Categorised | MP Watch

Matulidi Jusoh (Dungun)

DUNGUN Member of Parliament (MP) Matulidi Jusoh’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.

Matulidi Jusoh

(Source: parlimen.gov.my)

Name: Matulidi Jusoh
Constituency:
Dungun

Party: Umno
Years as MP:
Since 2008

Government position: None

Party position: Dungun division vice chief

Membership in parliamentary committees or caucuses: None

Blog/website: Facebook – Matulidi Jusoh

2 Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Saya berpandangan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetap diteruskan. Cuma jika perlu, bolehlah dibuat kajian semula. Akta ini adalah penting bagi menjaga keselamatan negara dan menjamin keselesaan hidup rakyat serta menggambarkan bahawa negara kita aman dan makmur. Mereka yang salah di sisi undang-undang kerajaan wajarlah dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan biasanya mereka yang terlibat adalah kerana mereka melanggar atau berniat untuk mengganggu dan menggugat keselamatan dan keamanan yang telah sedia ada.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Bukan soal patutkah. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah pun diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan diiktiraf oleh seluruh negara-negara Islam di dunia. Persoalan ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

3 Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen ialah memahami kehendak-kehendak rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah mereka. Hal ini termasuklah atau merangkumi aspek kehidupan, ekonomi, pendidikan anak-anak, peluang pekerjaan dan perpaduan, serta hubungan yang akrab antara sesama mereka sebagaimana slogan 1Malaysia.

Sifar Kemiskinan Tegar adalah aspek penting yang sewajarnya diberi penekanan kepada golongan-golongan yang disenaraikan dalam e-kasih. Selain itu saya juga berusaha untuk membangunkan kawasan Parlimen saya dengan mengambilkira kehendak rakyat, umpamanya berusaha mengadakan hospital baru, pendalaman muara Sungai Dungun bagi kemudahan nelayan-nelayan, dan pelancongan dan penempatan generasi kedua Felda.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Saya bersetuju kerana apabila akta ini berjalan, ianya akan dapat mengawal sebarang maklumat palsu dan penyalahgunaan penghantaran maklumat.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Taat setia kepada raja dan negara.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Pengasingan kuasa antara [eksekutif], Parlimen dan mahkamah adalah model pentadbiran negara kita yang sudah sekian lama diamalkan dan memberi kesan positif terhadap pemerintahan negara. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan kerajaan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, [ia] sebenarnya untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian hidup rakyat yang berbeza antara kaum, budaya dan agama.

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site