di Malaysia ini (bukan Malaysiakini) teramatlah mengecewakan. Kami merasakan bahawa karya-karya sastera di Malaysia sekarang terlalu mementingkan nilai komersial semata-mata, di mana komersial itu tidak melibatkan pemikiran kritikal.

Mungkin kami yang silap, mungkin kami yang rabun dan poyo. Tapi ini yang kami rasa.

Tidak ada salahnya komersial itu. Tidak haram mahupun berdosa ia selagi belum dikeluarkan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ooops! Tetapi persoalannya siapa yang menentukan apa yang komersial itu? Siapa yang meracun pemikiran kita tentang apa maksudnya “komersial”? Dan siapa yang berkuasa untuk mengiakan dan memberi sokongan? Ya, berkuasa. Siapa?


(© Ahilles / Dreamstime)
Jawapannya adalah kita dan kawan-kawan yang kita suka. Kita yang berkuasa untuk terus menyokong tanpa bertanya atau mengubah setelah bicara. Kerana kita masyarakat adalah juga pengguna, pembaca, penonton, pengikut, penyokong, pembangkang, peminat, pendengar, pemilih, pengkritik, pengadil, pengundi SMS, pemberi pandangan, serta pembuat keputusan.

Kita yang harus tentukan apa yang kita ingin lihat dan rasakan. Karya-karya sastera yang indah dengan fantasi semata-mata atau realiti dunia yang mencabar minda? Komersial yang mengunci mentaliti atau komersial yang membina mentaliti?

Pernah kami terdengar bahawa apabila sesebuah negara itu dijajah, orang-orang pertama yang akan dicari, ditangkap, dan dibunuh oleh penjajah adalah orang-orang seni atau seniman. Kenapa? Ya, kerana orang-orang seni itu dipercayai lebih berbahaya dari sesiapapun. Kerana orang-orang seni inilah yang akan mampu memupuk, mengumpul, serta mendorong rakyat untuk bangun menentang penjajah. Kami percaya perkara ini.

Memang seni itu punyai satu kuasa yang sangat kuat hingga boleh melakukan satu perubahan atau revolusi. Kerana seni itu juga boleh jadi propaganda. Terpulanglah pula ke arah mana propaganda itu dibawa.

Akan tetapi kalaulah seni di Malaysia ini terus-terusan begini, tidak kritis, tidak kreatif, dan hiburan cinta indah impak maksima semata-mata, maka susahlah kita jika dijajah lagi. Siapa yang kita boleh harapkan lagi?


Fared Ayam dan Zahiril Adzim adalah graduan baru Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Mereka sering bekerjasama dalam menghasilkan karya teater yang mencerminkan realiti masyarakat Malaysia.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns Tagged With: karya sastera, komersialisme, pejuang, seni

Reader Interactions

Comments

  1. Cinta Middle Class says

    November 24, 2008 at 11:59 pm

    You go Seniman Pejuang Rakyats!! You have my eternal support…

  2. vitamin says

    November 28, 2008 at 4:33 pm

    Hal komersial ini seakan-akan sesuatu yang kompleks untuk dibicarakan. Pada aku, pembuat akan selalu bertentangan pendapat dengan pihak pelanggan. Tetapi akhirnya, kita tetap terpaksa menurut kehendak pelanggan juga. Hal ini yang membuatkan si pembuat akhirnya akur dengan idea komersialisme.

    Tapi orang yang bijak harus pandai menggabungkan idea komersialisme dengan gagasan filosofi yang dibawa untuk membentuk revolusi. Tidak terlalu menongkah arus dan tidak terlalu mengikut arus. Perubahan drastik (revolusi) mungkin tidak tercapai. Tetapi kita masih berusaha untuk mengadakan satu evolusi. Itu sudah memadai dari kita hanya duduk mengatakan kita perlu berubah sedang kita hanya duduk bercerita itu dan ini.

    Pandangan ini hanya satu perkongsian.

  3. bobbamario says

    November 30, 2008 at 2:17 am

    Jawapannya berbalik pada entri yang pertama – Seni vs hiburan: Siapa juri?

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph