Categorised | Letters to the Editor

Pemuda BN mengecam pembakaran gereja


Khairy Jamaluddin dengan Rizalman Mokhtar, ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan,
berbual dengan polis di Gereja Metro Tabernacle (Sumbangan Shahril Hamdan)

PEMUDA Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut “diserang”, tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

Khairy Jamaluddin
Pengerusi Pemuda BN
Ketua Pemuda Umno

8 Jan 2010

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon



11 Responses to “Pemuda BN mengecam pembakaran gereja”

  1. WhoSay says:

    Well done. Why havent other BN leaders echoed with same enthusiasm. Where is Umno, MCA, Gerakan?

    KJ cant keep doing this alone. He’s like a lone ranger.

  2. Kenyalangan says:

    Good that he used Pemuda BN and not Pemuda UMNO platform. Pemuda BN needs to be more active, and not just the component parties.

  3. Greg Lopez says:

    Nice press release. I do hope that Pemuda and BN itself would be more respectful and considerate when dealing with issues related to race and religion.

  4. Iron says:

    Save it, Khairy.

    We don’t need your Monday quarterbacking.

    The after-the-fact condemnation is useless.

    Houses of God have been violated, now it’s a matter between God and those evil ones who have violated the Houses of God.

  5. Yeap Cheng Liang says:

    YB,

    Pemuda BN kecam. Pemuda Umno? Setuju atau kecam?

  6. meena says:

    Whatever man. Not going to change anything if you just keep saying that you urge the police to take stern action on those responsible. You actually have to TELL them to do so.

  7. ForMalaysia says:

    Pertama, memang salah parti Umno untuk mengapi-apikan isu ini. Seharusnya, Utusan Melayu diberi amaran dan pengarangnya dipenjara berdasarkan “Sedition Act”.

  8. Farouq Omaro says:

    Perkara ini semua terjadi akibat salah faham segelintir umat Islam di Semenanjung tentang perkara sebenar, bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh umat Kristian di Sabah dan Sarawak, dan kini ramai umat Kristian dari kedua negeri ini bekerja dan belajar di Semenanjung.

    Para penentang yang termasuk ahli-ahli PERKASA, PEWARIS, PEKIDA dan lain-lain juga tidak tahu bahawa Herald hanya dijual dalam kawasan gereja dan bukan boleh dibeli di mana-mana kedai buku.

    Perkara ketiga pula, ada sesetengah orang seperti Zulkifli Nordin berfikiran orang Kristian mahu mengubah perkataan God dalam agama Kristian. Sebenarnya Herald cuma mahu mendapatkan semula haknya untuk terus menggunakan perkataan Allah dalam ruangan Bahasa Melayu (sahaja) untuk pembacanya dari Sabah/Sarawak. Ini kerana Kementerian Dalam Negeri secara tiba-tiba telah melarang penggunaan Allah setelah bertahun-tahun berdiam.

    Beranikah saudara Khairy menjelaskan ini kepada orang ramai melalui media? Dan kalau saudara Khairy jelaskan, adakah media arus perdana akan menyiarkannya? Saya percaya saudara Khairy boleh. Sekian, Terima Kasih.

  9. kamal says:

    While we should let the police investigate the incident and not jump to any conclusion, Umno the party and BN as government need to reassess its political discourse. The issue over the use of the word Allah was resolved in court, why does a Government Ministry and the minister in the PM’s office continue to talk about wanting to apply for an appeal? Ask individuals to apply for the appeal but as government (and government agencies) they should always at least appear to be above sectarian politics and remain neutral.

  10. leornardo says:

    Please grow up…..[things don't get] solved with burning churches …you are just welcoming disaster..

  11. numbskull says:

    Khairy, you are shameless in your actions and a coward to boot. May GOD forgive you, most Malaysians can’t and won’t. Go figure it out.


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site