Categorised | Columns

Ulama Perempuan

SESETENGAH orang akan tertoleh dua kali seperti tersalah dengar apabila mendengar perkataan “ulama perempuan”. Dua perkataan yang seperti tidak boleh disebutkan seiringan. “Orang perempuan mana boleh jadi ulama. Kan orang lelaki saja boleh,” kata sesetengah orang. Ada yang malah menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat bertentangan dengan Islam.

UlamaPerempuan

Poster  tayangan Ulama Perempuan

Namun, apakah persepsi ini benar? Mengapa wujud persepsi begini? Apakah benar tidak ada ulama wanita dalam sejarah dan tradisi Islam?

Justeru saya ingin mengetengahkan sebuah gerakan “Pengkaderan Ulama Perempuan” di Indonesia melalui dokumentari saya Ulama Perempuan yang ditayangkan pada 20 Sept 2013.  Sebenarnya filem saya masih belum begitu siap, namun saya tayangkan juga sekadar untuk memulakan perbincangan mengenai isu ini.

Ulama perempuan

Apakah lupa bahawa Siti Aisyah r.a. itu juga dianggap sebagai ulama dan mufti. Ramai para sahabat yang bertemu beliau untuk belajar dan meminta nasihat tentang hal-hal agama.  Begitu juga Rabiah Al Adawiyah, ramai ulama-ulama  besar lelaki yang turut berguru dengannya.

Al-Muhaddithat: The Women Scholars in Islam, buku kajian Felo Penyelidik dari Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr Mohammad Akram Nadwi, mengemukakan 8,000 perawi hadith wanita yang selama ini tidak pernah diwar-warkan pada umat Islam, sehingga hampir seluruh umat Islam menyangka bahawa perawi hadith mestilah hanya orang laki-laki saja.

Sekali lagi, seluruh umat Islam seperti terlupa bahawa perawi hadith yang penting dan utama ialah Siti Aisyah r.a.

womenbookcover

Al Muhaddithat: The Women Scholars in Islam

Tahukah anda bahawa mengambil air sembahyang itu ialah hasil dari perawian hadith seorang wanita, iaitu Rubiyya Muawidh ibn Afrah?  Menurut Dr Muhammad Akram, Rubiyya merupakan perawi hadith yang hebat, yang banyak dipetik oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.

Amrah Abdur Rahman adalah seorang lagi perawi hadith yang hebat. Beliau juga merupakan seorang ahli fiqah yang bertaraf mufti. Beliau malah pernah mengkritik keputusan hakim yang menjatuhkan hukum potong tangan terhadap seorang pencuri, sehingga hakim tersebut terus menarik balik hukumannya setelah menerima hujah kuat yang dikemukakan oleh Amrah.

Sejarah ini tertera dalam kitab Al Muwatta oleh Imam Malik. Lalu, mengapa cadangan sistem hudud PAS tidak membolehkan wanita menjadi hakim kes jenayah?

Sejarah Islam jelas menunjukkan tiadanya sikap fobia dalam memberi penghormatan atau pengiktirafan terhadap ketokohan kepimpinan dan kealiman wanita. Wanita dihormati sebagai ulama.

Lalu, mengapa kemudiannya masyarakat Islam seperti allergik dengan perkataan “ulama perempuan” dan juga berat menerima wanita sebagai pemimpin tertinggi Negara?

mosqueleaderland

(masjid dilukis oleh niken sofi salma | openclipart.org)

Perempuan dan masjid

Di Indonesia, saya bukan saja tertarik, malah terharu dengan cara layanan kakitangan masjid terhadap orang ramai ke masjid, terutamanya perempuan. Sewaktu bulan puasa, masjid menyediakan makanan percuma. Maka, ramailah juga orang miskin dan berpendapatan rendah yang datang dengan anak-anaknya.

Sebelum berbuka puasa, ustaz masjid akan memberi sedikit ceramah dan mengetuai bacaan doa dan salawat. Selain itu, ustaz masjid juga akan memanggil kanak-kanak untuk tampil ke depan untuk membaca ayat Qur’an yang mereka ketahui. Biasanya ayat yang sering dibaca ialah surah-surah pendek seperti al Fatihah. Kanak-kanak yang belum lancar hafalannya akan diajar oleh ustaz tersebut dengan lembut. Yang membuat saya terharu ialah kanak-kanak perempuan dari keluarga tidak berada juga memberanikan diri tampil ke depan di depan ribuan lelaki dan wanita yang turut berbuka puasa di masjid itu, dengan pakaian yang seadanya. Ustaz tersebut tetap melayani mereka dengan lembut dan kasih sayang.

Pada saya, pengalaman sedemikian akan memberi kesan besar pada budak perempuan itu. Besar kemungkinan dia akan mempunyai sikap percaya diri yang tinggi kerana sewaktu kecil dia telah “mengaji” dan lakukan “public speaking” di hadapan ribuan orang termasuk lelaki dewasa. Selain itu, bagi kanak-kanak perempuan yang membaca surah al-Qur’an di khalayak ramai dan juga bagi para hadirin yang melihatnya, pengalaman sedemikian akan menjadi sebahagian pengalaman dan memori kekal dalam hidup mereka.

Apabila perkara sedemikian menjadi pengalaman bersama, ia akan menjadikan pengalaman dan kejadian sebegitu sebagai sesuatu yang lumrah dan dianggap tidak asing dalam masyarakat.

Masjid Indonesia

Masjid di Indonesia semasa bulan puasa (© Muhammad R | Flickr)

Bayangkan, jika kanak-kanak perempuan itu besar nanti ada orang yang melarangnya untuk mengaji, berceramah, berpidato di ruang awam, maka pasti dia tidak akan berdiam diri menerima larangan itu. Begitu juga kemungkinan besar masyarakat yang sudah biasa melihat perempuan tampil ke hadapan untuk terlibat sama dengan aktiviti dan wacana di kalangan masyarakat, pasti akan tetap menggalakkan wanita turut tampil di ruang publik.

Bayangkan pula jika sesuatu masyarakat sering ditanam pemikiran bahawa orang perempuan memang tidak wajar untuk muncul di hadapan khalayak ramai.

Maka orang perempuan pun tidak punya keyakinan diri untuk bergiat aktif di masyarakatnya dan orang lelaki pun akan terus mendiskriminasi dan menyekat perempuan dari tampil ke depan juga.

Maka apabila perempuan di masyarakat itu memang takut-takut untuk berpidato dan menjadi pemimpin, kerapkali mereka malah disalahkan kembali dan mengakarlah tuduhan “perempuan memang sifatnya lemah, penakut dan tidak pandai berpidato dan berhujah dengan baik”.

Seterusnya, akan wujudlah budaya yang membuatkan wanita menjadi masyarakat kelas kedua, yang peranannya hanya dihadkan sebagai pendukung kaum lelaki.  Bukan orang lelaki saja yang meragui kemampuan wanita, malah orang perempuan sendiri termakan indoktrinasi itu dan mula sentiasa meragui keupayaan dirinya sendiri dan menganggap kewujudan dirinya tidak sepenting lelaki.

Kepimpinan wanita

Sikap pandang rendah pada perempuan ini masih mengakar di kalangan masyarakat, apatah lagi bila sesetengah ustaz dan ustazah tak habis-habis mengejek orang perempuan di ceramah-ceramah mereka.

Para jamaah pun lupa yang setiap kali mereka berdekah-dekah ketawa kelakar mendengar ustaz mereka mengejek dan menghina perempuan, mereka sebenarnya mengejek dan menghina ibu mereka sendiri, nenek mereka, kakak, ustazah dan guru perempuan mereka, isteri dan anak perempuan mereka.

Para ustazah pun lupa yang apabila mereka merendah dan memperkecilkan wanita, mereka sebenarnya menghina dan mengejek diri mereka sendiri.

Padahal, ada ustazah yang sewaktu di universiti, mutu kelulusannya jauh lebih tinggi dari sesetengah ustaz yang lulusnya sekadar tahap ala kadar. Akan tetapi, bila selesai pengajian, sesetengah ustaz yang tahap kelulusannya  sekadar cukup makan itu pula yang dengan penuh yakin mengedepankan dirinya atau diangkat sebagai ahli agama yang jadi sumber rujukan banyak pihak. Jika ustaz itu rajin berpolitik, potensi dia naik ke tahap pucuk pimpinan mungkin jauh lebih cerah berbanding dengan ustazah yang lebih pintar tadi.

Demikianlah dalam politik, wanita masih dipinggirkan dan dianggap kelas kedua. Mereka dicerukkan pada bahagian “sayap wanita” yang peranannya lebih sebagai pendukung “parti” – dimana “parti” yang dimaknakan sebagai “ahli-ahli politik lelaki”. Umno, PAS, PKR misalnya masih mengekalkan tradisi sebegini. Ahli-ahli politik lelaki yang menentukan sama ada ahli politik perempuan boleh diangkat jadi presiden parti yang biasanya juga bermakna menjadi perdana menteri Malaysia atau tidak. Jangankan jadi perdana menteri, malah jadi menteri kabinet pun wanita yang telah bertungkus lumus berkempen memberi kemenangan pada parti dipinggirkan terus dari proses pembuat keputusan parti.

Wanita Umno

Bolehkah ahli Wanita Umno menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Lihatlah betapa terkejut dan kecewanya pemimpin-pemimpin Wanita UMNO suatu masa dulu apabila tidak ada seorang pun wanita Umno yang tersenarai dalam kabinet kerajaan. Penentuan samada wanita PAS boleh menjadi pemimpin atasan (apatah lagi tertinggi) parti juga ditentukan oleh lelaki. Suatu masa dulu, pemimpin-pemimpin tertinggi PAS (lelaki) tidak membenarkan wanita giat menjadi pemimpin politik namun kemudiannya ulama/pemimpin PAS (lelaki) mengatakan sudah boleh. Jadi wanita hanya sebagai objek yang harus akur dan seperti catur yang pergerakannya ditentukan oleh orang lelaki.

Begitulah, siapa kata tidak ada lagi masalah diskriminasi wanita di Malaysia yang moden ini. Inilah keadaan sebenar yang saya harap filem dokumentari Ulama Perempuan boleh menimbulkan untuk renungan bersama. The Nut Graph


Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita dan juga pembuat filem.

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , ,

9 Responses to “Ulama Perempuan”

  1. Kasim says:

    ‘Ulama’ maknanya orang yang berilmu. Kalau orang perempuan tinggi ilmunya jadilah dia ‘ulama perempuan’. Siapa yang kata perempuan tak boleh jadi ulama ialah orang jahil yang tak tahu apa maksud perkataan ‘ulama’.

  2. FC says:

    Not just UMNO, the whole world is like that. Our PM is only the sixth. Obama is the US’s 44th president. So far, no women yet and they have a pool of 200 million educated people half of which are women.

  3. kampong lad says:

    Ulamak ertinya pakar atau specialist. Pakar ni unisex. Siti Fatimah & isteri2 Rasullulah saw selain Aisyah bt Abu Bakar pun ulamak jugak. Ulamak2 sekarang ni are merely story tellers.

  4. When sexual roles are reversed, the end of the world is near.

    • Adam says:

      I beg to differ. When sexual roles are reversed, I think we guys can finally lie back, relax and enjoy. It would be the beginning of interesting and fantastic times ahead. No?

      Actually, it is more of women being able to take an active part in the social, political and economic affairs of the country, community and family. Women could then claim to be our equal partners and we should welcome that. I do not fancy being the head of the family and my wife being the neck.

      As for women taking the leading role in religious affairs, there are many Christian lady pastors and elders leading in Church services. It is easier for the Christians as going to church is a whole family affair. While the adults and teenagers attend the main services, younger children and toddlers would be separately taken care of by other members.

      • Kong Kek Kuat says:

        @ Adam

        [...]

        On the part where you imply something from your “Christian lady pastors and elders”, I have this to say: If and when the day comes when there are ladies taking the leading roles in Islam, I will cut away something on my body. I dare say this because I know darn well for sure that I won’t be around in this life when it happens.

        And guess what? When it happens, the world, other cultures, and other societies would have moved ahead already, constantly keeping the gap in front. If you get what I mean.

        • Adam says:

          KKK, I just wonder what you have written in your first part of your comment which got it censored. Must be the sexual content. The editors would normally let through the first not so relevant comment after which they would apply the scissors.

          Anyway, we have had Muslim women leaders such as Benazir Bhutto, Megawati, Khaleda Zia and a few others being elected presidents or prime ministers of their respective countries but these are all considered as democracies. I have not heard of any woman leading in wholly Islamic states.

          On our local front, Nurul Izzah could be our future PM, an event which I look forward to. On women preachers, there are many who appear on TV but leading prayer congregations is another matter altogether. I have heard of a lady in Indonesia leading a congregation comprising of all ladies. Recently, there was a report on one lady leading the prayers for a mixed group.

          Two years ago, we had a TV reality show named Solehah TV Alhijrah featuring potential lady preachers. So, there is a chance we may yet see Muslim ladies taking leading roles in Islamic societies. Therefore KKK, be prepared to be circumcised or are you talking of doing a “bobbit”?

    • Mohani Niza says:

      There are no statements in the Qur’an that delegate the role of the intellect solely to men. In the Qur’an, it’s affirmed again and again that believing men AND women will go to heaven, and the first verse in the Qur’an is to read, without it discriminating women. Aisha was an intelligent woman who transmitted volumes of hadith. So check your facts, please.

  5. Tiada pasal bahwa ulama cuma hak kaum laki-laki. Hanya saja kenyataan di dunia yang serba berbeda dan majemuk ini, seringkali membuat sukar. Kaum laki-laki sejak dahulu adalah fihak yang dominan.


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site