• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Hudud PAS dan Hudud Umno – Apa Bezanya?

[get_post_meta single=1 key="byline"] | July 23, 2012 12 Comments

Ayub Rahmat (sumber: johordt.gov.my)
Ayub Rahmat (sumber: johordt.gov.my)

KALAU dulu hanya PAS yang menjadikan hudud dan negara Islam sebagai simbol identiti partinya, sekarang ada pemimpin Umno pun mahu ikut serta dalam permainan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah Datuk Ayub Rahmat dalam sidang dewan undangan negeri Johor baru-baru ini mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan hukum hudud “sebenar” yang berbeza dengan hudud PAS.

Tidak mahu ketinggalan, ketua wanita Umno Kepala Batas, ketua Puteri Umno dan ketua Perkasa juga menyokong pelaksanaan hudud, kononnya kerana memikirkan kepentingan dan kebaikannya umat Islam di Malaysia. Selain PAS dan Umno, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pun menyokong PAS untuk melaksanakan hudud.

“Hudud dan negara Islam” seperti menjadi alat dagangan politik yang dikibar-kibar terutamanya setiap kali mahu pilihanraya. Soalannya, apakah perbezaan hudud PAS dan hudud Umno? Dan apakah isu-isu penting yang mesti dijawab oleh semua ahli politik sebelum hudud boleh dilaksanakan seperti yang mereka inginkan?

Apa kelebihan hudud Umno?

Mashitah Ibrahim (sumber: islam.gov.my)
Mashitah Ibrahim (sumber: islam.gov.my)

Pada waktu ini, belum diketahui apakah perbezaan antara hudud PAS dan Umno kerana walaupun Ayub Rahmat mahu melaksanakan “hudud sebenar”, beliau sendiri pun belum ada membuat sebarang draf cadangan. Cuma yang diketahui ialah Ayub Rahmat mahu hudud itu meliputi semua rakyat Malaysia, termasuk orang bukan Islam. Dan walaupun menyokong, namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kerajaan masih kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim dan pegawai pendakwa bagi melaksanakan hudud di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno yang turut ghairah menyokong, juga sekadar mencadangkan untuk “menghimpunkan pakar-pakar terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini benar-benar dapat dilaksanakan.”

Soalan yang belum dijawab 

Selain daripada persoalan di atas, isu yang lebih penting ialah apakah hudud sesuai dilaksanakan di Malaysia? Saya kira, penyokong-penyokong pelaksanaan hudud tak kira mereka itu daripada Umno, PAS atau PKR masih belum menjawab persoalan penting iaitu:

• Bukankah pelaksaan hukum hudud bertentangan dengan perlembagaan Malaysia?

• Apakah ia sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang moden dan berbilang kaum?

• Bukankah ia melanggar hak asasi manusia?

• Walaupun hudud hanya dilaksanakan pada orang Islam, apakah benar kehidupan dan hak orang bukan Islam tidak akan terjejas langsung?

Pengkempen hudud seperti tidak begitu selesa menjawab persoalan yang dikemukakan ini.

Realiti lawan utopia

Penyokong-penyokong hudud sering cuba menyedapkan hati orang ramai dengan mengatakan, “Jangan risau, walau ada hukum sebatan, namun sebatan itu tidak menyakitkan.” Atau, “Orang-orang miskin tidak akan dipotong tangannya.” Mereka akan beri jaminan bahawa hukum hudud akan dijalankan dengan penuh keadilan.

Orang-orang yang mendengarnya pun mengimpikan sebuah negara utopia, yang mana tiada lagi jenayah serta diskriminasi dan rakyat akan hidup aman bahagia. Tetapi bolehkan hidup aman bahagia itu dicapai tanpa hudud? Realitinya, beberapa negara bukan Islam di Eropah mempunyai kadar jenayah yang lebih rendah berbanding sesetengah negara Islam yang telah melaksanakan hukum hudud.

Orang Islam juga suka berbangga menceritakan bahawa setiap kali ke masjid, pedagang di Mekah akan meninggalkan barang dagangannya begitu saja kerana tiada siapa yang akan mencurinya. Namun hakikatnya, sering sekali kita dengar cerita tentang dompet yang dicuri semasa menunaikan ibadat di tanah Arab.  Jemaah wanita juga sentiasa diingatkan betapa bahayanya untuk berjalan atau naik teksi bersendirian atau walau bersama saudara atau teman perempuan saja semasa di sana.

Realiti lain yang lebih membimbangkan ialah pendekatan yang diambil oleh penyokong hudud. Mengikut logik dan respons pemimpin politik yang menyokong hudud, lebih keras sesuatu hukuman hudud, maka lebih Islamlah ia.

Contohnya, semasa Kartika Dewi Shukarno dijatuhkan hukuman enam kali sebatan kerana minum alkohol, lebih kurang 70% orang Islam di Malaysia menyokong hukuman tersebut. Walaupun berkali-kali Kartika menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di media, namun tetap saja orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan Islam mendesak kerajaan untuk segera menyebat beliau. Sikap sadis sedemikian amat menyedih dan mengerikan sekali.

Nik Aziz
Nik Aziz

Pemimpin PAS Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak puas hati dengan hukuman enam sebatan kerana menurut beliau, sepatutnya Kartika harus disebat 80 kali. Apakah sebagai seorang ulama, Nik Aziz tidak tahu bahawa Al-Qur’an tidak ada memberi sebarang hukuman apa pun terhadap orang yang meminum arak?

Adanya perbalahan di kalangan ulama klasik sama ada hukuman sebatan terhadap orang yang minum arak itu 40 kali atau 80 kali malah menunjukkan ia adalah hukuman takzir (budi bicara kerajaan) dan bukan hukum hudud. Malah, Nik Aziz dan para penyokong hudud memberi alasan bahawa hukuman sebat itu kononnya tidak menyakitkan. Mereka juga mengatakan hukuman hudud itu hanya bertujuan untuk memalukan. Aduhai, saya kira hukuman hudud rejam dan juga potong tangan itu bukan sekadar untuk memalukan, tetapi tersangat menyakitkan dan malah membuatkan si pesalah hilang anggota badan atau hilang nyawanya.

Penyokong hudud gagal mengangkat sikap Islam yang mengutamakan keadilan dan kasih sayang, tetapi sebaliknya sukakan hukuman keras, seperti lebih keras hukumannya, maka lebih Islamlah ia.

Mengapa perlu bimbang?

Kita punya sebab untuk bimbang terhadap pelaksanaan hudud kerana:

i) Draf undang-undung hudud yang telah diusulkan oleh PAS dan disokong oleh Anwar walaupun secara peribadi lebih merupakan “cut and paste” dari undang-undang Pakistan atau kitab fikah klasik. Ia tidak menunjukkkan ada usaha menawarkan ijtihad atau pemikiran baru yang lebih sesuai untuk konteks masa kini.

ii) Agamawan dan penguasa agama masih menunjukkan sikap autokratik dalam membuat sesuatu keputusan, seperti amalan mengharamkan apa saja acara, filem atau buku yang mereka tidak suka atau tidak fahami.

iii) Masih banyak kedengaran wanita-wanita yang tidak berpuas hati terhadap layanan buruk dan diskriminasi yang mereka alami di mahkamah syariah. Maka, sikap dan kemampuan hakim dan pegawai-pegawai mahkamah syariah masih boleh dipersoalkan.

iv) Ramainya agamawan yang masih kurang faham dan peka tentang isu-isu sosial kemasyarakatan dan kesukaran hidup yang dihadapi sesetengah anggota masyarakat.  Kefahaman mereka tentang isu gender juga masih tipis sekali. Seperti yang ditunjukkan dalam kes Kartika, sikap mahu menghukum seberat mungkin masih menebal.

Hudud
Undang-undang hudud PAS tidak menerima perempuan dan orang bukan Islam sebagai saksi

v) Dalam hal kelayakan menjadi saksi, undang-undang hudud PAS hanya mengiktiraf “lelaki Islam yang akil baligh dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa kecil” sahaja sebagai yang layak menjadi saksi.  Perempuan dan orang bukan Islam tidak diterima sebagai layak menjadi saksi.

Hukum siapa?

Saya ingat lagi sewaktu kerajaan PAS Terengganu mengemukakan draf hudud mereka untuk pertama kali, mereka telah meletakkan kesalahan rogol dalam kategori zina. Ia tentu saja ditentang oleh para aktivis wanita kerana zina adalah perbuatan suka sama suka. Rogol pula adalah jenayah di mana ada unsur pemaksaan terhadap wanita. Jadi, di manakah keadilan sekiranya mangsa rogol juga dikenakan hukuman sebat?

Setelah diprotes hebat, draf hudud PAS pun dipinda. Seorang ahli Sisters in Islam, Dr Nik Noriani Nik Badlishah, berkata kepada pemimpin PAS pada waktu itu: “PAS kata undang-undung hudud PAS ini adalah hukum Tuhan. Tapi nampaknya setelah diprotes, hukum hudud PAS ini boleh pula dipinda-pinda. Maka, akui sajalah bahawa hukum hudud PAS ini hanyalah ciptaan manusia semata-mata”.

Keperluan untuk melaksanakan hudud juga bukanlah sesuatu yang dimestikan di dalam Islam. Dengan kebangkitan Arab Spring sekarang, kelihatannya parti-parti Islam yang kini menerajui pemerintahan di Tunisia, Turki dan Mesir masih mengekalkan undang-undangnya yang agak sekular dan tidak melaksanakan hudud. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun kini mengatakan yang pelaksanaan hudud bukanlah keutamaan PAS dan sebenarnya dalam Al-Qur’an tidak ada pun menyebut Negara Islam, tetapi konsep negara kebajikan.

Jelas bahawa mengamalkan hudud bukanlah sesuatu yang akan menyempurnakan Islam di negara kita. Yang akan mengharumkan nama Islam dan menjaga kepentingan rakyat sama ada yang Islam ataupun yang bukan Islam adalah keadilan, kesetaraan dan kesejahteraan masyarakat. Hudud yang dicadangkan oleh PAS dan disokong oleh Anwar langsung tidak memberi jaminan bahawa unsur-unsur inilah yang akan diutamakan. Hudud Umno pula kekurangan apa-apa bentuk dan nilai yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa ianya berbeza daripada hudud PAS.

Jadi apa tujuan sebenar ahli-ahli politik daripada Umno, PAS dan PKR mencadangkan dan memajukan pelaksanaan hudud jika bukan hanya kerana mahu main politik sesama sendiri?


Norhayati Kaprawi is a Muslim woman activist, a filmmaker and an Asian Public Intellectuals fellow.

[related-links]

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email this to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns Tagged With: Asam Pedas, Ayub Rahmat, Hadi Awang, Hudud, islam, Nik Aziz Nik Mat, Norhayati Kaprawi, pas, Umno

Reader Interactions

Comments

  1. Aidan says

    July 23, 2012 at 9:09 am

    Thank you for another excellent article. It’s an eye-opener to the various schemes & tactics of the political parties. Hudud is a political game aimed at winning votes from those who support it and the majority who are afraid to oppose it. In the end, there will be those who can get away with manipulating the rules for their own benefit. The rest will be subjected to cruelties & injustice in the name of religion. The implementation of hudud will only reinforce and worsen the culture of fear in our society.

  2. Abdur Rahman Raji says

    July 23, 2012 at 11:04 am

    Persoalan hudud adalah tuntutan syarak , bukan semata – mata agenda politik . Ia adalah kewajipan setiap muslimin untuk menegakkan hukum Allah ini di atas tanah air Malaysia .

    Islam adalah sebuah pemerintahan dan kerajaan yang mementingkan hukum aturannya tersendiri, sepertimana Islam mementingkan aspek iman dan ibadah umat Islam .

    http://rahmanraji.posterous.com/hudud-tanpa-terjuzuk

    • Wei says

      August 26, 2013 at 3:19 pm

      Saya setuju..komen awak memang terbaik…

  3. sukaimi sungep says

    July 24, 2012 at 11:32 am

    Pengamal undang-undang civil tutup kedai, kursus undang-undang di university tak pakai dan LLB pun, hakim yang sekular tak pakai. Ganti hakim syarie lawyer tak perlu pakai saksi je, kalau hukum Islam hudud mesti mengatasi undang-undang civil jenyah sekular. Kalau tak, ianya menghina hukum Islam, jadinya…walam.

  4. Norhayati Kaprawi says

    July 24, 2012 at 3:33 pm

    ‘Syariah’ bermakna jalan (jalan menuju ke sumber air). Dalam Al-Qur’an pula, cuma ada dalam 80 ayat dari 6,666 ayat yang menyentuh tentang hukum-hakam. Syariah yang dulunya difahami sebagai ‘manhaj Allah’ atau jalan menuju Allah swt, kemudiannya disempitkan maknanya kepada hukum Fikah sahaja.

    Lalu, seingkali tuntutan ‘pelaksanaan Syariah Islam’ itu lebih fokus pada ‘pelaksanaan hukum-hakamnya’ maka seperti Malaysia, tuntutan hukum hududnya.

    Apabila yang diobseskan adalah pada penghukuman, malah memikirkan ‘lebih keras hukumannya, maka lebih Islam’, maka nilai-nilai Syariat Islam yang lebih tinggi iaitu nilai keadilan, kasih sayang, kemaafan, empati, keadilan sosial, menghapus kemiskinan dan sebagainya, menjadi terpinggir jauh.

  5. MZ says

    July 26, 2012 at 10:21 pm

    To Norhayati Kaprawi:
    Awak dilihat sebagai seorang yang sangat liberal. TQ kerana membuka lagi mata saya akan kepentingan hudud. Hudud bukanlah menyempitkan seperti yang saudara fikirkan, ya betul, kita telah teperangkap dengan mainan British tiada satu pun undang yang boleh melawan Federal Constitution.

    Oleh itu bagi anda undang-undang Syariah berteraskan hudud tidak boleh dilaksanakan. Kemudian saya melihat anda seolah memperlekehkan hukum Allah. Saya pasti saudara bukanlah orang yang patut menulis tentang hudud ni. Pada pendapat saya, hukum yang ada sekarang perlu dikemaskini hukuman yang berteraskan Islam perlu ditambah. Jangan lah menyesal suatu hari nanti tiada lagi orang yang bicara tentang hudud. Mungkin hudud anda yang paling baik?

    • killerbeez says

      October 6, 2012 at 12:35 pm

      Your comment is very vile. Who are you to play God and judge Norhayati Kaprawi for so-called being a lesser Muslim than you just because she doesn’t support hudud? She knows herself more than you do. She is right after all. Hudud is nothing but a political game to win votes while the ignorant are naively led to believe that supporting it will make them more of a Muslim than others. This is all man-made.

    • Saya Sayang Pas says

      August 26, 2013 at 3:14 pm

      Saya sokong awak..MZ…

  6. killerbeez says

    July 27, 2012 at 4:13 am

    Whether it is Hudud from UMNO or PAS, it is still the same old rubbish. There is absolutely no need for religious laws to govern over our multicultural society. It gives a very misleading impression that one person’s religion is deemed superior than others because of the legal status granted to it and this could result in power abuses and prejudice, much like what happened to Christianity in Europe during the dark ages. Civil laws are adequate and should prevail over any religious laws which are already outdated and nonsensical. All religious authorities like JAKIM along with moral policing should be put to a stop. Complete freedom of religion must be given to both Muslims and non-Muslims alike.

  7. Murdan Benny says

    January 16, 2013 at 5:04 am

    Sudah tentulah bimbang, hudud akan diperkudakan oleh ulama-ulama setengah jalan dan yang akan menggunakan nafsu-nafsu besar mereka demi menjaga kepentingan masing-masing. Hukum rejam zina dan hukum potong tangan kerana mencuri adalah menunjukkan Allah sangat membenci kelakuan yang sedemikian. Tetapi ia hanya contoh bagaimana seriusnya pandangan Allah terhadap perlakuan ini. Allah tidak meminta manusia menirunya, kerana Allah Maha Segalanya. Kita hanya makhluknya.

    Tetapi manusia akan melebih-lebih dan berandai-andai, ingat diri itu membantu Allah, berlumba untuk membunuh dan memusnahkan manusia lain, ciptaan Allah. Gemar memusnahkan ciptaan Allah, adalah menghina Allah…

    • Wei says

      August 26, 2013 at 3:17 pm

      Apabila seseorang yang telah melakukan dosa dan telah dihukum didunia mengikut hudud, itu bermakna die telah terlepas hukuman di akhirat…

  8. Saya Sayang PAS!! says

    August 26, 2013 at 3:09 pm

    Si pembuat blog nie nak tunjuk pandai plak pasal bab hudud…

    Nik Aziz tu ulamak..die tahule hukum2 hudud..yg kome nie sebok nape? Adushhh!!

    Go PAS!!! Go ISLAM!!! ALLAHU AKHBAR..TAKBIR!!

    Sesungguhnya aku berpihak pada yang benar…

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2022 The Nut Graph

loading Cancel
Post was not sent - check your email addresses!
Email check failed, please try again
Sorry, your blog cannot share posts by email.