• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Home
  • About
  • Contact
  • RSS
  • Archives
  • Subscribe
The Nut Graph

The Nut Graph

Making Sense of Politics & Pop Culture

  • Projects
    • MP Watch
    • Found in Conversation
  • Current Issues
    • 6 Words
    • Commentary
    • Features
    • Found in Quotation
    • News
  • Columns
  • Interviews
    • Exclusives
    • Found in Malaysia
  • Multimedia
    • Audio
    • Pictures
    • Videos
  • Corrections
  • Letters to the Editor
  • Vault
    • Found in Translation

Nasihat tentang politik

Secubit Garam oleh Shanon Shah

June 6, 2011

SUNGGUH berdebar-debar jantung saya apabila mendengar desas-desus bahawa pilihanraya umum bakal diadakan di Malaysia. Di celah-celah menulis esei penghujung penggal di London, saya tergedik-gedik melayari internet demi mengikuti perkembangan politik di Malaysia. Sepertimana yang saya jangkakan, penulis kolumnis kegemaran saya, Kak Nora, juga mempunyai komen tentang suhu politik yang semakin meningkat. Ikutilah selanjutnya:

Sayap Puteri,
Gerakan Siswa dan Siswi Seangkatan (Gersssang),
Universiti Malaysia Tambahan,
92100 Kuala Lumpur

Yang Berfabulousness Puan Noranisah binti Minit @ Kak Nora,
MalaysiaBegini Sdn Bhd,
57, Jalan Bunga Raya,
Bangsaque Baru,
31800 Kuala Lumpur

02 JUN 2011/29 JAMADIL AKHIR 1432

Puan,

Pertanyaan tentang karier politik untuk perempuan Melayu

Saya bagi pihak Sayap Puteri Gersssang institut pengajian tinggi awam ini memohon nasihat puan tentang penglibatan wanita muda Malaysia dalam bidang politik.

Untuk rujukan anda

2. Sayap Puteri Gersssang giat mengendalikan aktiviti sosial dan kebudayaan, dan setakat ini beberapa orang ahli kami telah dijemput untuk menyertai parti politik besar termasuklah Asam Ko (Association of Malay Keepers Organisations) dan Berahi (Barisan Rakyat Menghidupkan Islam). Beberapa orang ahli juga dijemput untuk menyertai parti politik wanita terbaru tanahair, Gawat (Gerakan Wanita Tembam), dengan manifestonya yang bertajuk Tembam is the New Thin.

3. Kami agak keliru kerana parti-parti ini mendukung ideologi yang saling berbeza, tetapi kesemuanya mengaku berjuang untuk kepentingan rakyat. Sebagai puteri generasi pelapis, kami serba salah kerana walaupun mahu menyumbang kepada masyarakat, kami masih was-was dengan karenah parti politik.

4. Dengan demikian, kami memohon petunjuk daripada puan yang selama ini sungguh bijaksana dalam memberikan nasihat yang menyentuh isu semasa.

5. Segala nasihat puan, kami amat berterima kasih.

Sekian.

Yang benar,
Mawar
(MAWAR TANJUNG BINTI DESA)
Setiausaha Sayap Puteri Gersssang

Yang Bergedikness Kak Nora,
Pemangku pengarang,
MalaysiaBegini Sdn Bhd

Yang Berdouble-fabulousness Mawar Tanjung binti Desa,
Setiausaha Sayap Puteri Gersssang,
Universiti Malaysia Tambahan,
92100 Kuala Lumpur

6 JUN 2011/4 REJAB 1432

Saudari,

Nasihat tentang bakal karier politik untuk siswi yang awesome

Akak bagi pihak diri sendiri amatlah terharu dan berbesar hati menerima pertanyaan daripada saudari-saudari Gersssang. Terima kasih juga kerana menulis dalam format surat rasmi. Buat akak rasa macam pemeriksa Sijil Pelajaran Malaysia.

2. Mula-mula sekali, tahniah atas menerima jemputan daripada pelbagai parti politik. Ini menunjukkan potensi yang mendalam di kalangan you allz. Tidak salah jika masing-masing mahu merasa Asam Ko, Berahi atau Gawat.

Nelson Mandela (© South Africa The Good News | Wiki Commons)
Nelson Mandela (© South Africa The Good News | Wiki Commons)

3. Namun begitu, akak amat memahami dilema you allz. Dalam sejarah dunia, memang ada pemimpin politik yang agak setan, seperti Adolf Hitler. Akan tetapi, ada juga pemimpin politik yang agak educational, seperti Nelson Mandela.

4. Oleh itu, akak mengucapkan tahniah kepada saudari-saudari yang mampu menilai parti dan pemimpin politik secara kritikal. Lanjutan daripada ini, akak berpendapat bahawa wujud ramai tokoh politik wanita yang boleh diteladani oleh saudari sekalian. Contohnya, rujuklah kepada karier arwah Khatijah Sidek di tanahair kita sendiri. Di rantau Asia Tenggara, lihatlah perjuangan Daw Aung San Suu Kyi yang masih berterusan. Di rantau-rantau lain, ambillah iktibar daripada Amerika Selatan, di mana tiga negara sudah menikmati kepimpinan yang bersejarah daripada kaum wanita, iaitu Chile, Argentina dan Brazil. Dari sudut sejarah, dalam tamadun Islam sendiri kita ada pemimpin wanita contoh, seperti Saidatina Aishah binti Abu Bakar r.a. Tiada ketandusan ilham untuk saudari sekalian.

5. Walau bagaimanapun, akak rasa bahawa jika saudari sekalian ingin menyumbang kepada masyarakat, terdapat pelbagai cara lain yang berkesan. Ini tidak bermaksud bahawa akak melecehkan arena politik. Maksud akak di sini ialah parti politik bukanlah institusi tunggal yang mampu merubah sistem politik tanahair. Lihatlah contoh revolusi yang berjaya di Mesir dan Tunisia, yang digerakkan oleh lelaki dan wanita muda yang rata-ratanya tidak mempunyai keahlian rasmi dalam parti politik. Dan lihatlah bagaimana kejayaan mereka menyuntik ilham baru dalam sanubari muda-mudi di negara lain, contohnya di Palestin.

6. Isunya di sini ialah, bagaimana setiap individu boleh mengatasi ketidakadilan atau penindasan dengan cara yang damai, beradab dan mengikut kemampuan masing-masing. Bak kata pakar falsafah tersohor Michel Foucault, “I believe that by subjugated knowledges one should understand something else, something which in a sense is altogether different, namely a whole set of knowledges that have been disqualified as inadequate to their task or insufficiently elaborated: naive knowledges, located low down on the hierarchy, beneath the required level of cognition or scientificity.” Saudari sekalian tidak faham? Memalukan. Ini petikan daripada buku teks zaman tadika akak.

lipstick (© shawnzrossi | Flickr)
lipstik (© shawnzrossi | Flickr)

7. Akak bergurau. Akak bukan pakar politik. Pakar lipstik mungkin. Jadi akak mengangkat tabik jika ada di kalangan saudari yang membaca falsafah politik dan masyarakat dengan mendalam, tidak kiralah sama ada moden, pascamoden, ting tong atau pasca-ting tong. Cubalah dedahkan diri kepada sayap kiri, sayap kanan, atau sayap masak kicap.

8. Bagi akak, yang pentingnya setiap insan mesti yakin dengan potensi masing-masing untuk memimpin, tidak kira lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, tua atau muda, lembut atau keras, gelap atau cerah, tinggi atau rendah. Asalkan kita sentiasa saling menghormati dan beradab.

9. Akak berhenti dulu di sini. Kalau tidak nanti nampak macam blog perdana menteri yang sudah bersara tapi masih aktif.

10. Apa-apa pertanyaan tambahan you allz akak sangat alu-alukan.

Salam ikhlas dan nakal,
Kak Nora
(NORANISAH BINTI MINIT)

Shanon Shah tiba-tiba lapar memikirkan sayap goreng berempah.

Filed Under: Columns Tagged With: Asam ko, aung san suu kyi, Berahi, Gawat, kak nora, Michel Foucault, nasihat, Nelson Mandela, politik, sayap, Secubit Garam, Shanon Shah, Tembam

Primary Sidebar

Search

Recent Comments

  • Wave33 on The Nut Graph stops publication
  • Adam on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • PSTan on The Nut Graph stops publication
  • Andre Lai on The Nut Graph stops publication

Recent News

  • The Nut Graph stops publication
  • Nasihat tentang sepupu yang mengganggu perasaan
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: The Sunni-Shia split and the answer to Muslim unity
  • Why Malaysia needs the national unity bills
  • Challenging government in the digital age: Lessons from Kidex
  • Najib’s failure
  • Babi, anjing, pondan: Jijik orang Islam Malaysia
  • Kidex and the law – What the government’s not telling you
  • Beyond Dyana Sofya
  • Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Does Malaysia need hate speech laws?

Tags

Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim Barisan Nasional BN Bukit Selambau by-election dap Deborah Loh Ding Jo-Ann Election Commission elections Found in Malaysia Found in Quotation Gan Pei Ling government high court Hishammuddin Hussein ISA islam Jacqueline Ann Surin Khairy Jamaluddin KW Mak Lim Guan Eng Malaysia MCA Menteri Besar MP Watch Muhyiddin Yassin muslim Najib Razak Pakatan Rakyat Parliament Parti Keadilan Rakyat pas Penang Perak PKR police politics prime minister Selangor Shanon Shah Umno Wong Chin Huat Zedeck Siew

Footer

  • About The Nut Graph
  • Who Are We?
  • Our Contributors
  • Past Contributors
  • Guest Contributors
  • Editorial Policy
  • Comments & Columns
  • Copyright Policy
  • Web Accessibility Policy
  • Privacy Policy
The Nut Graph

© 2025 The Nut Graph