Categorised | MP Watch

Che Uda Che Nik (Sik)

SIK Member of Parliament (MP) Che Uda Che Nik’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.


(source: parlimen.gov.my)
Name: Che Uda Che Nik 
Constituency: Sik

Party: PAS

Years as MP: Since 2008

Government position: None

Party position:
Sik division committee member

Membership in parliamentary committees or caucuses: None

Blog/Website: www.parlimensik.net


1

 Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Saya menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan kerana:

Ia bertentangan dengan hak kebebasan yang diberi dalam Perlembagaan Persekutuan — Perkara 10. Perlembagaan Malaysia menjamin hak dan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Ia bertentangan dengan Akta Hak Asasi Manusia yang memberi hak dan kebebasan kepada individu.

Ia bertentangan dengan kehendak Islam yang mempertahankan keadilan sejagat.

Setiap agama mempertahankan hak dan kebebasan individu.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Mengapa?

Malaysia patut menjadi negara Islam kerana:

Islam sahaja memberi jaminan hak setiap individu berasaskan prinsip-prinsip keadilan sejagat. Walaubagaimana pun, kefahaman yang jelas perlu diberi kepada setiap individu warganegara yang terdiri dari berbagai bangsa dan agama.

  Prinsip demokrasi, sosialis dan komunis telah pun dilaksanakan di negara-negara dunia tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Allah menjadikan manusia, Dia tahu naluri dan kehendak manusia. Oleh itu undang-undang/peraturan Allah, yang menjadi prinsip asas Islam, sesuai untuk mentadbir alam ini.

3 Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Ada tiga tugas utama yang perlu dilaksanakan:

Mengenali masalah penduduk kawasan Parlimen Sik dan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Menyuarakan masalah mereka di Parlimen dan mencari cara penyelesaian yang bijaksana mengikut saluran yang ada.

Membuat persediaan yang perlu untuk ikut serta dalam perbahasan di Parlimen mengikut keputusan ketua Whip parti. Kami juga mengambil pendirian yang selari dengan kehendak parti dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Mengenai kemudahan infrastruktur dan sumber:

  Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, Kerajaan menafikan hak kami untuk mendapatkan peruntukan bagi pembangunan (setiap Ahli Parlimen diperuntukkan RM500,000 setahun)

Ahli Parlimen Malaysia juga tidak diberi peruntukan pegawai penyelidik bagi membantu Ahli Parlimen dalam menyediakan bahan-bahan untuk perbahasan.

Ahli Parlimen juga tidak diberi kemudahan tempat rehat yang bersesuaian.

Masa yang diberi untuk perbahasan amat terhad. [Parlimen juga] tidak memberi kesempatan kepada setiap Ahli Parlimen untuk memberi pendapat secara bernas dan mendalam.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Hakikatnya tidak ada kebebasan maklumat di Malaysia, Oleh itu saya menyokong penggubalan Akta ini kerana:

Ia dapat menjamin pemberian maklumat secara mantap, [dan] tidak terpilih.

Kebebasan maklumat boleh menyelamatkan negara dari amalan negatif dalam pentadbiran negara dan institusi berkaitan dengannya.

Rakyat dapat mengetahui keadaan sebenar kedudukan sosial, politik dan ekonomi negara.

Perancangan dan tindakan [akan] tepat dan selari dengan maklumat yang ada.

[Tindakan akan] berdasarkan maklumat tepat, bukan interpretasi [yang] tidak berasas.

Mudah mengesan penyelewengan, fitnah dan ketidak amanah rakyat dan pemimpin.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Wujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas, amanah bertanggungjawab, dan yang bertanggungjawab kepada Parlimen.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Dalam demokrasi berparlimen, konsep pengasingan kuasa amat perlu sekali, jika tidak:

Kekeliruan dan masalah akan timbul jika sempadan kuasa tidak dipatuhi.

Parlimen sebagai kuasa tertinggi dalam sistem demokrasi, perlu mempunyai kuasa untuk memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang yang diluluskan. Parlimen adalah kuasa tertinggi dalam menentukan bentuk struktur pentadbiran negara.

Mahkamah juga perlu mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan yang ada. Tidak ada campurtangan dari pihak lain dalam melaksanakan undang-undang yang ada.

Kerajaan yang berkuasa tertakluk kepada kuasa dan peraturan yang ada. Kerajaan tidak boleh mengatasi dan campurtangan dalam peranan dan tugas Parlimen dan mahkamah.

Kesimpulannya, pengasingan kuasa perlu dalam memastikan pentadbiran negara dapat berjalan secara licin, teratur dan terus dihormati. Semua badan atau institusi dapat melaksanakan tugas secara mantap dan dihormati.favicon

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site