• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Nasihat tentang Piala Dunia

Secubit Garam oleh Shanon Shah

June 14, 2010

TEMPOH hari, saya tengah melayari internet mencari ilham untuk kolum saya. Saya ingin menulis tentang Piala Dunia Fifa di Afrika Selatan sebab saya memang tidak pernah cuba menulis tentang isu sukan. Bukankah perkembangan dalam dunia sukan juga merangkumi kepentingan umum? Macam biasa, saya merujuk kepada kolumnis nasihat pujaan saya, Kak Nora. Rupa-rupanya Kak Nora kali ini ada nasihat tentang bola, seiring dengan Piala Dunia. Tapi saya agak ragu-ragu dengan nasihatnya, sebab kali ini Kak Nora seolah-olah terpengaruh dengan sesuatu yang agak syak. Bacalah dan nilai sendiri.

Assalamualaikum Kak Nora,

(© fifa.com)

Saya benci suami saya. OK, pembetulan: saya sayang suami saya, tapi saya diselubungi perasaan benci dan menyampah terhadapnya dari tempoh 11 Jun hingga 11 Julai 2010. Ya, dia sekarang demam Piala Dunia. Tak guna bercakap dengan dia. Kalau saya beritahu dia bangunan sebelah tengah runtuh pun saya rasa dia tidak akan perasan — otaknya penuh dengan statistik dan berita bola sepak. Bukan itu saja, baju, seluar dan kasutnya sekarang semua terdiri daripada warna yang sama dengan pasukan Brazil sahaja. Saya sumpah, Kak Nora, seluar dalam dia pun warna kuning saja sekarang. Hari itu saya mengugut untuk melaporkan dia kepada kerajaan, biar dia buang saja kewarganegaraan Malaysia dan menjadi warganegara Brazil. Boleh tak, dia senyum saja dengan saya!

Dia bukan suami saya lagi, kak. Dia seolah-olah dirasuk dengan semangat bola. Alhamdulillah, dia masih tidak lupa menunaikan sembahyang wajib, tetapi bila saya perhati dia, saya memang syak bahawa dia sebenarnya berdoa untuk kemenangan Brazil kali ini. Kak, tidak ada masalah lainkah di dunia ini? Dia tidak boleh berdoa untuk keselamatan mangsa-mangsa gempa bumi dan letupan gunung berapi? Atau mereka yang menjadi mangsa keganasan politik di negara lain? What is wrong with him, kak? Ya Allah, kembalikanlah suami aku!

Isteri penyayang tapi geram
Lembah Pantai

Waalaikumussalam, wahai adikku,

(© fifa.com)
(© fifa.com)

Mengucaplah dulu — tak baik kita marah-marah sedangkan akak ada strategi lain yang lebih berkesan untuk adik.

Pertama sekali, akak bersimpati dengan nasib adik, sebab akak pun pernah mengalami nasib yang sama. Akak dan Mr Macho berkahwin pada tahun 1998, kira-kira sebulan sebelum Piala Dunia tahun itu. Akak pun pernah mengalami bab seluar dalam kuning a la Brazil bersama-sama Mr Macho. Selama sebulan, akak menyoal sama ada akak membuat keputusan yang betul apabila berkahwin dengan seorang yang IQnya berfungsi hanya apabila menonton perlawanan bola. Yang paling mengecewakan, apabila Brazil kecundang di arena bola tahun itu, Mr Macho pun kecundang dalam moodnya untuk bermesra dengan akak.

Tapi ini membawa kepada point kedua akak: Adik kena faham, ini bukan isu lelaki lawan wanita, atau suami lawan isteri. Itu sesuatu yang direka-reka untuk mengampu ego pihak-pihak yang menikmati manfaat daripada stereotaip seperti ini.

Adik nak tahu apa strategi akak selepas mengalami bulan sengsara pada tahun 1998 itu? Mula-mula akak cuba membalas dendam terhadap Mr Macho. Dia gilakan Piala Dunia dan perlawanan bola yang lain? Akak pula mula taksub dengan rancangan-rancangan seperti America’s Next Top Model dan Project Runway. Tetapi lama kelamaan, akak rasa strategi ini tidak berhasil — bila musim bola, akak benci dengan Mr Macho, bila musim rancangan kegemaran akak, dia pula yang mengelak akak. Perkahwinan apa macam itu?

Hidetoshi Nakata (source: nakata.net)
Hidetoshi Nakata (source: nakata.net)

Tapi pada tahun 2002, akak telah menekad untuk berubah. Mahu tidak mahu, akak telah menemani Mr Macho untuk setiap perlawanan Piala Dunia yang ditontonnya. Mula-mula, akak rasa macam kambing tengah menonton gelagat harimau dari hutan. Tetapi lama-kelamaan, akak tersedar bahawa kambing juga boleh berselera terhadap harimau. Akak merujuk kepada pemain-pemain seperti Raúl González dari Sepanyol, İlhan Mansız dari Turki, dan Hidetoshi Nakata dari Jepun. Ketika Piala Dunia 2002, segala fungsi yang tidak dipenuhi oleh Mr Macho sebagai suami, akak telah maafkan, sebab imaginasi akak telah memenuhi semua keperluan akak pada masa itu.

Yang hairannya, dik, Mr Macho sedikit sebanyak telah berubah juga terhadap akak. Mula-mula yalah, apabila akak tanya, “Sayang, apa itu offside?”, dia hanya membalas dengan ketawa machonya yang sebenarnya agak busuk dipandang mata. Tapi lama-kelamaan, dia berlembut juga melayan pertanyaan akak.

Sehinggalah pada tahun berikutnya, akak tidak perlu memaksa dia menonton filem Bend It Like Beckham dengan akak — dia sendiri yang mahu ikut. Dan setelah itu, akak juga tidak perlu memaksa Mr Macho untuk menemani akak menonton filem dan siri televisyen Gol & Gincu — dia sendiri sudah minat, dik.

Pada tahun 2006, Mr Macho telah duduk di sisi akak sepanjang siri America’s Next Top Model, dan telah menyorak untuk juaranya, Danielle Evans, bersama-sama akak. Akak pula telah berpeluk, menyumpah dan menyorak bersama-sama Mr Macho sepanjang Piala Dunia tahun itu, terutamanya saat penuh drama apabila Zinedine Zidane meng-ting-tong pemain Itali, Marco Materazzi, ketika perlawanan akhir.

Gol dan Gincu poster (courtesy of <a href=Dunia sekarang sudah berubah, dik. Akak ada anak saudara perempuan sekarang yang memang gilakan futsal, manakala adik lelakinya pula amat berbakat dalam rekaan fesyen dan menjahit baju. Adik jangan terkejut — akaklah yang banyak memberi petunjuk kepada perempuan yang bermain futsal, manakala Mr Macho pula tidak malu memberi semangat dan ilham kepada si pereka fesyen junior.

Jadi, akak juga tidak sabar-sabar menonton semua perlawanan Piala Dunia 2010 ini. Mr Macho kekal dengan seluar dalam kuningnya. Tapi akak nak bagi hint sikit dengan adik — tudung akak warna putih, gincu warna merah, dan bra berwarna biru. Try it, you just might loike it!

Salam ikhlas lagi nakal,

Kak Nora

Shanon Shah belum dijangkiti demam Piala Dunia, dan masih tiada agenda apabila mengenakan baju, seluar dan seluar dalamnya.

Baca ruangan Secubit Garam terdahulu

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Filed Under: Columns Tagged With: bola sepak, fesyen, Fifa, Gol & Gincu, kak nora, Mr Macho, nasihat, Piala Dunia, Secubit Garam, Shanon Shah

Reader Interactions

Comments

  1. kabler says

    June 14, 2010 at 2:00 pm

    Putih, Merah, Biru. U.S.A! U.S.A! U.S.A! U.S.A! U.S.A!

  2. itik paq says

    June 18, 2010 at 4:31 pm

    Go, Spain, go! Haha!

Primary Sidebar

Search

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2025 The Nut Graph