Categorised | Columns

Nasihat tentang liwat

MINGGU lepas, saya memang pening kepala mencari idea untuk kolum saya kali ini. Tiba-tiba, setelah berjam-jam melayari internet, saya terjumpa satu laman web baru, www.tepikain.com.my, yang berkisarkan hiburan, gaya hidup, dan kemusykilan agama. Saya tertarik dengan ruangan nasihat untuk minggu tersebut. Saya rasa baik saya muatkan semula di sini kandungan soalan utamanya, sebab ia mungkin dapat menjadi teladan untuk kita semua, wallahualam:


Assalamualaikum Kak Nora,

Saya sekarang menghadapi dilema. Saya ada dua orang sahabat karib, A dan B, dua-duanya lelaki. Isunya rumit, kak.

A ini macam ada hati dengan B. Dan A merupakan majikan kepada B. Tambah-tambah pula, A sebenarnya sudah berkahwin dan B sudah bertunang. Bulan lepas, B mendedahkan kepada saya yang A telah meliwatnya! B mendakwa A telah menjemputnya ke sebuah kondominium mewah dan meminta untuk meliwatnya dengan menggunakan kata lucah dalam bahasa Inggeris. B kata dia marah dan takut, tetapi terpaksa akur sebab A sudah mengamuk.

Sekarang B berkata dia mahu mendedahkan A kepada seluruh media massa dan mengheret A ke mahkamah. Dia bersumpah di atas Al Quran depan saya, kak.


Takut mati kebuluran
kerana spesis kaum
cinta sejenis

Saya sudah keliru. Saya memang tidak mahu campurtangan sebab saya rasa memang kedua-dua A dan B mengada sikit. Tapi hati kecil saya bertanya, kalau betul B diliwat secara paksa bagaimana? Bukankah ini satu dosa besar, kak? Dan bukankah saya bersubahat jika saya terlibat dalam apa cara sekalipun?

 

Dan kak, saya sekarang memang terfikir-fikir kalaulah A dan B ini daripada spesis kaum cinta sejenis. Sampai saya dah tak berselera nak makan. Tolonglah saya, kak. Saya tak mahu lama-lama sakit anorexia dan mati kebuluran.

Deq Non

Tivoli Villa, Damansara


Wahai Deq Non yang prihatin,

Pertama sekali, akak rasa orang zaman sekarang memang kurang beradab, kan? Contohnya, kalaulah betul si A menaruh hati terhadap si B, adakah patut A bertanya, “Can I [tebuk] you?” Sungguh tidak sopan. Bagi salam pun tidak, hidang kuih pun tidak, tiba-tiba nak beromen pulak.

Tak bolehkah nyatakan hasrat dengan manis sikit? Akak boleh cadangkan beberapa alternatif untuk rujukan si A pada masa depan:

“Kepala I peninglah, boleh you tolong picit sikit?”

“You nampak letih — tak nak baring dulu?”

“Jomlah kita baca marhaban sama-sama.”

Atau habis teruk kalau nak tayang sangat kefasihan speaking the London, boleh juga A melembutkan permintaannya dengan menambah hanya satu perkataan:

ting tong
Lembutkanlah permintaan ini dengan “please

“Can I [ting tong] you, please?”

Tapi nampaknya dalam era globalisasi dan keruntuhan akhlak yang diterajui oleh Barat yang hina, orang Melayu zaman sekarang sudah lupa budi bahasa. Nauzubillah.

Dan itu baru si A. Apa pula jawapan si B? “Tak nak, you! I marah dan takut, okay?” Kemudian terus menanggalkan baju, berkemban dengan tuala, dan menaiki ranjang menanti serangan hendap?

Si B sebenarnya ada beberapa alternatif jika “diserang” dengan begitu biadab oleh A, contohnya:

“You dah ter-over, bang. I cakap dengan bini you baru tau.”

“Kepala hotak engkau!”

“Nak kena penumbuk?”

“Aku penyekkan barang kemas kau, baru tahu.”

Lainlah kalau B memang seronok diperlakukan dengan ganas. Kalau begitu, dia tidak perlu berkata apa-apa. Mulutnya boleh dipakai untuk pekerjaan lain yang akak rasa tidak manis disebut dalam ruangan suci ini.

Bak kata the orang-orang London, ini semua common sense belaka. Pendapat peribadi akak, benda ini tidak perlu dihadapkan di mahkamah, atau dibincang dengan panjang lebar di muka hadapan suratkhabar, atau disumpah laknat atas kitab suci Al Quran.

Tapi Deq Non sekarang risau bagaimana kalau ini bukan lagi kes mengurat tetapi satu kes rogol? Bukankah rogol itu satu jenayah dan dosa yang keji?

Akak setuju 100%. Kalau ini kes rogol, maka memang B perlu bertindak segera supaya mendapat keadilan. Contohnya, membuat laporan polis dengan serta-merta, mendapatkan kaunseling, membuat laporan dengan pertubuhan hak asasi manusia, dan kemudian cuba memelihara keselamatan diri dengan sebaik mungkin. B tidak sepatutnya memberitahu orang yang tidak berkaitan, tidak kiralah sama ada pihak itu menerajui puncak pemerintahan negara pun.

Sebab jika benar ini kes rogol, besar kemungkinan B perlu memberi keterangan di mahkamah, dan dalam banyak kes memang ramai mangsa rogol yang takut dan keberatan untuk berbuat demikian. Malah, pihak media seringkali akan cuba mengorek butir-butir peribadi tentang mangsa rogol — B sepatutnya berwaspada dalam keadaan ini dan mengelak dari membuat kenyataan media dengan sewenang-wenangnya. Deq Non boleh cuba bantu B dalam semua aspek ini.

Tapi Deg Non kata tak mahu bersubahat. Akak pun setuju. Tak payah buang masa dengan kawan-kawan yang drama gitu. Daripada penerangan Deq Non, akak rasa dua-dua pun lebih kurang macam hipokrit. Akak rasa ada isu negara yang jauh lebih penting. Contohnya, baru minggu lepas akak kena ragut depan rumah akak sendiri. Ha, itu baru betul kalau akak kata akak “marah dan takut”. Pipi akak berdarah, kaki pula terseliuh, dan sekarang akak kena pakai gigi palsu, Deq Non, sebab gigi betul patah bila akak terjatuh!

Akak pun banyak buat kerja sukarela dekat rumah perlindungan wanita — ha, kalau Deq Non pergi sana barulah Deq Non akan dapat lihat sendiri betapa menyayat hatinya pengalaman orang yang dirogol.

Satu saja benda yang akak bengang dengan Dek Non. Engkau bengap atau apa? Yang kau tiba-tiba nak jadi bintang Hollywood yang glamorexia semata-mata kerana skandal A dan B ini kenapa? Bukankah ini masalah antara A dengan B dan bini/tunang masing-masing?

Akak tahu ramai orang kuat agama yang akan kata mereka ini jijiklah, berdosalah, mesti dihukumlah. Tapi akak tak ada tauliah dalam bidang agama. Yang akak tahu, akak memang lebih berdendam dengan setan yang meragut akak minggu lepas berbanding A dan B. Memanglah, akak kesian dengan anak bini mereka, tapi akak memang tak mahu ambil kisah tentang hal peribadi mereka. Nanti di akhirat, Allah juga yang akan mengadili mereka.

Engkau pula biarlah pakai otak sikit, noh? Jangan mengada sangat tentang A dan B. Malam ini cuba engkau keluar makan dengan kawan-kawan lain. Mana tahu, lepas makan bolehlah kau baca marhaban dengan mereka beramai-ramai.

Salam ikhlas tapi nakal,

Kak Nora

favicon


Bila Shanon Shah pening, dia terpaksa memicit kepala sendiri.

Baca ruangan Secubit Garam terdahulu

The Nut Graph memerlukan bantuan anda 
Silalah luang lima minit untuk mengambil
tinjauan pembaca kami

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , , , , ,

16 Responses to “Nasihat tentang liwat”

  1. lils says:

    I loved this article! Funny with tonnes of good advice for all and sundry. Thanks for this!

  2. Azmi says:

    Precious, Shanon.

  3. daisyS says:

    LOL … good one, Shanon. I love reading Agony Aunt columns.

  4. Melissa says:

    Hahahahhaha, this is why I love you, En Shah! :) ) You rawks my world with this stuff!

    And eh, don’t bluff la. Mesti ada byk org sanggup tolong you memicit :)

  5. Nadia Ali says:

    “Jom kita baca marhaban sama-sama.”

    BEST
    PICK-UP LINE
    EVER

  6. the reader says:

    That’s freaking hilarious…menaiki ranjang menanti serangan hendap? …o_O

  7. Minghock Chai says:

    Sorry, can anyone explain the ‘baca marhaban’ meaning? And how is that connected to sex (assuming it is a pick-up line). Just a curious and honest question lah.

    ===

    Mingchock – a marhaban is a group chant/song in praise of the Prophet Muhammad. It definitely has no sexual connotations of its own, but hey, some people will turn anything into a euphemism! Heh.

    Shanon Shah
    Columns and Comments Editor

  8. mrsfish says:

    ROTFL!!!! Serious Ting Tong!

  9. Farish A Noor says:

    This is one of the reasons why The Nut Graph stands heads and shoulders above the rest! Bravo Shanon!

  10. fadz says:

    Hoho, cutelah cerita ni.

  11. Fantastic + fabulous = fantabulous!!! This lifts the atmosphere up a bit after doses of stupid remarks made in court recently…cheers.

  12. Zen says:

    Shanon, you’re a star!

  13. Firdaus says:

    HAHAHA…

    I f[ting tong]g love this!

    I laughed so hard…good one!

    Someone tolong hantarkan ni kepada semua kerbau-kerbau kat Putrajaya tu.

  14. Patrick says:

    Ha ha ha! I laughed at the ‘menanti serangan hendap’ bit.

  15. Tranquil says:

    Totally love this piece!

    “kefasihan speaking the London”

  16. John D'cruz says:

    Excellent stuff! Best read in Malay as some of the humor would be lost if translated into “England”. Keep it rolling Shanon.


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site