Categorised | Columns

Nasihat tentang Hari Kekasih

KEPADA sesiapa yang tergedik-gedik mahu berdating, bermesra dan berdua-duaan sempena Hari Kekasih ini, baca dulu nasihat terbaru kolumnis pujaan ramai, Kak Nora:

Natalie Portman (Gambar oleh Josh Jensen / Wiki commons)

Natalie Portman (Gambar oleh Josh Jensen / Wiki commons)

Assalamualaikum K.No! (Kalau Amerika boleh ada J.Lo, kenapa Malaysia tak boleh ada K.No? Kan kan kan?)

Kak, sebenarnya di sebalik gurauan mesra ini, saya amatlah takut sekarang. Baru-baru ini, saya telah berkenalan dengan seorang staf baru di opis, namanya Lina. Kak nak tahu rupa dia macam mana? Kak tahu Natalie Portman? Ha, memang sikit pun tak serupa. Muka Lina muka gadis Melayu klasik.

Anyway, saya telah memberanikan diri dan menjemput Lina untuk keluar makan malam sempena Hari Kekasih. Saya tak pernah terfikir akan timbul apa-apa masalah atau kesangsian. Namun, seorang kawan saya telah menghantar mesej kepada saya di laman Facebook yang berbunyi:

“Hoi brader! Ko sedar tak ko nak buat maksiat ni? Berdosa tau menyambuat Hari Velentain – boleh murtad!” Dia juga memuatkan pautan ke sebuah laman web yang memaparkan kisah benar yang tidak dilaporkan oleh media, iaitu www.kisahbenaryangtidakdilaporkanolehmedia.com.my. Artikel tersebut berbunyi:

“Terdapat seorang jejaka yang tampan bernama Rushan Daniel yang terlalulah berahi untuk berteman wanita. Namun, Rushan tidak berminat untuk bernikah lagi, dan mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya. Walaupun begitu, dia tetap kalah kepada nafsunya dan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk bertemankan seorang gadis yang jelita lagi seksi sempena Hari Kekasih. Apabila mereka berada di atas ranjang, gadis tersebut telah menembak api daripada pucuk branya, justeru membakar hangus si Rushan sampai menjadi abu.

Adakah anda mahu menimpa nasib malang yang sama seperti Rushan? Jauhilah daripada menyambut Hari Kekasih!”

Sekarang saya sudah takut sampai bulu janggut saya pun terketar-ketar, kak. Betulkah kisah ni? Hari ini saya berpuasa demi menahan nafsu. Dekat opis, saya sikit pun tak boleh bertentang mata dengan Lina. Saya rasa macam nak batalkan saja temujanji saya dengannya dan bertaubat terus. Atau mungkin saya kena melamar dia dan berkahwin terus. Sungguh kompius saya. Dengan demikian saya memohon nasihat dan kebijaksanaan K.No demi keselamatan dan kemakmuran saya sendiri.

Fariz Alsagoff, Taman Melawati

Waalaikumussalam adik F.Off,

Akak sungguh-sungguh mahu bersimpati dengan masalah adik, tetapi akak tak boleh tahan…

Hoi, ting tong!  Ini bukan kisah benar! Ini sinopsis video klip Bad Romance oleh Lady Gaga! Tak percaya carilah sendiri dekat YouTube. Selesai.

Tapi akak tidaklah sekejam itu – akak tahu adik sedang menghadapi pergelutan dalaman yang sangat serius. Oleh itu, akak memang bersetuju dengan kawan Pesbook adik tadi tu: Berwaspadalah terhadap Hari Kekasih! Adik nak dengar kisah benar tentang Hari Kekasih? Jangan percaya sumber selain daripada K.No. Akak hidangkan di sini bukan satu tapi dua kisah benar yang menimpa orang Melayu beragama Islam yang taksub menyambut Hari Kekasih:

Kisah benar 1

Azreena merupakan seorang gadis yang sangat rupawan dan sering dilamar oleh anak-anak teruna di kampungnya. Namun, Azreena memandang rendah terhadap mereka semua dan bercita-cita untuk berkahwin dengan Mat Salleh kaya (ataupun minimumnya Datuk pun jadi). Jadi Azreena telah berpindah ke kota. Dia membelanjakan hampir kesemua gajinya atas produk kecantikan yang entah halal atau tidak. Setelah sekian lama berada di kota dan semakin hampir Hari Kekasih, Azreena masih gagal menawan hati mana-mana Mat Salleh kaya atau Datuk dan mula risau.

Satu hari, dia telah melawat sebuah kedai alat solek yang dikelolakan oleh seorang wanita yang terlalu cantik rupa parasnya. Wanita tersebut berkata: “Pakailah krim ini selama tiga malam berturut-turut, dan pada malam ketiga, hajatkan dengan hati dan lafazkan dengan mulut, ‘Aku mahu rupa seperti yang aku impikan.’ Nescaya kamu akan menambat hati mana-mana lelaki yang kamu suka Hari Kekasih ini.”

(Gambar oleh tavobueso/sxc.hu)

(Gambar oleh tavobueso/sxc.hu)

Azreena pun menurutlah perintah akak tersebut. Pada malam ketiga, setelah menyapu krim tersebut, Azreena bersedia untuk melafazkan hajatnya. Namun, pada saat itu juga seekor cicak telah jatuh ke atas bahunya lalu mengejutkannya. Maka Azreena melatah dan berkata: “Aku mahu rupa seperti p***mak!”

Krim tersebut terbukti berkesan.

Kisah benar 2

Walaupun berkali-kali diberi amaran tentang batas-batas pergaulan di Pesbook, Fariz Sultan berdegil dan terus mengurat gadis-gadis yang agak gedik di alam siber. Lama-lama, Fariz berkenalan dengan seorang gadis yang sangat comel dan seksi dan mereka saling menukar nombor telefon bimbit. Pada Hari Kekasih, gadis tersebut mengirim sepotong video ke iPon Fariz. Dengan rakusnya, Fariz menonton video tersebut. Wah, kelihatan teman wanitanya itu sungguh mengancam memperagakan susuk badannya dalam video tersebut.

Akan tetapi, Fariz mula berasa seram apabila teman wanitanya itu berubah rupa kepada wanita bermuka pucat dan berambut liar tak ubah seperti cerita seram Jepun, dan melangkah keluar daripada skrin iPon-nya. Lalu wanita jadian itu telah menyerang Fariz dan merampas hak keistimewaan Melayu yang terletak di antara kedua-dua pehanya. Fariz Sultan kemudian terpaksa menukar namanya kepada Paris Hilton dan berhijrah ke Amerika Syarikat.

Akak rasa jelaslah daripada kisah-kisah ini, amatlah bahaya sekiranya adik menyambut Hari Kekasih. Namun, mungkin ada orang yang akan berkata bahawa ini semua kisah tahyul semata-mata (walaupun benar). Yang pentingnya kita kena lihat apa hukum menyambut Hari Kekasih. Adik sendiri tahu, hukumnya haram menurut ulama kita. Akak mahu tambah, terdapat juga tiga perkara yang nampak seperti tidak berkaitan tetapi boleh membawa kepada maksiat pada Hari Kekasih, walaupun kita tidak sedar:

Mandi

Mandi boleh membawa kepada maksiat sekiranya niat untuk mandi ialah supaya berbau harum dan dapat menarik minat kaum berlawan jenis. Namun jika mandi kerana mahu menarik minat kaum sejenis, juga maksiat.

Makan

(Gambar oleh nkzs/sxc.hu)

(Gambar oleh nkzs/sxc.hu)

Makan boleh membawa kepada maksiat sekiranya kita makan aiskrim (hidangan kaum kafir yang diberikan resipinya oleh syaitan) yang disapu atas dada kaum berlawan jenis. Tetapi jika kita cuba mengusap-usap dadanya untuk membersihkannya daripada disalut aiskrim, juga maksiat. Namun jika aiskrim tersebut disapu atas dada kaum sejenis dengan kita, tetap maksiat.

Tidur

Tidur boleh membawa kepada maksiat sekiranya tidur melibatkan kita berbaring atas badan kaum berlawan jenis. Namun jika berbaring di bawah badan kaum berlawan jenis, juga maksiat. Walaupun begitu jika kita berbaring dengan kaum sejenis, tetap maksiat.

Akak harap semua ini membantu. Dik F.Off, jangan sambut Hari Kekasih okay? Pandang-pandang jeling-jeling cukup.

Salam ikhlas dan nakal,

K.No

Shanon Shah mengucapkan Selamat Jangan Menyambut Hari Kekasih kepada semua.

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , ,

4 Responses to “Nasihat tentang Hari Kekasih”

  1. Mettise says:

    Hilarious! Wah I suka baca K. No’s advice column!

  2. Paul Lau says:

    Shanon,

    I love Kak Nora! Happy Valentine’s Day! Happy Curb One’s Vices and Gird One’s Loins Day! Let’s all celebrate Valentine’s Day 50′s-America style by eating oatmeal porridge to quell sexual desires, to walk away from any possible liaison, to refrain from eating suggestive foods like cucumbers, hot dogs, bananas, ice cream lollies, baguettes, donuts, stuffed pita bread pockets, papayas whole and papayas sliced in half, whole melons, peaches, and consuming beverages through straws.

    Thanks for all your news and for sharing your thoughts and views. I love you!

    Peace, Joy, Love, Health and Happiness be with you and your family always,
    Paul

  3. Ida Bakar says:

    Kak Nora,

    Tatkala Hari Valentine telah ditukar-nama kepada Hari Kekasih, bagaimana pula jadi murtad kalau hari kekasih ini diraikan? Bukankah ‘Valentine’s Day’ itu, seperti Halloween yang asalnya meraikan wali-wali Kristian telah disekularkan? Saya cadangkan Halloween ditukar-nama kepada Halal-oween secepat mungkin sebelum Uztazah Nor Bahyah melompat di TV9.

    Berbalik kepada Hari Kekasih. Bukankah lebih baik untuk adik F.Off di atas keluar makan malam di khalayak ramai dengan mata-airnya. Kalau dia berting-tong-tong-tong di hotel murahan, pasangan ini akan beraksi untuk filem biru jabatan agama sebelum diserbu. Jadi lebih baiklah Hari Kekasih ini diraikan dengan romantis-nya. (Terkinja-kinja berting-tong di hotel murah sungguh tidak romantik!)

  4. Although she has a strange style, she has a great voice as well :)


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site