• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Kepala aku nampak besar ke bila pakai benda ni?

Oleh Shanon Shah

August 25, 2008

ENTAH kenapa saya tertarik membaca cerpen pilihan URTV, 15-31 Julai 2008. Mungkin kerana tajuknya, Atas Nama Cinta. Entahlah, yang saya tahu, setelah saya terhibur membaca koleksi fiksyen pop Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas, saya berasa dahaga semula untuk menikmati cerpen kontemporari Bahasa Malaysia.

Cinta, Remaja dan ImanAtas Nama Cinta, karya Haryati Abu Nasir, ternyata berbeza sekali daripada karya Sufian Abas. Konflik dalam Atas Nama Cinta adalah antara Yasmin, seorang pelajar sekolah menengah, dan Ustazah Ruzana, guru agamanya. Saya cuba ringkaskan, ya?

Yasmin seorang gadis yang sahsiahnya hanyut kerana tidak diberi didikan agama oleh ibu bapanya. Dia mewarnakan rambut dan kuku, tidak tahu membaca al-Qur’an atau solat, dan tiba-tiba hamil kerana “tersasar jauh dari pegangan agama Islam”. Ustazah Ruzana pula dengan amat terdesak menunaikan tanggungjawabnya, menegur Yasmin dan ibu bapanya (yang nampaknya menjiwai istilah “bodoh sombong”), tetapi malangnya tidak mampu menyuburkan hati Yasmin dengan penghayatan Islam yang sebenarnya.

Sungguh mudah konfliknya. Saya tertanya-tanya, “Inikah pergolakan sebenar yang dihadapi oleh kaum Muslimah sekarang?”

Cinta, Remaja dan ImanSaya bukannya nak mengetuk saudari Haryati. Saya pun bukannya mahir sangat mengarang cerpen. Tapi setelah selesai membaca Atas Nama Cinta, saya berasa serba salah sebab saya kurang tersentuh. Namun kedinginan inilah yang membuatkan saya tidak terhenti memikir, “Apa pula yang mampu menyentuh aku? Aku ni memang tak prihatin terhadap tulisan wanita?”

Gadis Islam di Australia

Cinta, Remaja dan ImanTapi tidak perlu saya memikir panjang untuk menjawab soalan itu. Saya tahu mungkin tidak adil, tapi saya mahu bandingkan cerpen Atas Nama Cinta dengan novel remaja Does My Head Look Big In This? karya Randa Abdel-Fattah, seorang penulis Australia yang beragama Islam. Seperti Yasmin, protagonis Does My Head Look Big In This? (namanya Amal) pun mengalami pelbagai cabaran sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Dia juga mengalami dilema sebagai seorang gadis yang beragama Islam. Menghuni negara Australia yang sekular pulak tu.

Amal mengejutkan semua kawan-kawannya (yang Islam mahupun bukan Islam), apabila dia mengambil keputusan untuk memakai tudung sepenuh masa — di dalam dan di luar sekolah. Tetapi kisah Amal lebih rumit, justeru lebih menarik, daripada kisah Yasmin. Dari mula, kita tahu bahawa ibu bapa Amal sebenarnya menyokong keputusan Amal sama ada untuk memakai tudung ataupun tidak. Tiada elemen paksaan di sini.

Teman-teman Amal yang bukan Islam pula ada soalan-soalan cepu emas untuk Amal — contohnya, kenapa Amal tiba-tiba berminat nak memakai tudung. Jawab Amal, dia mendapat ilham daripada satu episod siri komedi Friends di mana watak Rachel sanggup menyanyikan lagu Copacabana di khalayak ramai walaupun dia ditertawakan. Amal sangat kagum dengan keyakinan dan kekuatan yang dipaparkan oleh watak Rachel. Bayangkan, inspirasi seorang gadis Islam untuk memakai tudung ialah kekuatan watak seorang wanita bukan Islam yang tidak memakai tudung!

Amal juga rapat dengan dua gadis Islam — Leila dan Yasmin. Leila memakai tudung dan Yasmin tidak. Ini tidak menjadi isu antara mereka.

Amal juga mula-mula takut dengan jirannya, seorang balu Yunani berusia lanjut yang sentiasa bermuka masam. Tetapi bagi Amal, seorang gadis Islam perlu bersifat terbuka dan peramah (seperti lagi seorang heroin pujaan Amal, Erin Brockovich!) jadi Amal mencuba sedaya upaya untuk berdamping dengan nenek Yunani ini. Sehingga mereka menjalinkan satu hubungan yang sangat mendalam. Sehingga Amal sanggup menceritakan kepada nenek Yunani ini tentang Adam, “teman baiknya” di sekolah.

Tapi mulut nenek Yunani ini laser juga. Dia memberitahu Amal (saya terjemahkan), “Otak engkau dah penyek sebab kau ikat tudung terlalu ketat! Kau tak sedar, si Adam tu sebenarnya minat dekat engkau?”

Di tengah-tengah permainan tarik tali

Bila membaca Does My Head Look Big In This?, saya amatlah terhibur dan tersentuh, bukan saja sebagai seorang pembaca, tetapi sebagai seorang Islam yang sentiasa perlu berhadapan dengan prejudis puak sekular mahupun tuntutan segelintir saudara seagama yang memandang orang macam saya “tak cukup mendalam pengetahuan agama”.

Tapi saya seorang lelaki Islam, bukan wanita. Saya belum pernah dihina sebagai kolot dan backward kerana memakai tudung. Saya juga tidak pernah dihukum atau dicaci kerana enggan memakai tudung.

Bak kata Mona Eltahawy, lagi seorang penulis wanita Islam yang saya kagumi, dia berasa kadang-kadang seperti dia terperangkap di tengah-tengah permainan tarik tali. Saudara seagama nampaknya semakin agresif mahu “menyelamatkannya” daripada terjerumus dalam kesesatan Barat atau sekular yang “hina”. Pada masa yang sama, ramai teman-teman dari Barat yang “moden” mahu “membebaskannya” daripada belenggu Islam yang dilihat sebagai satu agama yang ganas dan anti-perempuan. Mona sendiri pernah memakai hijab selama sembilan tahun, tetapi akhirnya memilih untuk tidak memakai hijab.

Cinta, Remaja dan ImanTapi dia mengaku, bukannya dia benci kepada Muslimah yang memakai hijab, tetapi dia sendiri berasa lebih selesa tidak memakainya, dan dia mendapati begitu rumit untuk menerangkan hakikat ini kepada saudara seagama tanpa dipandang serong. Wanita Islam seperti Mona sememangnya menghadapi dilema yang besar.

Benar, Mona sering mengkritik masyarakat “sekular demokratik” Barat yang masih menyimpan pelbagai prasangka terhadap masyarakat Islam yang dianggap pengganas atau jumud. Tetapi pada masa yang sama, Mona tidak pernah cuba menyembunyikan keganasan di dalam masyarakat Islam; contohnya, dia sudah beberapa kali menulis tentang peristiwa di Arab Saudi pada tahun 2004 di mana 15 orang gadis mati di dalam asrama mereka yang dijilat api. Sebabnya, penguatkuasa agama di luar asrama tidak membenarkan mereka keluar selagi tidak menutup aurat. Tapi macam mana mereka mahu memakai hijab, apabila hijab mereka tersimpan di dalam bangunan asrama yang sedang hangus terbakar? Jadi mereka pun dibiarkan mati.

Mungkin ada yang akan memandang kes ini sebagai satu kejadian yang terpencil. Terpulanglah. Bukan semua yang akan memandang sesuatu peristiwa melalui kanta yang sama. Bukan semuanya akan meminati karya yang sama. Tapi saya memang tak sabar-sabar nak membaca lebih banyak karya tempatan oleh pengkarya wanita. Saya dengar koleksi AweksKL agak menarik juga kandungannya. Tapi ia diberikan rating 27SX — untuk minda matang sahaja. Tak mengapa, tahun ini umur saya sudah genap 30 tahun. Lebih daripada matang. End of Article


Shanon Shah sedang cuba mengimbangi karier sebagai seorang penyanyi, pencipta lagu, penggiat teater dan penulis. Dia pengarang kolum dan komen The Nut Graph.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns

Reader Interactions

Comments

  1. Krista says

    September 6, 2008 at 11:38 am

    Thanks, Shanon for these reviews. After reading your piece, I would really like to get my hands on “Does My Head Look Big In This?”. It reminds me .. this could be the Muslim version of “Are You There God? It’s Me, Margaret” by Judy Blume.

    Blume’s novel is about a prepubescent who can’t wait to be a proper teenager and like all teens, grapples with issues of being an individual within a community. It’s a witty look at what adults say and do, and why being a teen or a going-to-be-teen is so confusing. A book that touches and resonates with a reader is a book that refuses to pretend, refuses to take a high-and-mighty stance and refuses to be anything but honest and irreverant.

    That’s why you probably couldn’t connect with the first story – it reads TOO much like some sappy Drama Minggu Ini and is too preachy. Once a novel stops being preachy, it starts being real.

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph