Categorised | Found in Malaysia

“Saya bukan Melayu, saya Orang Asli”

(All pics below courtesy of Tijah

(All pics below courtesy of Tijah Yok Chopil)

ONCE, when she attended a job interview in the Klang Valley, Tijah Yok Chopil’s Malaysian employer did not get it when she told him she was an Orang Asli.

“Dia ingat saya orang Indonesia atau Melayu … Saya beritahunya [selalu kita cakap] Melayu, Cina, India dan lain-lain, saya [sebahagian daripada] dan lain-lain … Apabila saya beritahunya ada 18 suku kaum Orang Asli di Semenanjung, dia lagi pening,” Tijah recalled.

The activist said it goes to show how ignorant some Malaysians could be about the indigenous people in Malaysia.

Tijah started her activism by founding her own women’s group in her kampung in Bidor, Perak called Kumpulan Ibu-Ibu Kampung Chang. From there, the group evolved into Sinui Pai, Nanek Sengik (New Life, One Heart) in 1995. They ran programmes to empower the community with economic skills and knowledge about their rights.

Over the years, the model spread to other villages in Perak and other states, eventually resulting in the formation of Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOAS). The grassroots network has been highlighting Orang Asli issues and campaigning for the government’s recognition of their land and indigenous rights.

Tijah, who is now JKOAS secretary, shares her humble beginnings and some Orang Asli folk tales with The Nut Graph in an interview on 23 Oct 2010 in Petaling Jaya.

TNG: Bila dan di mana Tijah dilahirkan?

Saya berasal dari Kampung Chang Lama Sungai Gepai di Bidor, Perak dan dilahirkan pada 17 March 1968 – sama tarikh dengan demonstrasi Orang Asli tahun lepas di Putrajaya.

Boleh kongsi asal-usul keturunan Tijah?

Saya tulen berketurunan Semai.

Mengikut kepercayaan nenek moyang saya, komuniti Semai sudah wujud di sini semenjak batu-batu masih lembut. Buktinya tapak-tapak kaki yang masih kekal di atas batu dekat kawasan air terjun kami.

Footsteps made by her ancestors when the rocks were still young, according to Tijah’s village folk tales

Footsteps made by her ancestors when the rocks were still young, according to Tijah’s village folk tales

Ceritanya, [pada masa dahulu], ada dua orang adik perempuan yang dikejar hantu rusa. Kami memanggil dua orang gadis itu ubai baleh dalam bahasa Semai. Rusa itu sepatutnya dimakan tetapi tertangguh-tangguh selama tujuh hari sehingga terjemar menjadi hantu dan mengejar dua budak perempuan itu semasa ibu bapa mereka pergi ke hutan. Tapak kaki dua orang adik-beradik dan hantu rusa masih ada di kawasan air terjun sampai sekarang.

Ramai orang pernah tanya saya sejak bila Orang Asli wujud di tanah Semenanjung, kami tidak pasti jangka masa [yang tepat], tetapi kami tahu kami memang orang asal tanah ini, tidak ada keturunan dari negara-negara lain macam orang lain.

Selain daripada cerita tadi, apa cerita Orang Asli lain yang sering diberitahu orang tua yang Tijah gemar?

Ada banyak cerita. Menurut kepercayaan kampung saya, pada sesuatu ketika, tanah Semenanjung ini berada dalam keadaan yang gelap sebab bulan telah terjatuh ke bumi. Saya pernah mendengar cerita yang sama di kampung-kampung lain, mungkin keadaan ini berlaku sedunia.

Maka salah seorang nenek moyang kami yang halak (mempunyai ilmu spiritual yang tinggi) telah mengadakan sewang bubun gelap selama 14 malam, 14 siang untuk memujuk semangat bulan kembali ke langit. Ini kerana mereka mempercayai semakin lama [bulan] tinggal di bumi, dia akan makan manusia.

Nenek moyang yang halak itu kami memanggilnya Tok Churoq. Dia telah berjaya menghantar bulan balik ke langit. Maka bulan pun ingin membalas budinya dan memanggilnya untuk menyediakan tujuh lapis tikar krawoq, sejenis tikar mengkuang dengan anyaman khas yang sangat cantik.

Namun Tok Churoq tidak sempat menyiapkan tikar itu dan tuhaad (hadiah mengenang budi) itu terus menembusi bumi. Bulan memberitahunya batu itu sebenarnya batu umur, sesiapa yang uzur bersandar dekat batu itu akan menjadi muda lagi. Tetapi sekarang batu itu sudah jatuh ke dasar bumi, maka ditakdirkan umat manusia di dunia ini akan mati di atas bumi dan dihidupkan kembali apabila dikebumikan. Kepercayaan ini masih dikekal di kalangan kami.

Saya tahu cerita ini macam cerita dongeng, tetapi kami mempercayai dan menurunkan cerita-cerita ini dengan jelas kepada anak-anak kami.

Ada lagi cerita tentang asal-usul kejadian pokok, ikan, binatang dan sebagainya, saya suka mengambil cerita-cerita ini tetapi tidak ada masa untuk mencatat dalam buku betul-betul.

Apakah kenangan Tijah yang paling kuat semasa membesar?

Ibu bapa saya sangat baik hati, kami bukan orang senang, memang orang susah, tetapi mereka akan berkongsi apa yang ada dengan orang kampung. Kami tidak pernah makan bersendirian, mesti ada tetamu. Kadang-kadang kami berasa sedih kerana kami sendiri pun tak cukup makan.

With 100 other Orang Asli representatives attending a convention in Kuala Lumpur in December 2010

With 100 other Orang Asli representatives attending a convention in Kuala Lumpur in December 2010

Bapa saya meninggal dunia ketika saya 12 tahun, keadaan menjadi lebih susah, emak saya terpaksa pergi menoreh getah, memancing ikan dan mencari ubi keledek, ubi keladi atau ubi kayu walaupun sakit tulang. Emak masih akan berkongsi makanan kami dengan orang lain pada ketika itu kerana dia memang tidak sampai hati orang lain melihat sewaktu kami makan.

Walaupun hanya 12 tahun, saya macam sudah dewasa kerana terpaksa membantu emak dan kakak, bersama-sama pergi menoreh getah kami seluas dua ekar. Pokoknya tidak banyak kerana sudah tua dan mati dimakan anai-anai.  Saya dan kakak juga bekerja di kebun sayur orang Cina, kami berjalan kaki sejauh tiga hingga empat batu tiap-tiap hari.  Kami tidak bermain-main seperti kanak-kanak lain, bekerja itu menjadi sejenis permainan bagi kami.

Sungguhpun saya seorang perempuan, saya pernah membuat pelbagai kerja macam anak lelaki – membacu simen, membuat pagar, memotong kayu sepanjang lapan kaki, sebesar ibu jari kaki dan diikat sebanyak 25 kelamin, selepas itu mengangkutnya ke suatu tempat yang diperlukan dengan memikul dibahu. Kerja ini kami lakukan sebelah petang selepas kembali dari kerja di kebun-kebun sayur Cina.

Adik-adik saya sangat berdikari kerana kami kerap meninggalkan mereka di rumah semasa kami pergi cari makan. Dari usia lima atau enam tahun mereka kena menjaga sendiri.

Tijah ada beberapa orang adik-beradik?

Semuanya ada 10 tetapi seorang telah meninggal dunia. Pada masa itu, dua kakak dan satu abang saya sudah berkahwin dan duduk di kampung lain, anak kelapan pula dipelihara mak cik saya. Maka tinggal kakak, saya, dua orang adik perempuan dan satu adik lelaki di Kampung Chang Lama.

Saya anak keenam. Kakak saya tidak mampu menghantar kami semua ke sekolah, hanya saya dan adik ketujuh yang bersekolah. Kami tidak tahu macam mana memohon bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (sekarang ditukar nama kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli) walaupun ia wujud. Semua orang di kampung kami membeli buku dan baju sekolah sendiri.

Selepas itu, kakak saya jatuh sakit dan emak pun tidak boleh bekerja kerana kena menjaganya. Dua orang adik terkecil pun mengikut emak dan kakak pergi tinggal di Kampung Langkap. Saya pula menumpang dengan satu keluarga Katholik di Tapah untuk menduduki SPM, tinggal adik saya yang menduduki SRP tinggal bersendirian di rumah.

Sebenarnya saya tidak merancang untuk mengambil SPM, saya sudah berhenti belajar semasa Tingkatan 4 dan keluar bekerja kerana kakak tidak mampu membeli buku untuk saya dan sudah kelihatan kurang sihat.

Tetapi seorang paderi datang mencari saya dan memujuk saya untuk menyambung pelajaran walaupun pada masa itu sudah bulan lima dan tinggal beberapa bulan sahaja sebelum SPM. Dia menyuruh saya untuk mencuba sahaja.

Speaking at an Orang Asli convention in December 2009 in Kuala Lumpur. This was when the idea to organise a march to Putrajaya in March 2010 to protest against a controversial land policy first emerged

Speaking at an Orang Asli convention in December 2009 in Kuala Lumpur. This was when the idea to organise a march to Putrajaya in March 2010 to protest against a controversial land policy first emerged

Maka Tijah ada habiskan SPM?

Saya tidak mendapat apa-apa gred tetapi lulus beberapa subjek dan mendapat sijil am. Selepas itu saya tidak menyambung pelajaran lagi dan bekerja sekejap sebagai guru tadika di sekolah St Mary dan pernah bekerja di kilang juga.

Namun saya rasa tidak puas hati dan pekerjaan-pekerjaan ini rasanya bukan panggilan saya. Maka saya berhenti kerja, balik ke kampung dan bekerja di ladang sambil membuka kelas untuk mengajar budak-budak.

Saya juga cuba berbincang dengan orang kampung – apa yang terjadi dengan Orang Asli? Kenapa keadaan kita macam ini? Adakah kita suka keadaan sekarang?…Saya berfikir Orang Asli tidak akan menjadi orang terpinggir jika wujudnya satu sistem yang baik untuk [melindungi hak-hak] Orang Asli. Tetapi daripada menyalahkan orang lain, lebih baik saya memulakan sesuatu dan menguji adakah cara saya lebih berkesan untuk menjadikan Orang Asli lebih berkeyakinan diri.

Dan pendapat saya memang tepat, keadaan berubah selepas saya memulakan program untuk empower komuniti. Daripada Orang Asli malu dan takut bercakap, mereka menjadi lebih berani untuk berkongsi pendapat mereka. Memang Orang Asli bercita-cita untuk memperbaiki status mereka supaya setaraf dengan orang lain, cuma selama ini mereka salah dianggap orang bodoh dengan otak kosong.

Orang lain yang sentiasa memutuskan dan berfikir bagi pihak Orang Asli apa yang bagus untuk mereka. Maka, semakin lama mereka bukan semakin terbuka, malah, kebijaksanaan dan keyakinan diri semakin terhapus.

Selepas saya yakin cara saya adalah betul, saya terus mengadakan aktiviti dan diskusi dengan orang kampung. Hasil usaha itu kami boleh lihat … Orang akar umbi yang tidak pernah bersekolah dan mendapat apa-apa pendedahan lebih baik daripada Orang Asli yang berpendidikan atau status tinggi, yang takut sangat nama atau gaji mereka terancam.

Sebaliknya, orang kampung tidak terikat dengan apa-apa, dia bercakap ikhlas apa [masalah] yang dihadapinya [di kampung], berdasarkan kebenaran. Kebangkitan dan kesedaran [golongan ini] lah yang menjadi isu Orang Asli lebih hangat timbul, masyarakat Malaysia juga lebih mengambil perhatian terhadap isu kami.

Jika tidak, selama ini Orang Asli dianggap anak emas kerajaan – Orang Asli minta apa-apa sahaja dan kerajaan akan beri! Itu tanggapan negatif yang salah. Sekarang ramai orang masyarakat sudah sedar apa yang benar-benar sedang berlaku dengan Orang Asli.

Bagaimana pula Tijah mengaitkan pengalaman-pengalaman ini dengan identiti sebagai warganegara Malaysia?

Sebenarnya Orang Asli sangat jelas dengan identiti kita. Kita bukan orang Melayu atau Cina, kita Orang Asli, orang lain yang confuse.

Tijah (right) in Kampung Chang in August 2008 to celebrate International Day of the World’s Indigenous Peoples

Tijah (right) in Kampung Chang in August 2008 to celebrate the International Day of the World’s Indigenous People

Orang Asli tidak macam komuniti lain, kita komuniti yang sangat terikat dengan alam semulajadi dan tanah kita. Kita punya budaya, kepercayaan, kesenian, falsafah kehidupan, cerita mitos … semua berkait kuat dengan tanah di mana kita berasal. Oleh sebab itu, apabila Orang Asli tiba-tiba diusir ke kawasan baru, mereka akan hilang identiti mereka. Berbanding dengan Orang Asli yang masih tinggal di tanah adatnya, Orang Asli yang dipindah ke kawasan baru, jiwa mereka tidak tenang dan adat resam mereka mudah hilang.

Kalau mengikut perlembagaan, kita bukan bumiputera. Kami memang anak jati sini yang tidak berketurunan dari negara lain, kami peribumi tanah ini. Orang Asli memahaminya, tetapi [selepas 53 tahun sejak kemerdekaan Malaya] pemerintah masih belum [sanggup] meletakkan Orang Asli di kedudukan yang tepat.

Setakat ini kami dikenali sebagai Orang Asal bumi Semenanjung tetapi jika secara rasminya masih dikategorikan sebagai “Dan Lain-lain” tanpa maksud yang jelas.

Malah kita sering dimasukkan sebagai orang Melayu, walaupun kita melihat orang Melayu sangat berbeza dengan Orang Asli. Nama Orang Asli pun digalakkan menggunakan “bin” dan “binti” walaupun sebelum ini kita biasa memakai “a/l” dan “a/p”. Ada juga ahli Umno yang menyogok Orang Asli menyertai Umno sedangkan parti itu tidak ada kena-mengena dengan Orang Asli. Jika Orang Asli boleh masuk Umno, maka kita sepatutnya boleh masuk MCA dan MIC juga.

Nampaknya pemerintah sendirilah yang confuse.

Saya pun tidak pasti sama ada mereka benar-benar confuse atau sengaja hendak mengelirukan orang lain.

Iktiraflah kedudukan Orang Asli di dalam perlembagaan. Kita bukan hendak mencabar atau mengambil alih kedudukan orang Melayu. Kita memahami mereka adalah bumiputera, tetapi macam Orang Asal di Sabah dan Sarawak, kita peribumi tanah ini dan sepatutnya hak-hak kita sebagai peribumi dipertahankan. Sekarang [pemerintah] yang memutuskan segala-galanya, ambil tanah Orang Asli dan menentukan siapa yang boleh digelar Orang Asli [sesuka hatinya]. Identiti kita macam sesuatu yang dipermain-mainkan.

Apakah perubahan yang Tijah ingin lihat di Malaysia pada masa depan?

Saya mahu Malaysia yang menghormati semua kaum. Kalau saya boleh mendapat sesuatu, kamu juga boleh dapat. Saya rasa itu lebih adil.

Saya tidak mahu Malaysia yang dikuasai oleh satu kaum sahaja dan kaum lain terpaksa menunduk kepada satu kaum. Itu tidak baik kerana siapa yang menentukan satu kaum lebih mulia daripada orang lain? Tuhan mewujudkan dunia ini dengan pelbagai kaum.

Saya hendak melihat rakyat Malaysia yang menyayangi satu sama lain, bekerjasama berjuang untuk kedamaian semua orang.

The book Found in Malaysia, featuring 50 of our best interviews plus four previously unpublished ones with Datuk Zaid Ibrahim, Tan Sri Rafidah Aziz, Datin Paduka Marina Mahathir and Ramli Ibrahim, is now available at all good bookstores for RM45.

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , ,

18 Responses to ““Saya bukan Melayu, saya Orang Asli””

  1. lkl says:

    “Saya tidak mahu Malaysia yang dikuasai oleh satu kaum sahaja dan kaum lain terpaksa menunduk kepada satu kaum. Itu tidak baik kerana siapa yang menentukan satu kaum lebih mulia daripada orang lain? Tuhan mewujudkan dunia ini dengan pelbagai kaum.”

    Saya pun suka macam itu.

  2. Yee says:

    “…Iktiraflah kedudukan Orang Asli di dalam perlembagaan. Kita bukan hendak mencabar atau mengambil alih kedudukan orang Melayu. Kita memahami mereka adalah bumiputera…”

    Well, to tell the truth, Orang Asli are the real “bumiputera” in Malaysia. Everyone else are strictly immigrants.

    • Idris says:

      [Well, to tell the truth, Orang Asli are the real “bumiputera” in Malaysia. Everyone else are strictly immigrants.]

      Really? Are you sure about that? Can you cite material – journal papers, historical documents etc (anything other than ‘look up Wikipedia’, please) – to prove such? . I think we need to differentiate between common but possibly incorrect ‘knowledge’ with what we really know.

      In the first place, what constitutes ‘first’? If, for example, the Orang Asli came to what was previously known as the Malay peninsula in the year xx BC, but strictly limited themselves to the interior regions of the country, and the proto-malays or whatever made settlements along and only along the coastal areas in xx-10 BC, can you really say the Orang Asli came first? Does ‘first’ simply mean setting foot on the land (and how much land are we talking about here?) or does it mean ‘earliest settlements/civilization’?

      Is it not possible that the orang asli and the malays (genetically speaking, not politically speaking) are one and the same, if not now then at least in the past (I’m not talking about us all being Africans once upon a time; I am talking about the earliest settlements in the Malay archipelago)? I can hear lots of people saying ‘Of course not!’. From the sound of it, Tijah Yok Chopil probably wouldn’t want anything to do with the Malays, genetically (“Saya tulen berketurunan Semai” – [how would she] know?).

      Please don’t misunderstand – it wouldn’t bother me in the least if in fact the Indians or Chinese or Russians were here first (don’t let my name fool you). I just hate it how everyone talks as if it were indisputable fact that the Orang Asli were ‘first’. They may well be, but who really knows? No one I think, not yet and perhaps not ever. For all we know the descendants of what are now known as Chinese might have been here first, and the descendants of the Chinese might have been Malays. Etc, etc, etc. It goes on.

      [...]

      • Idris says:

        Besides the earliest established settlements, there is also the question of the earliest established culture and population as a function of time. I think this matters, otherwise all it would take would be [for] one person to set foot on previously undiscovered land to claim that land as his and his ethnic group’s, even if the first established settlement on that land, of a different ethnic group, comes a few days later after him.

      • Idris says:

        Another thing – what’s the definition of immigrant? Check the Oxford Dictionary, for example (or wiki if you are lazy) and you will find that the concept of ‘country’ is required to define immigrant.

        Even if we assume the Orang Asli were here ‘first’, and the ‘Malays’ came after – the concept of ‘country’, I dare say, didn’t exist for what was then the Malay Archipelago. So the term immigrant cannot be used.

        You might say I am being trite, but then you were the one who said ‘strictly’.

        • Kong Kek Kuat says:

          @ Idris

          [...] The Oxford Dictionary which I have says that an “immigrant” also includes “an animal… that has migrated into a given area, esp. one now living there…”

          [...] Anyway, it doesn’t matter if the concept of a country exists when using the term “immigrant”.

      • An Unimportant Person says:

        Idris,

        Why stop at claiming that Orang Asli and Malays are the same?

        Malays are the ancestors of the human race.

        Pls speak to Zaharah Sulaiman (from USM, I think) and she will explain everything to you.

        She even has DNA to prove it, she says!!

        Unbelievable, I know, so unbelievable that nobody outside of Malaysia pays any attention to her.

        I noticed that the Nobel Prize for Science did not go to her this year.

        Perhaps if you nominated her for next year…..

  3. Ahmad Mohd says:

    Saya pun suka macam tu – iktiraf Orang Asli ikut perlembagaan. Tapi Yee masih tak faham apa itu bumiputra dan pribumi. Mungkin sekolah di luar Malaysia.

    • Yee says:

      What do you mean? I am just elucidating a historical fact. Nobody, not even our historians and our government, can deny that Orang Asli are the real inhabitants of this land now called “Malaysia”. Please don’t try to deny history.

      • Idris says:

        Hmm.

        I was always under the impression that bumiputera referred to the Malays (whether in the ethnic or political sense, I don’t know) and Pribumi to the Orang Asli, and that both terms imply but do not explicitly state that these two groups are the ‘real’, ‘original’, and/or ‘first’ inhabitants of this land now known as Malaysia.

        Another definition told to me was that bumiputera refers to Malays and Orang Asli in Malaysia, whereas pribumi is the equivalent word for the Indonesians. Again, from my understanding, ‘sons of the soil’ may be the direct translation, and this merely implies but does not explicitly state ‘first inhabitants’.

        Either way, it seems possible to me that the definition held by Yee may need reviewing.

        But I don’t claim to know. Can anyone state, with references, what the current definition of these terms are?

        • Idris says:

          Sharon Siddique and Leo Suryadinata. “Bumiputra and Pribumi: Economic Nationalism (Indiginism) in Malaysia and Indonesia”, Pacific Affairs, Vol 54 No 4 pp662-687

          Makes for an interesting read.

  4. Simon Chen says:

    Apa sahaja yang kamu semua komen itu kekal komen. Hakikatnya, Orang Asal baik di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak adalah masyarakat/bangsa yang asal, pribumi dan bumiputra. Terbukti dalam sejarah lisan nenek moyang mereka dan perlembagaan negara.

    Oleh itu, mereka ada hak seperti mana warga negara yang lain.

  5. Idris says:

    It disappoints me to see that no one is interested in taking up the (supposedly simple) task of proving that the Orang Asli were here ‘first’.

    I suppose, to many if not most Malaysians, that this is a ‘fact’ that need not be proven, just as it need not be proven that the sun rises in the east. Or perhaps it is so, so obvious
    (“They’re called Orang ASLI for God’s sake!”) or simply too easy to prove [...]

    I ask that someone please show that this ‘fact’ is indeed a fact. [...] Please educate me.

    • Putin says:

      Why the need to have “bumiputera” to begin with? Doesn’t it seems that by using the grouping of so-called “bumiputera” to create greater artificial significance and special privileges over the non-inclusive other ethnic groups in the country? Why can”t we adopt “we are Malaysian” and all privileges are available to all Malaysians regardless of ethnicity? Why not we adopt a government that is fair to all and cares for the underprivileged regardless of ethnicity or appearance?

      So long as we are still having the notion of bumiputera vs non-bumiputera, we will forever remain where we are: mistrusting each other and sidelining one another for the greater good of “Malaysia”. Consider why we adopted the name “Malaysia” and dropped “Malaya”… is there any intention to change the country back to “Malaya” and we part ways with Sabah and Sarawak?

      I am of Chinese descent. My great-grandfather was born in 1890 in China and travelled to Malaysia. My dad was born in 1941 in Malaya. He remembers Merdeka when he was 16. I was born in 1965 and remember well May 13 1969 and the eerie sounds of screaming and crying during the riots even though I was only four. My son was born in 1994, and he is 17 now. Only God will tell me if my next generation of descendents will remain Malaysian.

      My two sisters have changed their citizenship to Singaporean and Australian. They have all the same rights and privileges as any Singaporean or Australian in their respective countries. All I want for the future of our country is for us to call ourselves “Malaysian”. Are we truly embracing the called-for “1Malaysia” or is it just more propaganda?

    • Kong Kek Kuat says:

      Ya, I would also love to be educated as to why the Orang-Orang Asli are called “Orang Asli” (which is a Malay word, by the way, and should imply that it must have been the Malays who gave them that name) and the Melayu-Melayu are called “Melayu”. Why is it not the other way around?

      Please educate me, people!

    • Yeo Kien Kiong says:

      It is indeed disappointing to see no one interested in taking up the task. I am wondering what is your personal definition of bumiputera, and your perception of bumiputera as defined by the BN government? Lastly, why the term bumiputera is used for general population instead of bumiputeri that especially caters to the beautiful ladies in our beloved country?

      • Idris says:

        My personal definition… I have none. Or rather, I can’t say it here. The term is supposed to imply ‘original/first inhabitants’, but, as I mentioned previously, these terms have yet to be defined properly – as far as I know, at least.

        In other words my current opinion is that the term bumiputera, from an etymological point of view, is quite meaningless. And if it is meaningless in this sense, (I would think) it is meaningless in any other. (The phrase “Kami semua pendatang” may well be untrue, too, but that is for another time). No one can claim to be “first”, and by the same token, no one can say some other group was in fact “first”. Why bother to begin with?

        How this could affect the current sociopolitical scene in our country (if anyone ever bothers to take it seriously) is also best left for another time.

        That said, the reason why I raised this issue is because it is really quite sickening to hear fellow Malaysians say, “We were first, and if you don’t like it here, go back to your own country” and variations thereof; and the equally sickening counterargument made by other Malaysians: “You weren’t here first, the Orang Asli were” as if this were the gospel, ultimate, undeniable truth. Utter rubbish, I think.

        Bumiputeri sounds cute, I must say.

  6. nordin hello says:

    Orang asli adalah orang yang mula duduk di Malalaysia…


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site