Categorised | MP Watch

Fadillah Yusof (Petra Jaya)

Updated 4:30pm, 26 May 2010

PETRA JAYA Member of Parliament (MP) Fadillah Yusof’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.


(pic: parlimen.gov.my)

Name: Fadillah Yusof 
Constituency:
 Petra Jaya

Party: PBB 
Years as MP:
 Since 2004

Government position: 
Science, technology and innovation deputy minister

Party position: 
Youth chief

Membership in parliamentary committees or caucus: 
Commonwealth Parliamentary Association member

Blog/website: http://www.p194.org/ 

Original deadline: 21 May 2010 
Response submitted: 3.30pm, 26 May 2010


1

Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri, terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

ISA diperlukan demi keselamatan negara, cuma perlu diperkukuhkan dari segi penguatkuasaan agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika melibatkan proses mahkamah, proses, prosedur serta kos yang tinggi sudah pasti akan menjejaskan keselamatan negara.

2Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Mengapa?

[Kita] seharusnya mengekalkan kedudukan yang termaktub dalam perlembagaan di mana agama Islam diletakkan sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan.

Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan apa yang diperlukan ialah kefahaman yang jelas mengenai kebaikan yang diperolehi dari menjadi sebuah negara Islam kepada masyarakat Islam dan terutamanya kepada orang bukan Islam. Apa yang penting ialah negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dapat memberi keadilan dan kebajikan kepada semua rakyatnya.

3Apakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas utama Ahli Parlimen ialah berkhidmat untuk rakyat, khusus bagi rakyat di kawasannya. Selain menjadi penggubal undang-undang negara, ianya terlalu luas dan banyak. Antaranya ialah menyelesaikan masalah rakyat dan menjadi penghubung antara antara kerajaan dan rakyat.

Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang baik, namun boleh ditambahbaik dari masa ke masa.

4Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

[Saya] menyokong demi kepentingan rakyat keseluruhan dan pihak yang memberi maklumat, tanpa menggadaikan keselamatan negara. Ianya perlu mempunyai mekanisme pengawalan serta check and balance yang baik supaya kebebasan itu tidak disalahgunakan memandangkan latarbelakang negara yang pelbagai.

5Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Memperkukuhkan Parlimen Malaysia.

6Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

Sistem [demokrasi berparlimen] dan [raja berperlembagaan] adalah model yang terbaik untuk Malaysia dan pengasingan kuasa memang wujud dalam negara kita.

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda 

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site