Categorised | Columns

Nasihat tentang Tahun Baru Cina

(Gambar oleh irum / sxc.hu)

(Gambar oleh irum / sxc.hu)

AGAK rindulah juga saya terhadap sanak saudara dan kawan-kawan di tanahair setelah beberapa bulan saya bermastautin di London kerana melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Untuk mengubat sikit perasaan rindu, saya rajin juga membaca tulisan kolumnis pujaan saya, Kak Nora. Saya mahu berkongsi di sini nasihat terbarunya untuk seorang pembaca yang serba salah tentang sambutan Tahun Baru Cina:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kak Nora yang disayangi dan disanjungi,

Akak, saya sekarang berada di persimpangan dilema! (Akak boleh tangkap tak rujukan saya? Di Persimpangan Dilema merupakan lagu hit klasik artis tersohor Nora pada zaman 1990-an! Dan saya sekarang menulis kepada Kak Nora! Er, akak rasa tak kelakar ye? Minta maaf, aiyoyo kadavalai.)

Sebenarnya saya ada masalah besar, kak. Macam ni: saya sekarang baru menjejak kaki ke Tingkatan Empat. Tahun ini saya duduk di sebelah seorang gadis berbangsa Cina, namanya Ling Su-Ann. Mula-mula, saya perhati si Su-Ann ni asyik menjeling dekat saya. Saya agak sebab dia ingat saya gadis Melayu yang memang bakal gagal dalam matapelajaran Matematik. Air mukanya sentiasalah macam orang yang baru menelan cuka.

Tapi satu hari dia terlupa membawa buku rujukannya ke kelas dan saya telah meminjamkan buku saya kepadanya. Wah, dari saat itu memang dia tak berhenti-henti mahu bergurau-senda dengan saya. Minggu lepas, dia berkata, “Aini ah, kamu sangat baik hati lagi menghiburkan! Nanti Tahun Baru Arnab kamu datang rumah saya, ok? Kita baling mercun pop-pop dekat kaki budak laki-laki bodoh tepi rumah saya, boleh?” Saya dengan besar hati menerimalah jemputan dia!

(Domain awam)

(Domain awam)

Tapi, saya ada seorang rakan sekelas – saya kenal dia dari Tingkatan Satu lagi – Siti Jamilah namanya (panggilan mesra “Jamie”). Jamie berkata: “Astaghfirullah Aini! You tau tak apa you buat ni? Baik you berhati-hati. They all ni semua tak boleh diharap tau. Ni ha, abang Ibrahim I (panggilan mesra “Abby”) baru je baca artikel berita sahih lagi mutakhir di internet tentang gejala yang dibawa they all!”

Intipati artikel tersebut adalah seperti berikut:

1)    They all mahu memusnahkan kedudukan orang Melayu.

2)    They all akan terus campur tangan dalam semua hal ehwal orang Melayu.

3)    They all tak hormat terhadap agama Islam, malah suka menghina Islam dengan perbuatan seperti makan minum pada siang hari pada bulan Ramadan.

4)    They all semuanya ekstremis yang mahu menggulingkan kerajaan.

5)    They all mahu menubuhkan republik sekular Malaysia.

6)    They all sebenarnya menanam senjata di Melaka dan menunggu masa untuk merampas tanahair dengan kekerasan.

Nauzubillah, betulkah semua ni, kak? Seolah-olah tidak berpuas hati, Jamie menyambung lagi: “Kalau you tak percaya, you dengarlah lagu hits terbaru oleh artis pemenang Anugerah Industri Muzik yang tidak terkenal, Shahnor Sheikh, bertajuk Dilanda Cina.”

What am I going to do, akak? Adakah Su-Ann akan memancung kepala saya jika saya mengunjungi rumahnya pada Tahun Baru Cina kelak? Adakah dia akan menyuapkan babi ke dalam mulut saya tanpa saya sedari? Adakah mercun pop-popnya diisi dengan pati babi?

Takut tapi gedik,

Aini, Ukay Perdana

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh adik Aini yang gedik lagi berjela-jela bertanya soalan. Oleh sebab soalan adik begitulah panjang, akak pun terpaksalah keep it simple, Sweetie (panggilan mesra “Stupid”).

Akak rasa memang sahihlah kandungan artikel yang dibaca oleh si Abby. Adik jangan pergi rumah Ling Su-Ann langsung, ok? Bahaya! Adik dengar? I porbid it!

Dan ini dia saranan akak untuk menangani enam perkara yang diketengahkan dalam artikel tersebut:

1) They all mahu memusnahkan kedudukan orang Melayu Jadi we all jangan duduk, we all berdiri atau baring.

2) They all akan terus campur tangan dalam semua hal ehwal orang Melayu. Kalau they all suka campur tangan, we all pula kena pandai tolak kaki dalam semua hal ehwal we all dan they all.

3) They all tak hormat terhadap agama Islam, malah suka menghina Islam dengan perbuatan seperti makan minum pada siang hari bulan Ramadan. We all pun boleh melawan api dengan api. Bila they all berpusu-pusu berjudi di padang lumba kuda atau di Genting Highland, we all pula bolehlah pergi beramai-ramai membaca marhaban di sana.

4) They all semuanya ekstremis yang mahu menggulingkan kerajaan. Kejap. Akak tengah cari idea. Give me a minute…

5) They all mahu menubuhkan republik sekular Malaysia. Akak tahu! We all buang they all jauh-jauh! We all PosLajukan they all ke Mesir dan Tunisia! Muahahahaha!

6) They all sebenarnya menanam senjata di Melaka dan menunggu masa untuk merampas tanahair dengan kekerasan. Tidak! We all tawan Melaka dulu! Juga, lihat respons untuk (5) di atas.

Kalau adik ingat akak serius, akak rasa adik kena pergi jumpa kaunselor. Atau bomoh. Atau lebih baik, jumpa orang yang ada kepakaran dalam kedua-dua bidang.

Like this lah, dik. Apa kata adik pergi dulu ke rumah Su-Ann. Mengikut cerita adik, nampaknya dia sangat manis dan peramah. Mungkin mula-mula dulu dia malu. Mungkin ketika itu dia juga takut dengan adik? Mungkin dia takut adik akan mengejek dia apabila dia bercakap bahasa Melayu? Mungkin dia takut adik akan menuduhnya menulis dengan menggunakan pen jenama babi? Manusia punya banyak ragam dan jenislah, dik. Tapi darah kita semuanya merah (kecuali Mahsuri). Jangan biarkan stereotaip kosong menghalang adik daripada membuat kawan baru. Dan ini merupakan peluang keemasan untuk adik berkenalan dengan keluarga dan sanak-saudara Su-Ann. Adik nilailah sendiri daripada pemerhatian adik – tepat atau tidak Berita Suara Abby di atas?

Dan jangan takut dengan Jamie dan Abby. Kalau boleh, tanyalah Su-Ann kalau dia nak jemput mereka sekali? Jangan risau, kalau dua adik-beradik tu buat ting tong dekat rumah Su-Ann, you all boleh baling mercun pop-pop dekat kaki they all. Cakap je mercun babi.

(levisz/sxc.hu)

(levisz/sxc.hu)

Akhir kata, Su-Ann tahu kan adik ni orang Islam? Dia tahu kan adik kena makan makanan halal? Dekat rumah dia takkanlah segala kuih, air sirap, pinggan mangkuk, perabut, dinding, bilik air, bumbung dan sebagainya dibuat daripada pati babi? Akak tak boleh pastikan 100%, tapi akak rasa takkanlah…

Janganlah jadi macam siput babi. Adik tahu kenapa siput babi berjalan perlahan? Tak tahu? Ish. Siput babi berjalan perlahan kerana dia terlalu banyak berfikir, “Adakah aku siput atau babi?”

Buat semua pembaca akak yang menyambut Tahun Baru Cina: Gong Xi Fa Cai!

Shanon Shah serba salah sama ada hendak melaporkan Shahnor Sheikh kepada pihak berkuasa – nampak macam kes mencuri hakmilik. Oh ya! Gong Xi Fa Cai!

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , ,

12 Responses to “Nasihat tentang Tahun Baru Cina”

  1. ben says:

    Haha, I LOL-ed reading this. ;) But most Malaysian Malay Muslims don’t want to eat food prepared by the non-Muslims, even though the food is pork-free.

  2. MLP says:

    Dilanda Cina!

  3. cheongpw says:

    Sarcasm at its best. Happy chinese new year everyone =)

  4. Zen says:

    Kak Nora! *______* I missed you! Saya ketawa sehingga tak perlu lagi menggunakan mercun pop-pop untuk menghalau hantu dsb.

  5. neptunian says:

    This is all thedoing of Mahathir and the BN over the last 25 years! These kinds of stories were unheard of 30-40 years ago. Never would it have crossed anyone’s mind to even satirise as such.

    I grew up in a kampung 50+ years ago, happily visited Malay houses during Raya, stuffing myself and collecting duit raya. Then, it was just handed out as cash – okay, just coins. Nobody in the kampung then had much money. Malay and Indian kids came to my house during CNY and stuffed themselves with no issues, and also to collect ang pows.

    Now, all kinds of questions about halalness arise, despite the fact that duit raya is given in green packets. Since when is green pow a tradition?

    Politicians are sowing discord where there shouldn’t be just to maintain power. This is so wrong!

  6. Paul for Democracy says:

    How seriously are we looking into the reality of 1Malaysia? Can the elder Malaysians (be they Malay Malaysians, Chinese Malaysians, Indian Malaysians, Kadazan Malaysians, Murut Malaysians, Iban Malaysians, Senoi Malaysians, Thai Malaysians, and/or every Malaysian who has been granted Malaysian citizenship) speak up for what he or she expects from the slogan “1Malaysia”? Malaysia is no longer “a child” or “an adolescent”. Time has brought us to “adulthood”. Can we live as “One Adult Malaysian Nation”?

  7. kambing says:

    Yang haram bukan babi je dalam dunia ni, LOL! Bekas makanan pun kena jaga jugak!

  8. farha says:

    Nice one, Kak Nora :D

  9. rainbow lover says:

    A whimsical way to put it right :)
    Happy Lunar New Year, people! :)

  10. Danny Leebob says:

    I laughed, especially the one about Egypt and Tunisia. Brilliant and witty.

  11. Yuki Choe says:

    Janganlah… dilanda separuh cina cukuplah…. :- )

  12. Sophie says:

    Actually we Malaysians are able to live as 1. We don’t need the government to tell us to stay ONE Malaysia or whatsoever. We are able to live [as] ONE. Just leave us alone!


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site