Categorised | MP Watch

Sim Tong Him (Kota Melaka)

KOTA MELAKA Member of Parliament (MP) Sim Tong Him’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.


(source: parlimen.gov.my)
Name: Sim Tong Him
Constituency: Kota Melaka

Party: DAP
Years as MP: Since 2008

Government position: None

Party position:

Malacca DAP committee member

Membership in parliamentary committees or caucuses:

Gender caucus member

Website: Facebook — Sim Tong Him


1

Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Saya tetap menyokong pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana saya juga salah seorang mangsa akta kejam ini.  Hak untuk membela diri ialah hak kemanusiaan yang asas.  Akta ini merampas hak [asasi] seseorang yang ditahan.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Dengan jelasnya mengikut Perlembagaan Persekutuan, Malaysia memang sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi dan semua agama lain boleh dianuti. Dengan negara kita yang berbilang kaum, agama dan budaya, tidaklah sesuai jika negara kita menjadi negara Islam.

3 Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Pada pendapat saya, tugas seorang Ahli Parlimen ialah untuk melibatkan diri dalam penstrukturan mana-mana akta negara dan juga menjadi pengawal untuk pentadbiran dan pengurusan kewangan negara dalam perbelanjaan pembangunan, seolah-olah sebagai suara untuk rakyat.  Parlimen Malaysia masih amat kurang dalam menyediakan intrastruktur dan sumber untuk membantu Ahli Parlimen.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

[Kita] mesti sokong [akta seperti ini] kerana hak untuk mendapat maklumat memang satu hak asas rakyat jelata.  Dengan maklumat yang tepat dan bebas didapati, rakyat barulah boleh membuat satu keputusan atau pendirian yang betul.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Hapuskan “party Whip” dan biarkan semua Ahli Parlimen mengambil pendirian “bi-partisan”.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Ya. Pengasingan kuasa antara [eksekutif], parlimen dan mahkamah adalah asas keperluan sistem demokrasi berparlimen. Pengasingan kuasa ini dapat mengawal dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan kesalahan oleh mana-mana pihak. favicon

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site