Categorised | Columns

Rakyat Malaysia poyo?

“KENAPA” — satu perkataan yang paling kami kagumi. Kami percaya bahawa segala apa yang berlaku atau ingin dilakukan harus dikaitkan dengan “kenapa”.

Kenapa harus ada kenapa? Cuba perhatikan, perkataan yang sama boleh digunakan dua kali di dalam satu ayat. Menarik bukan?

Graf kebenaran dan kesempurnaan (y) dengan kenapa? (x)
Graf menunjukkan kadar Kebenaran dan kesempurnaan
dengan soalan Kenapa?

“Kenapa”, pada pendapat kami, merupakan satu perkataan berbentuk soalan yang takkan pernah selesai. Seperti sesuatu kejadian buruk yang berlaku berulang kali, dan ia mungkin juga boleh dikategorikan sebagai absurd. Seperti air sungai — tetap mengalir dengan tenang walaupun dihalang dengan satu empangan.

Namun, apa yang cuba kami ketengahkan di sini adalah, perkataan “kenapa” itu ada sambungan dan kesinambungannya. Ia bukan tentang membuat keputusan, tetapi lebih kepada mendekati kebenaran dan kesempurnaan.

Begitu juga dengan pegangan, pendirian atau ideologi yang dipegang, digenggam dan diperjuang. Tidak kira ianya datang dari segi demokrasi atau sosialis, globalisasi atau anarki, haluan kanan atau kiri. Pada permukaannya, itu semua hanya istilah yang dicipta demi membezakan sistem, falsafah, dan cara. Segalanya tetap akan berbalik kepada kenapa.

“Kenapa kita memilih itu? Kenapa kita mendukung ini? Kenapa kita memperjuangkan sesuatu?” Mesti ada kesinambungan yang akan membuatkan kita sedar kenapa. Kemudian, barulah kita boleh bersedia untuk menerima konsikuansi daripada pegangan dan kepercayaan tersebut.

Bagi kami, inilah pendirian yang sudah kurang kewujudannya dalam diri dan jiwa rakyat Malaysia. Sebaliknya, semuanya ingin dijadikan fesyen. Segalanya ingin dijadikan trend. Maka lahirlah segelintir manusia yang suka bercakap tentang sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu. Manusia yang berjuang tanpa mengetahui atau memahami sebabnya. Tanpa mereka sedari, mereka sudah jatuh ke dalam golongan yang dikatagorikan sebagai poser. Istilah tidak rasminya “poyo” — bodoh tetapi berlagak pandai.


Diagram Venn

Bila fenomena begini berlaku, dalam apa sistem sekalipun, korupsi akan berlaku. Apa ideologi sekalipun akan menjadi sia-sia. Dari dunia aktivisme hinggalah ke dunia politik. Semuanya sama, jadi tunggang-langgang jika dibiarkan mereka yang poyo ini terus mendukung atau mencumbui sistem yang ada. Buktinya, kita lihat segala gerakan yang pernah dan sedang berlaku di Malaysia ini. Tidak kira dari sudut sosial atau politik. Kita dapat lihat betapa terumbang-ambingnya sebahagian mereka. Seperti satu sarkis.

Kekadang secara tiba-tiba, akan muncul satu kumpulan atau gerakan besar-besaran yang akan mempersoal atau menuntut sesuatu, kemudian, secara tiba-tiba, ia akan hilang begitu saja. Cepat naik dan cepat jatuh. Sebab apa? Bagi kami, ini semua terjadi kerana majoritinya hanya sekadar ikut-ikut saja, bukan benar-benar kental. Ikut suka-suka kerana mungkin pada waktu itu gerakan tersebut sedang jadi ikutan, trend terkini, serta hip.

Hip hop, indie, dan blog

Seperti zaman kebanjiran budaya hip hop di Malaysia pada penghujung 1990an. Semua remaja nak jadi hip hop, belajar menari breakdance, main skateboard. Lepas itu senyap.


Maciej Brzana / sxc.hu)

Kini zaman indie katanya. Semua yang konon-kononnya remaja dan golongan muda hendak buat band indie, bila pergi gig masing-masing punya SLR kamera, skinny jeans serta menari shuffle di pusat bandaraya. Semua ini berlaku kerana mereka tidak pernah ambil tahu apa yang mereka buat dan lakukan. Mereka buat bukan kerana mereka benar-benar kental dan faham. Tapi sekadar ingin nampak cool. Kalau tak cool, awek tidak suka, katanya.

Jika gerakan itu mendapat tentangan dari kerajaan atau tidak disokong majoriti rakyat, maka ramailah ahli atau pengikutnya yang tiba-tiba bertukar arah, berubah wajah, malah hilang entah ke mana. Tiba-tiba mereka ada falsafah dan kepercayaan lain. Maka makin lama makin berkurang dan kecillah gerakan itu hingga tinggal segelintir saja yang masih kental percaya dengan perjuangannya. Jadi akhirnya mereka menjadi gerakan minoriti yang tidak mampu melunaskan perjuangan mereka.


(© Craig Jewell / sxc.hu)

Seperti juga menulis blog yang sedang jadi budaya terkini. Tidak sama sekali kami menentang fenomena ini. Kami juga suka dan gembira dengan kelahiran suara-suara alternatif ini. Ia bagus kerana kita mampu menyedarkan media arus perdana, yang sering penuh dengan propaganda dan dusta dalam berita, bahawa mereka tidak selamanya akan berkuasa ke atas minda kita. Akan tetapi bila muncul blogger yang kami rasa menulis untuk suka-suka dan entah apa tujuannya kami masih tidak jumpa, kami rasa ralat, gusar.

Siapalah kami untuk mengatakan yang mereka tidak patut menulis begitu begini? Apa hak kami untuk mengatakan itu dan ini? Kami akui setiap manusia punya hak untuk bersuara. Tapi kami tidak mahu menjadi individu yang tidak belajar dari perkara yang sudah berlalu. Kami tidak mahu pisang berbuah dua, tiga kali.

Kalau terus wujud dan lahir individu yang melakukan sesuatu tanpa sebab, tanpa kenapa, maka pasti saluran alternatif seperti blog yang kita sedang ada ini juga akan jadi tidak berguna. Sekadar menjadi mainan gila-gila remaja yang hanya meminta dikomen gambarnya. TNG


Fared Ayam dan Zahiril Adzim adalah graduan baru Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Mereka sering bekerjasama dalam menghasilkan karya teater yang mencerminkan realiti masyarakat Malaysia.

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , ,

3 Responses to “Rakyat Malaysia poyo?”

  1. ron says:

    The vacuous side of indie subculture is not just a Malaysian phenomenon (as so are journalists who point it out). Read:

    http://www.adbusters.org/magazine/79/hipster.html

  2. zaty says:

    “Sekadar menjadi mainan gila-gila remaja yang hanya meminta dikomen gambarnya.”
    This made me laugh so hard.

    And I love the banyak bercakap|poyo|suka berpengetahuan diagram. So so true.

  3. Seijo says:

    Walaupun memang ada orang yang blog kerana trend, terdapat ramai yang benar-benar suka blog sebagai hobi. Sebelum adanya blog, sudahpun ada diari, ada album gambar, bila orang datang dan tengok, ada yang komen ada yang tidak.

    Seperti hobi-hobi lain, orang mungkin bosan selepas seketika lalu mulakan suatu hobi baru sehingga puas hati.


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site