Categorised | MP Watch

Mohd Hayati Othman (Pendang)


(Source: parlimen.gov.my)
PENDANG Member of Parliament (MP) Datuk Dr Mohd Hayati Othman’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.

Name: Datuk Dr Mohd Hayati Othman
Constituency: Pendang

Party: PAS
Years as MP:
Since 2004

Government position: None

Party position:
Pendang welfare committee chairperson
Kedah welfare bureau chairperson

Membership in parliamentary committees or caucuses: None

Website: http://mppendang.blogspot.com


1

Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Saya sokong mansuhkan ISA. Penahanan tanpa bicara bertentangan dengan hak asasi manusia dan bertentangan dengan kebebasan dalam Islam, sebab semua orang tidak bersalah kecuali didapati bersalah oleh mahkamah.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa? 

Malaysia patut melaksanakan peraturan berlandaskan Islam. Masyarakat bukan Islam berhak menerima atau tidak, dan ini dibenarkan oleh Islam.

3Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas utama Ahli Parlimen adalah membahaskan undang-undang dan membawa permasalahan rakyat ke dalam perbahasan di Parlimen. Sumber tidak mencukupi kalau dibanding dengan negara jiran. Peruntukan kewangan bagi setiap MP, terutama pembangkang, sumber researcher dan masa perbahasan terlalu sempit.

4Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Kebebasan maklumat perlu dikawal tetapi perlu sederhana. Maklumat fitnah dan tidak benar perlu dikenakan tindakan.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Langkah mengukuhkan demokrasi adalah dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah badan bebas, tidak di bawah perdana menteri atau di bawah kawalan kerajaan.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Pengasingan kuasa adalah mesti supaya tidak ada campurtangan pihak eksekutif seperti yang berlaku di Perak.

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site