• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Nasihat untuk lelaki lembut

Secubit Garam oleh Shanon Shah

May 2, 2011

BARU-baru ini saya terbaca tentang kem yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu untuk 66 orang pelajar sekolah menengah yang dianggap “lelaki lembut”. Kebetulannya, saya pernah menulis naskhah teater tentang isu yang sama, berjudul Air Con, yang dipentaskan pada tahun 2008 dan 2009.

Jadi saya pun berkobar-kobarlah mahu menulis komentar tentang isu ini, akan tetapi saya ketandusan ilham. Alangkah bertuahnya saya kerana kolumnis pujaan ramai, Kak Nora jualah yang petah memberi maklumbalas tentang perkembangan ini. Ikutilah nasihat Kak Nora untuk seorang pembaca muda.

Celine Dion (Wiki commons)
Celine Dion (Wiki commons)

Ke hadapan Kak Nora yang disanjungi lagi disegani,

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kak, first of all, biarlah saya ucapkan berbillion-billion terima kasih kerana banyak memberi panduan hidup yang berguna kepada para pembaca dan peminat, including moi. Bak kata penyanyi keding bersuara lantang, Celine Dion, “You were my strength when I was weak/You were my voice when I couldn’t speak.”

But I have a serious problem now, kak. Kak ada dengar tentang kem untuk “memachokan” pelajar lelaki lembut di Terengganu? Kak, they are coming to get me now! Ni saya tengah sembunyi bawah katil dalam gelap ni kak, hanya bertemankan iBook, iPad, iPhone, iPod dan peti solek L’Oreal.

Kak jangan salah faham. Saya lelaki, ok. Lelaki tulen dan sejati. Berumur 16 tahun. Kalau nak kahwin besok pun boleh. I have a girlfriend kak. But the thing is, saya sayang my girlfriend so much that kadang-kadang saya suka mengenakan her maskara dan gincu, memakai her baju kurung dan kasut tumit tinggi, and also melilit her tudung di kepala saya. And then kitorang akan sama-sama miming lagu Datuk Siti Nurhaliza depan cermin, siap dengan koreografi maut. And then kitorang akan main masak-masak dan membelek majalah hiburan untuk menatap gambar-gambar artis hensem, ceh, sorry, I mean artis-artis wanita yang ayu.

Does that make me a lelaki lembut kak? What do I do, kak? Please help me. Saya tak nak pergi kem untuk lelaki lembut kerana, er, kem macam itu memang tak berguna untuk lelaki tulen seperti saya!

Opocotmakengkaujatuhterkangkangdalamlongkang!

Sorry, kak, melatah – terdengar bunyi pelik. I thought they were coming to get me from bawah katil, tapi rupa-rupanya it’s my kucing gebu, Puteri Beyonce.

OK, please help me, Kak Nora!

Salam ketakutan,
Najib Ibrahim
Melaka

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh oi si Najib yang ku kesian,

Adam Lambert (Wiki commons)
Adam Lambert (Wiki commons)

Mula-mula sekali, yes, akak memang ada dengar tentang kem tersebut di Terengganu. At first, akak dijemput untuk menjadi salah seorang pelatih di sana, tetapi setelah pihak penganjur terbaca kolum akak tentang Adam Lambert terus akak tak dengar apa-apa lagi. Anyway…

Dik, akak memang faham masalah adik. Akak sebenarnya hairan. On one hand, akak pernah dengar pendapat pakar psikologi bahawa jika kaum ibu melatih anak lelaki untuk memasak, menjahit dan sebagainya, maka ini boleh menyebabkan anak lelaki tersebut menjadi lelaki lembut atau mak nyah. On the other hand, Saidatina Aishah r.a. sendiri pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri rajin menjahit dan menolong dalam pekerjaan di rumah yang dilihat sebagai “kerja wanita”. Tapi susah untuk akak nak komen, sebab akak bukan pakar psikologi atau ustazah, akak hanya penulis ruangan nasihat gedik.

Anyway, to ting tong a cerita panjang to jadi pendek, akak ada beberapa cadangan untuk adik. Because akak terima keikhlasan dan, er, ketulenan baka jantan adik. Akak rasa even David Beckham ada simpan peti solek, tapi mungkin yang memuatkan jenama mekap yang lebih mahal. So now, akak berikan strategi separa ting tong untuk adik:

Adik boleh teruskan dengan bersolek dan memakai baju perempuan, tak menjadi masalah. Cuma adik perlu prihatin dengan Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Melaka yang berbunyi: “Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah merupakan suatu kesalahan.” Telitikan ayat ini betul-betul. Maksudnya di sini, adik memerlukan “alasan yang munasabah” untuk bersolek dan memakai baju kebaya ketat. What that alasan is, wallahu a’lam.

Cuba adik mempelbagaikan wardrobe adik. It doesn’t mean adik tak boleh pakai mekap atau barang kemas. Cuba adik lihat watak Johnny Depp dalam siri filem Pirates of the Caribbean. Adakah dia memakai alat solek? (Lihatlah celak di matanya.) Adakah dia memakai rantai, cincin dan sebagainya? (Boleh mengalahkan mak andam dekat kampung akak.) Dan adakah perilakunya sedikit, em, pelik? (Ada yang mengatakan kerana dia sentiasa mabuk, tetapi mungkinkah kerana dia seorang Lanun Lembut atau Pirate Pondan?)

Kalau adik dipaksa membuat pekerjaan yang “macho” seperti bermain bola, don’t worry. You can still do like Beyonce, bebeh! Contohnya adik boleh buat koreografi tarian sebelum mengambil sepakan penalti. Kalau ada yang mengejek adik, adik balas saja, “This is a football tactic, darling!”

Strategi di atas semuanya dalam konteks adik terpaksa mengikut arahan untuk menjadi lebih “keras”. Tetapi mungkin adik lebih berani dan mahu mencetuskan revolusi kejantinaan di Malaysia. In that case, cuba adik hubungi fanclub untuk artis seperti Lady Gaga dan Lady Mama. Adik tidak perlu setuju atau suka 100% dengan mereka. Tapi mereka ada ramai peminat, dik. And diaorang punya peminat mungkin boleh memberikan sokongan moral dan/atau perundangan kepada adik.

Adik boleh cuba meluahkan perasaan adik kepada sesiapa yang sudi mendengar. Mungkin melalui status terkini adik di Facebook atau Twitter. Atau menulis surat kepada pemimpin tanahair seperti menteri pelajaran, atau menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Atau melalui blog, atau menulis surat kepada pengarang. Atau dengan memberitahu ibu bapa, abang atau kakak, bapa saudara atau ibu saudara, kawan-kawan, ustaz, ustazah, cikgu sekolah atau cikgu tuisyen – sesiapa saja yang adik rasa sudi mendengar dan memahami keadaan adik. Make sure suara adik tidak tenggelam. Sebab kalau adik membisu, siapa yang boleh membantu?

Anyway, akak ucapkan selamat berjaya kepada adik. Bila kahwin nanti jangan lupa jemput akak. Tapi belajar tinggi-tinggi dan cari kerja elok-elok dulu, contohnya menjadi chef selebriti.

Salam ikhlas lagi nakal,

Kak Nora

Shanon Shah hairan – jika memasak itu dilihat sebagai kerja perempuan, kenapa para chef selebriti di seluruh dunia kebanyakannya lelaki?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns Tagged With: Adam Lambert, Celine Dion, David Beckham, effeminate boys, kak nora, lelaki lembut, Secubit Garam, Shanon Shah

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph