• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Amran Ab Ghani (Tanah Merah) [Updated 15 July 2010]

By Koh Lay Chin

July 15, 2010

TANAH MERAH Member of Parliament (MP) Amran Ab Ghani’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.

(source: parlimen.gov.my)

Name: Amran Ab Ghani
Constituency: Tanah Merah

Party: PKR
Years as MP: Since 2008

Government position: None

Party position:
• Kelantan treasurer

Membership in parliamentary committees or caucuses: None

Blog/Website: None

Original deadline: 26 May 2010

Reply submitted: 2.40pm, 15 July 2010

1 Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara sememangnya perlu dihapuskan kerana ianya melontarkan kesan negatif kepada sebuah negara yang menjalankan sistem demokrasi terbuka dalam pemerintahannya. Malaysia yang menggunakan sistem berparlimen pada hari ini tidak wajar sama sekali menerapkan cara penahanan tanpa bicara kerana tindakan sedemikian rupa tidak mencerminkan keadilan dalam berdemokrasi. Tambahan lain, penerapan tindakan ini akan menyebabkan kekeliruan atau unsur-unsur tidak percaya kepada badan pemerintahan. Sejauh mana salah seseorang itu ditahan atas sebab sebenar tidak akan diketahui rakyat kerana penahanan tanpa bicara seakan-akan menutup segala agenda dan permasalahan disebalik penangkapan tersebut.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Malaysia sememangnya patut menjadi negara Islam kerana sejak azalinya penemuan dan pembukaan Tanah Melayu di suatu ketika dahulu adalah bermula dengan penjejakan Islam.

3 Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas utama seorang MP pada pandangan saya adalah memperjuangkan keadilan dan hak rakyat demi memberi nafas baru dalam Malaysia. Walaubagaimanapun, Parlimen tidak dapat menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk kami memenuhi tugas ini dengan lebih telus. Sebagai contoh, kemudahan ICT seperti perhubungan Internet dan kemudahan komputer di Dewan Rakyat dan Pusat Sumber sangat menyedihkan. Adakalanya, kami terpaksa beratur untuk menggunakan kemudahan tersebut. Selain itu, MP juga tidak diberi bantuan elaun untuk penyelidik tetap.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Akta Kebebasan Maklumat perlu digubal demi merencanakan pembangunan yang lebih efektif dan berkesan. Maklumat yang telus dan penting kepada negara perlu digubal terutamanya soal-soal yang melibatkan perkara-perkara keutamaan negara seperti hasil-hasil negara dan urusan yang melibatkan GLC.

Rang undang-undang ini dihasratkan untuk menggubal satu Akta Kebebasan Maklumat untuk menggantikan Akta Rahsia Rasmi dengan tujuan menggalakkan penyediaan maklumat dari badan awam dan badan persendirian yang mempunyai kepentingan awam. Motivasi untuk akta ini bertunjakkan peruntukan Artikel 19 di bawah Deklarasi Antarabangsa Hak-hak Asasi Manusia yang menjamin hak bersuara dan hak mendapatkan maklumat.Rang undang-undang ini menggariskan prinsip-prinsip asas hak kebebasan maklumat dan mekanisme-mekanisme berkesan bagi melindungi hak tersebut.

Prinsip asas yang disebutkan adalah:

  • Pendedahan maksima maklumat yang dipegang oleh badan awam dan badan persendirian, sebagaimana ditafsirkan dalam Rang undang-undang ini, yang mempunyai kepentingan awam
  • Pengecualian yang spesifik dan terhad yang perlu ditentukan melalui proses yang terbuka
  • Pembentukan satu Suruhanjaya Maklumat yang bebas untuk memantau pelaksanaan akta, menerima aduan dan membuat keputusan ke atas aduan yang diterima, dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mempromosikan hak kebebasan maklumat termasuklah melatih pemegang maklumat.
  • Proses meminta maklumat dan respons yang mudah, murah, dalam jangka masa yang munasabah, dan mengambil kira kehendak peminta yang mempunyai kekurangan fizikal.
  • Pentafsiran perundangan yang memastikan keterbukaan, di mana peruntukan atau perundangan lain yang bercanggah dengan rang undang-undang ini tidak dipakai.
  • Perlindungan kepada peniup wisel yang mendedahkan maklumat yang penting dari segi kepentingan awam.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Saya akan mewujudkan satu bidang kuasa baru untuk mengambil-alih Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar tidak terikat kepada pemerintah yang berkuasa melantik jawatan mereka.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Ya, kuasa eksekutif, Parlimen dan mahkamah sepatutnya diasingkan dan menjalankan tugasnya yang tersendiri tanpa terikat kepada arahan kerajaan pusat yang memerintah. Parlimen dan mahkamah seharusnya menegakkan keadilan tanpa mendengar arahan daripada menteri (eksekutif).

For other MP responses, see Full MP list

The Nut Graph needs your support

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window)

Related Stories

Filed Under: MP Watch Tagged With: Amran Ab Ghani, interview, Kelantan, MP Watch, Parliament, PKR, Tanah Merah, treasurer

Primary Sidebar

Search

Twitter

My Tweets

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2023 The Nut Graph