Categorised | Columns

Nasihat Kak Nora tentang dakwah

SAYA seolah-olah tidak percaya dengan kolum Kak Nora kali ini. Baru-baru ini, saya juga telah dihantar e-mail tentang Interactive Dakwah Training di Kuala Lumpur, seperti pembaca yang bernama Jiwang klasik ini. Jadi di sini saya lampirkan respons Kak Nora tentang isu berdakwah secara hikmah.


Assalamualaikum Kak Nora,

Harap-harap kak sentiasa sihat walafiat. Saya seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang amoi junior yang comel lagi pandai. Kelu lidah saya bila dia di sebelah, kak. Kawan-kawan saya semuanya perasan yang saya lain macam di depan gadis Cina ini. Lalu tempoh hari, seorang teman saya telah menghantar e-mel kepada saya seperti demikian:


Bukit FraserKhaizuri | Flickr)

“Bayangkanlah suatu hujung minggu engkau pergi berkelah bersama keluarga ke pusat peranginan di Bukit Fraser. Bila sampai ke puncak tertinggi, engkau sekeluarga pun mula menjamu selera. Dalam kelekaan engkau, adik engkau yang berumur dua tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing — di hadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Cemas tak? Di sebelahnya pula ada lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah menghulurkan tangan, insya Allah adik engkau akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endah dan adik engkau melangkah lalu jatuh ke dalam gaung dan mati. Ketika itu adakah engkau akan ucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, engkau akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong adik engkau, dan menuduhnya kejam.

“Saudara, sebenarnya kitalah orang Islam yang memegang watak lelaki tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti teman-teman di universiti dan kolej, kawan, jiran dan sebagainya tetapi kita tidak pernah buka mulut kita menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah?”

Sekarang macam mana, kak? Saya merasa terdesak — kawan-kawan saya seolah-olah mendorong saya untuk mengIslamkan gadis Cina ini dan terus berkahwin sahaja. Saya pula hanya mahu berkenalan dengan dia, mungkin membawanya bersiar-siar di taman bunga. Adakah saya ini lelaki Melayu stereotaip, kak?

Jiwang klasik,

Kampung Kerinchi


Waalaikumussalam, adikku yang jiwang pada kadar 60% dan gatal pada kadar 40%,

Akak bersimpati dengan dilema adik yang cukup kompius. Sebenarnya dilema adik ini ada banyak lapis. Akak akan cuba mengupas lapisan yang pertama, iaitu bab berdakwah.

Akak setuju, memang afdal untuk kita menyeru sekalian hamba Allah ke arah kebaikan. Tetapi seringkali, “dakwah” yang dimaksudkan oleh pihak-pihak tertentu menjurus kepada usaha untuk menakut-nakutkan atau mengaibkan sesetengah pihak. Malah, ada pendakwah yang seolah-olah mendabik dada kerana terlalu cepat menyangka bahawa kumpulan sasarannya “sesat” dan berdosa. Macamlah dia yang berhak menilai bagi pihak Allah.

Jadi, akak ada beberapa cadangan untuk memfofularkan teknik berdakwah. Beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh kawan-kawan adik adalah seperti:

1 Kempen Mesra Kelab

    Seringkali, pihak pendakwah melihat kelab-kelab disko dan bistro sebagai sarang maksiat. Mereka lebih suka jika pihak jabatan agama dan polis membuat serbuan ke atas tempat-tempat sebegini. Tetapi mungkin satu alternatif ialah untuk pihak pendakwah membuat CD remix techno untuk lagu-lagu nasyid daripada Raihan, Rabbani, Mirwana dan sebagainya. CD tersebut boleh diedarkan kepada para DJ untuk diputarkan — mana tahu si pengunjung kelab tiba-tiba akan mendapat hidayah apabila mendengar versi baru lagu-lagu ini? Kawan-kawan adik boleh mencuba taktik ini dulu dengan rakan-rakan sekuliah.


    Peluklah kafir
    2 Kempen Peluk Kafir

      Ada kalanya orang Islam mahu menyebarkan syiar Islam tanpa menghiraukan sensitiviti golongan bukan Islam. Apa kata kita mencuba taktik baru untuk menambat hati orang bukan Islam? Mungkin kawan-kawan adik boleh memulakan kempen memeluk seorang kafir setiap hari bagi setiap orang Islam.

      Jika kumpulan kawan adik ada 10 orang ahli, ini bermaksud 10 orang kafir dipeluk dalam satu hari = 70 orang kafir seminggu = kira-kira 3,640 orang kafir dipeluk setahun. Kalau hanya 10% daripada orang-orang kafir ini jatuh cinta dengan Islam = 364 saudara-saudari baru! Bukankah ini satu jumlah yang memberangsangkan? Dan keindahan taktik ini ialah kawan-kawan adik tidak perlu risau tentang memeluk bukan muhrim — tujuannya hanyalah untuk menyebarkan agama suci kita.

      3 Kempen Nyah Babi

        Adik jangan kompius dengan tajuk kempen ini — akak bukannya memaki golongan mak nyah. Mana boleh, sedangkan pereka fesyen tudung dan baju kurung akak juga terdiri daripada tokoh mak nyah yang tersohor? Tidak, sebaliknya akak rasa kawan-kawan adik boleh mengelolakan kempen yang menunjukkan betapa lazatnya makanan halal supaya bakal saudara baru tidak merasa takut untuk berhenti memakan babi. Mereka suka bak kut teh? Kempen Nyah Babi boleh mengemukakan alternatif kepada hidangan tersebut. Gunalah kreativiti masing-masing.

        Mungkin juga kawan-kawan adik boleh menggabungkan ketiga-tiga kempen, tapi akak belum pasti tentang nama sesuai — kempen Kelab Peluk Nyah Babi?


        Kempen Nyah Babi?
        Tapi seperti yang akak katakan tadi, ini hanyalah satu lapisan dilema adik. Untuk menangani lapisan dilema yang lain, biarlah akak bercerita sedikit tentang pengalaman peribadi akak.

        Lepas Aidilfitri tahun 2009, akak telah dijemput menghadiri Persidangan Kolumnis Nasihat Antarabangsa (Komunis) di Perth, Australia. Persidangan ini dihadiri oleh kira-kira 200 orang kolumnis dari serata dunia.

        Ketika makan tengahari pada hari kedua, akak duduk semeja dengan seorang pendakwah Kristian dari Australia dan seorang aktivis feminis dari Amerika Syarikat. Si Ostolia memandang tudung akak lalu berkata, “It must be so difficult to be so oppressed as a Muslim woman. Have you considered how you might be liberated by accepting Christ?”

        Sebelum akak sempat menjawab, si feminis Amerika menyampuk, “It is not cool to impose a hegemonic interpretation of what you consider the correct spiritual path on someone else. You want someone else to do that to you, dawg?”

        Akak pun berkata, “Yes, I also think like her but only in Malay and less pluent!” Si Ostolia kemudiannya meninggalkan meja makan.

        Menarik, kan, dik? Seorang lelaki Kristian Australia yang berkulit putih telah menstereotaipkan akak, tetapi yang mempertahankan akak ialah seorang wanita ateis Amerika yang berkulit hitam. Oh ya, akak juga akhirnya mendapat tahu bahawa dia seorang lesbian tegar, apabila dia kerap menyentuh peha akak. Katanya, “I’m an Inclusive Feminist.”

        “Oh, my husband and I also very inclusive,” jawab akak untuk mencerahkan keadaan. “Actually, we try to include each other three or four times a week. If tired then Fridays only.”

        Pendek kata, kalau kita merasakan bahawa orang lain semua sesat dan perlu “diselamatkan”, kita perlu sedar bahawa ada orang lain yang juga mahu “menyelamatkan” kita. Mungkinkah orang seperti ini telah salah faham tentang kepercayaan kita, dan mungkinkah kita juga telah salah faham tentang kepercayaan orang lain? Bukankah lebih baik jika kita memimpin melalui teladan, melalui amalan seharian kita sendiri? Contohnya berbuat baik sesama manusia, haiwan dan alam sekitar, menghormati hak dan maruah masing-masing, dan berbahasa dengan bersopan santun?

        Jadi, akak rasa lebih baik jika adik berkenalan sahaja dengan gadis Cina tersebut tanpa sebarang niat ting tong. Jangan terlalu cepat menilai perkara yang belum diketahui semua faktanya. Pergilah bersiar-siar di taman bunga — tidak salah. Asalkan adik mementingkan berfikir dengan kepala di atas bahu dan bukannya kepala di bahagian badan yang lain.

        Salam ikhlas dan nakal,

        Kak Nora

        favicon


        Sebagai seorang Islam, Shanon Shah terlalu marah apabila diberitahu oleh pendakwah Kristian di Melbourne bahawa agamanya “ganas” dan “tidak bertamadun”. Jadi dia tidak faham kenapa ada pendakwah Islam di Malaysia yang sanggup pula membuat andaian negatif terhadap penganut agama lain.

        Baca ruangan Secubit Garam terdahulu

        The Nut Graph memerlukan bantuan anda

        Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

        Tags: , , , , , , , , , , , ,

        5 Responses to “Nasihat Kak Nora tentang dakwah”

        1. Conscience says:

          Whoa whoa Kak Nora, saya suka semua cadangan Kak Nora kecuali part peluk bukan muhrim. It only came clear to me towards the end of the paragraph, that I thought Kak Nora cadangkan kita peluk orang sesama jantina. I like your perspective, but I urge you to think deeply about the hugging part. People get aroused, arousal would come first before the excitement of being accepted and the willingness to embrace a religion. I strongly, with all due respect, urge you to make a correction in your suggestion. Aqidah is tied, between [humankind] and Allah, we don’t want to facilitate the breaking of one’s aqidah.

        2. jiwang karat says:

          Dear Jiwang Klasik,

          While I may not agree with all Kak Nora’s kempen suggestions, she did raise some valid points.

          First, let me share my story. At a previous point in my life when the hormones and energies are always in excess, like you, I met a special someone. Fortunately, she is of the opposite sex, but unfortunately of a different faith. Despite this, we still went through the normal process of every couple in love: go on dates, get to know each other, hold hands and more…

          Yes, we were in love despite of that one major difference. This process went on for many months [and we got to] know each other very well.

          On one fine day, we sat in the park and talked. And we really did talk, [going from] one point to another. In this beautiful moment, I finally had the courage to ask, “Y***, I love you.”

          “I love you too.”

          “Have you ever considered about my religion?”

          “Hmm…”

          “I believe humans are inherently good, and religion makes us better.”

          “Totally agree with you.”

          “I believe that religion shows us the path on how to live our lives, and we need it.”

          “I am with you.”

          “I believe in Allah, the only God.”

          “Me, too.”

          “That Jesus is His prophet, His messenger.”

          “He is.”

          “That Muhammad is His prophet, His final messenger.”

          “I beg to differ.”

          To keep it short, we broke up. Events that followed were probably the lowest points of my life. I didn’t go out and refused to speak to anyone. In short, “frust menonggeng”. Many months later, I found out that the breakup was very bad for her as well.

          Why do I share with you this story? Kak Nora’s suggestion is very much a valid point, that you should “berkenalan sahaja dengan gadis tersebut tanpa sebarang niat ting-tong.” My suggestion, get to know her, but be prepared for the irreconcilable difference.

          I also agree with what was said by Kak Nora’s feminist-lesbian-American friend, that we shouldn’t impose our beliefs on others. We may share some of the beliefs, but should know the differences. It is all about balance, so that in the end no one gets hurt (too much).

        3. Ida Bakar says:

          “…Jadi, akak rasa lebih baik jika adik berkenalan sahaja dengan gadis Cina tersebut tanpa sebarang niat ting tong…”

          Laaa, Kak Nora macam mana nak kenal tanpa niat ting tong? Jiwang Klasik ni kena angin berahi pasal itulah dia nak tahu gadis Cina ini. Kalau dia tak ada perasaan sedemikian dia lebih gian duduk di rumah baca Quran. Jalan di kebun bunga pun bukan selamat sekarang ni, nanti kena tangkap JAKIM ke, JAIS ke, kena tuduh buat maksiat walaupun tak ada niat ting tong. Bukankah lebih baik mengaku saja niat ting tong tu? Kalau gatal sangat masa ‘first date’ , tentu gadis Cina ni beri penampar besar yang menginsafkan.

          Di Malaysia ni ramai yang masuk Islam kerana nak ting tong sah dalam undang-undang. Kalau nak berkasih-kasih sepanjang hayat dengan orang Islam kena masuk Islam. Niat utama hanyalah untuk bersama. Islam jadi perkara ke dua. Sebab itu Rais Yatim melompat! Bukankah agama itu sesuatu yang peribadi? Tapi di Malaysia ada pulak undang-undang untuk beragama.

          Kalaulah saya boleh nasihat kepada jiwang klasik, ianya begini: Kenal-lah gadis Cina itu. Kalau suka sama suka buatlah apa yang sama suka, pegang tangan ka, jalan-jalan ka raba-raba ka, ting-tong-ting-tong ka. Kamu berdua adalah orang dewasa. Pandai-pandailah bawa diri. Bila pula kerajaan dan undang-undang tahu niat di hati?

          Sekian,
          Ida Bakar
          Setiausaha Agong Kelab Minah Leter Antarabangsa

        4. Inginkan Dunia Yang Aman says:

          Like this one, Kak Nora!

        5. may says:

          Kak Norah, you slay me! Good one =D


        Most Read (Past 3 Months)

        Most Comments (Past 3 Months)

        • None found

        Advertisement


        <

        Advertisement


        • The Nut Graph

         

        Switch to our mobile site