• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Antara dosa dan jenayah

Oleh Shanon Shah

May 11, 2009

KESIAN Ako Mustapha. Tanggal 22 April 2009 lalu, pelakon terkenal tersebut dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan berkhalwat. Menurut hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, “Sekiranya satu hukuman yang tidak setimpal atau hukuman dikurangkan, masyarakat akan menganggap kesalahan ini sebagai remeh dan mungkin akan menjadi ikutan.”


Ako Mustapha (Sumber: sinema-
malaysia.com.my)
Wan Mahyuddin juga berkata, “Tertuduh sebagai orang Islam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sama ada dalam lakonan atau luar lakonan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada kesucian Islam.”

Saya bersetuju bahawa agama Islam menyaran umat manusia supaya menonjolkan contoh yang baik, justeru penganut agama Islam perlu menjaga kesucian ini. Malah, bukankah ini benar tentang penganut mana-mana agama yang mulia di dunia ini? Bukankah ia benar tentang mereka yang tidak beragama, yang mungkin berpandukan falsafah Zaman Pencerahan di Eropah?

Namun, saya merasa tidak senang dengan logik yang menekankan pelbagai bentuk hukuman jenayah untuk dosa-dosa peribadi. Bagi saya, Ako sendiri sudah mengaku melakukan kesalahan berkhalwat. Dan sebagai seorang Muslim saya menghormati penginsafan ini. Baguslah kalau Ako sudah bertaubat. Saya tidak perlu menjaga tepi kain Ako. Apa yang dia buat itu antara dia dengan Allah, dan antara dia dengan si wanita yang terlibat dan dengan isterinya sendiri.

Kalau di Malaysia, orang Islam yang berfikiran seperti ini memang akan kena kecam teruk-teruk. “Jangan cabar kesucian Islam!” “Betulkah anda ini orang Islam?” “Pergilah bertaubat cepat-cepat!” “Cis, Islam liberal! Apa agenda anda?”

Alhamdulillah, saya memang berbesar hati apabila menerima teguran yang ikhlas daripada mereka yang lebih arif dalam isu keimanan dan Islam. Tetapi, saya mendapati ada perbezaan yang besar antara teguran ikhlas dan membina, dan “teguran” yang berbau ugutan.


Dzulkefly Ahmad
“Kebebasan untuk berdosa”?

Alangkah terkejutnya saya apabila bertemu dengan orang Islam dari negara Islam yang lain. Contohnya, baru-baru ini, saya sempat menghadiri seminar yang menampilkan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, dan penulis Turki beragama Islam, Mustafa Akyol.

Saya sudah lama menghormati dan tertarik dengan wacana yang dibawa oleh Dr Dzulkefly, tetapi Akyol memang membawa pendirian yang jarang kita dengar di Malaysia. Antara hujahnya ialah, “Kita perlu pisahkan antara dosa peribadi dan jenayah.”

Menurutnya, di dalam masyarakat Islam sekalipun, penganut Islam perlu diberikan “kebebasan untuk berdosa”. Katanya, bila umat Islam ada “kebebasan untuk berdosa”, mereka juga akan menikmati “kebebasan untuk bertaubat”. Barulah keimanan dan proses taubat seseorang insan itu akan membawa makna yang mendalam.

Akyol memberi satu contoh yang menarik dengan memetik satu kajian yang membandingkan amalan kaum Muslim di Turki dan juga kaum Muslim di negara jirannya, Iran. Ramai yang tahu bahawa Turki merupakan republik sekular yang diterajui oleh parti Islam moderat, manakala Iran merupakan republik Islam yang mempunyai struktur kepimpinan ulama.

“Di Iran, mereka yang berdekatan dengan sempadan Turki akan cuba menyeludup masuk pada hujung minggu — wanita membuka tudung mereka, lelaki cuba meminum arak dan sebagainya,” kata Akyol.

Namun menurut Akyol, kadar penganut Islam yang mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadan di Turki jauh lebih tinggi daripada mereka yang betul-betul berpuasa di Iran.

“Di Iran, ramai yang cuba menunjukkan bahawa mereka berpuasa di khalayak ramai, tetapi dalam sembunyi mengecam mullah-mullah, manakala di Turki, orang Islam amat bersemangat menjalankan ibadat puasa atas kesedaran mereka sendiri,” kata Akyol.

Aneh, bukan? Negara yang tidak mengamalkan sebarang undang-undang untuk menghukum mereka yang tidak berpuasa sebenarnya memperlihatkan populasi yang lebih komited terhadap ibadat tersebut.


Masjid Sultan Ahmed di Turki (Domain awam)

Memilih untuk beriman

Namun, Akyol tetap membidas kerajaan Turki kerana mengharamkan pemakaian tudung oleh wanita Islam di sekolah dan pejabat awam. Kata Akyol, pemakaian tudung itu adalah pilihan peribadi seseorang individu semata-mata.

Akyol menambah bahawa di Turki, ramai yang dilahirkan dalam agama Islam dan menjadi ateis — tiada hukuman dikenakan ke atas mereka. Akan tetapi, Akyol sendiri memilih untuk beriman kepada Allah dan menganut agama Islam — katanya inilah yang membuatkannya sangat bahagia sebagai seorang Muslim. Kerana dia memilih untuk mengikuti ajaran Islam secara bebas dan sedar, bukan kerana dipaksa.

Saya setuju dengan Akyol. Masa saya di bangku universiti di Australia dulu, saya memang peka menunaikan ibadat. Contohnya, saya sendiri yang mahu ke masjid pada hari Jumaat. Saya sendiri yang tidak sabar-sabar mahu berpuasa, walaupun matahari ketika itu terbit pada pukul 4 pagi dan terbenam pada pukul 9 malam.

Di Malaysia, saya masih menunaikan ibadat saya sebagai orang Islam, tapi kerapkali saya rasa menyampah kerana seolah-olah saya dan umat Islam yang lain sering “diperhatikan” oleh golongan tertentu. Saya merasa seperti kalau saya meninggalkan puasa, saya terpaksa menjawab kepada golongan ini dulu dan bukannya Allah. Bukankah ini tidak masuk akal?

Dua hala

Ramai yang mungkin berkata bahawa saya sengaja mensensasikan sesuatu yang tidak menjadi masalah. Benar, di Malaysia belum ada kes seperti pembunuhan Ayman Udas. Udas, seorang penyanyi wanita, dibunuh oleh abang-abangnya sendiri di Peshawar, Pakistan, kerana mereka percaya bahawa dia melakukan dosa apabila muncul di kaca televisyen.

Benar, belum sampai ke tahap ini di Malaysia. Tetapi mentaliti yang mahu menghukum tetap ada. Lihat saja kes Ako.


Mustafa Akyol
Mentaliti yang suka menghukum ini juga berfungsi secara dua hala. Di seminar Dzulkefly dan Akyol, Dzulkefly juga dikecam teruk oleh segelintir daripada para hadirin semata-mata kerana mempertahankan isu negara Islam. Saya rasa ini kurang beradab. Bagi saya, Dzulkefly bersetuju untuk menghujahkan pendapatnya dengan niat yang ikhlas. Saya tidak nampak pun yang Dzulkefly cuba menghalang mereka yang hadir daripada bersuara. Setuju atau tidak setuju dengan pendiriannya, kita perlu menghormatinya dan bukannya cuba menyerangnya.

Saling menghormati hak peribadi dan pendapat antara satu sama lain — bagi saya, inilah yang menegakkan kesucian Islam.


Shanon Shah kagum dan bangga dengan kepelbagaian pendapat di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: Columns Tagged With: Ako Mustapha, Allah, islam, khalwat, muslim, Mustafa Akyol, Shanon Shah, syariah, Zaman Pencerahan

Reader Interactions

Comments

  1. Karcy says

    May 11, 2009 at 8:50 am

    This was beautifully written, Shanon.

    I think I might want to add a little extra information that might be interesting. This debate affected the Christian religion and it was one of the reasons that sparked off the Reformation. Martin Luther was perpetually paralyzed by his fear of damnation and punishment despite being an educated Catholic monk, and it was only by starting a movement that resulted in the complete breaking off from the Catholic Church that he could finally arrive at a sense of peace at the forgiveness and goodness of God.

    That’s why some Lutherans will use words like “Sin boldly!” to describe themselves — Luther arrived at the conclusion that it was not only a question of not sinning that was important, but to have the freedom to sin and to arrive at a genuine sense of repentance on one’s own.

    In many ways, the system of the Roman Catholic Church is one of the highest forms of Christianity in the world. It is very orderly and systematic, but at the time when it was the most powerful authority across countries, this system allowed very little freedom for the individual to arrive at a sense of personal conviction on the goodness of God.

    The Reformation sparked off what might arguably be the second bloodiest episode in Christian history with a 30-year war spanning across an entire continent. The path to individualism and freedom of choice in religion in Christian history and the West had very painful birth pangs. Hopefully this will not be the same case with Islam.

  2. amal says

    May 11, 2009 at 9:24 am

    I have been following “thewhitepath” for a long time. But didn’t have the chance to go see him during the forum! Thanks for the summary 🙂

  3. KohJL says

    May 11, 2009 at 11:06 am

    As a freethinker who wouldn’t do what most religions would recognize as “sin”, I admire some religious people for their track record in philanthropy but at the same time scorn them (including some of those doing philanthropy) for their hypocrisy and for being so “superficial” about it.

    Not just Muslims, but all of the world’s religions.

    We need more of you. Thank you.

  4. Main says

    May 11, 2009 at 1:00 pm

    Kesyumulan Islam yang terlalu dikaitkan dengan amalan penganut. Dosa penganut dikaitkan dengan Islam dan perspektif terbentuk.

    Kelemahan dalam amalan oleh individu Islam membentuk imej pada agama yang dianuti, cuba tempelkan perspektif ini pada penganut agama lain, sudah tentu tidak meninggalkan kesan yang sama dengan penganut Islam.

  5. Reza says

    May 11, 2009 at 2:50 pm

    I agree completely that religious policing is not only unnecessary, but even detrimental in the long term to the followers of a religion and, thus, the religion itself. Unfortunately, this will never be understood by the parochial majority of Malaysia’s Muslims, who are becoming alarmingly more fanatical. Many liberal Muslims, including myself, live in fear that Malaysia will one day become an Islamic state like Iran and have already begun planning exit strategies. I hope it never comes to this.

  6. repeater says

    May 11, 2009 at 4:24 pm

    Satu penghuraian yang menarik. Saya sendiri sependapat dengan penulis.

    Lagi satu, saya memang menyampah dengan penceramah-penceramah agama (contoh: Forum Perdana TV1) yang kerap berhujah melalui hukuman, balasan, azab yang bakal diterima apabila melakukan kesalahan/dosa. Ditambah dengan gaya bahasa yang menggertak serta menakut-nakutkan pendengar.

    Mmg benar, hukuman/balasan terhadap dosa perlu diketahui tetapi untuk mengajak manusia melakukan kebaikan bukanlah melalui menggertak atau menakut-nakutkan mereka. Satu contoh, video sajak kematian itu hari. Ia bukanlah cara yg baik untuk menyebarkan kebaikan. Ia hanya membuatkan sesetengah warga seperti saya menyampah untuk mendengar dan ‘menyahut’ seruan untuk membuat kebajikan.

    Sebagai keputusan, akhirnya manusia beribadat kerana terpaksa dan bukan kerana takut/sayang kpd Tuhan tetapi lebih kpd takut kpd authority.

    Sebab itu mereka solat tetapi tidak tahu apa mereka sendiri baca ketika bersolat. juga tidak paham kenapa mereka berpuasa, yg membuatkan mereka cuba curi-curi buka puasa (seperti dlm artikel). Mereka hanya melakukan semua ritual ini kerana terpaksa, takut dihukum di dunia, ditangkap dsb.

    Dan bukan kerana mereka faham akan agama yg mereka sendiri anuti.

  7. Farouq Omaro says

    May 11, 2009 at 4:31 pm

    Tetapi seringkali golongan Muslim yang berfikiran seperti Akyol ini jarang bersuara di Malaysia. Kita ada Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, Malik Imtiaz Sarwar, Shad Saleem Faruqi, Zainah Anwar dan Sisters in Islam, tetapi sekuat manakah suara mereka berbanding suara golongan seperti Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang dan Harussani Zakaria? Dan di manakah media yang mendukung pemikiran mereka (golongan spt Akyol)? Akhirnya yang bersuara adalah orang bukan Islam. Dan bila ini berlaku, golongan yg satu lagi akan menuduh orang bukan Islam menghina Islam! Akhirnya akan ada konflik antara Islam dan bukan Islam. Dan suara reformis Islam akan terus lenyap!

  8. Rifhan Rasuli says

    May 12, 2009 at 1:20 am

    Bercakap tentang Mustafa Akyol, saya pernah menghadiri seminar yang mana beliau menjadi speaker di Dublin, Rep. of Ireland, membicarakan tentang gejala murtad dan isu-isu seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas. Walau bagaimanapun, terdapat banyak juga soalan dan bantahan secara ilmiah yang dikemukakan oleh para hadirin (Muslim) tentang pendiriannya itu, yang bukan sekali, sukar untuk dijawab oleh Mustafa Akyol sendiri.

    Adalah kurang adil untuk melihat sesuatu perkara dari satu perpektif semata-mata. Di sini perlu diambil perhatian bahawa Mustafa Akyol berasal dari Turki, negara sekularis (baca: sekularis, bukan sekular), di mana sebarang perbuatan yang menampakkan ciri-ciri ke-Islaman akan dibanteras secara total oleh undang-undang sekularis. Kerajaan di bawah parti Rafah sebelum ini digulingkan oleh tentera kerana mereka dilihat sebagai condong ke arah Islam.

    Dengan kata lain, di Turki, kita tidak boleh bercakap tentang agama atau Islam secara terang-terangan, atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

    Bagaimanapun, di Malaysia, keadaannya berlainan.

    Saya bersetuju dengan sebahagian besar pandangannya, terutamanya dalam isu kebebasan yang wujud dalam dasar sekular (bukan sekularis), dan bagaimana golongan sekularis menyekat kebebasan beragama ini atas alasan ia tidak sekular, walhal dalam dasar sekular, sebagaimana agama tidak boleh masuk campur dalam urusan kerajaan, begitu juga kerajaan tidak boleh masuk campur dalam urusan agama.

    Keadaan amat berbeza di Malaysia. Kita bukan negara sekular sepenuhnya. Sebab itu kurang adil jika kita menerima pakai pandangan Mustafa Akyol, yang berasal dari Turki, secara sepenuhnya. Di Malaysia, apabila ada peluang untuk mencegah sesuatu yang dilihat tidak sesuai dengan agama dan adat ketimuran, maka peluang itu perlu digunakan dengan sebaiknya.

    Amat mudah untuk berbicara bahawa setiap orang memiliki hak peribadi untuk berbuat dosa. Namun, pastinya hak peribadi itu secara tidak langsung akan mempengaruhi orang lain juga kemudiannya.

    Bagaimana jika seseorang yang terkenal berkhalwat dan tidak dihukum, pasti nanti akan turut diikuti oleh orang lain, sehingga begitu ramai golongan muda berkhalwat, termasuklah abang, kakak, adik, sepupu dan anak-anak kita.

    Selagi kita belum terkena, amat mudah untuk memberikan pendapat. Bagaimana jika anak perempuan kita sendiri yang berbuat sedemikian? Apa perasaan kita? Dan pada waktu itu kerajaan (dan kita) tidak boleh masuk campur kerana itu adalah ‘hak peribadi’ anak kita untuk melakukan dosa.

    Kerajaan mempunyai tanggungjawab.

    Dan selagi tanggungjawab itu boleh dilaksanakan (seperti tidak digulingkan jika menjalankan hukum Islam seperti di Turki), maka ia perlu dilaksanakan.
    Dalam kes kita di Malaysia, tangkapan khalwat (dan lain-lain) bukanlah dilakukan secara membuta-tuli. Kita ada mahkamah di mana tertuduh diberikan peluang yang seluas-luasnya untuk membela diri.

    Rifhan, Dublin

  9. faizal Johann says

    May 12, 2009 at 3:45 pm

    What would Muslims and Christians be thinking if they were told that heaven and hell do not exist, but please continue praying for good life?

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph