Categorised | MP Watch

Abu Bakar Taib (Langkawi)

Updated at 2pm, 17 Feb 2010


(Source: parlimen.gov.my)
Name: Abu Bakar Taib    
Constituency: Langkawi

Party: Umno   
Years as MP: Since 1995  
Government position: None

Party position:
Kampung Raja/Kampung Atas branch chairperson

Membership in parliamentary committees or caucus: None

Blog/Website: None  

Original deadline: 10 Feb 2010 
Responses submitted: 12:52pm, 14 Feb 2010


1

Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

Saya tidak menyokong pemansuhan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sekiranya dibuat kajian semula, maka akta ini perlu diperkemaskan dan diberi kuasa seluas-luasnya kepada kerajaan untuk menahan sesiapa sahaja yang melanggar dan mengancam ketenteraman negara.

Akta tersebut dibuat untuk menjaga ketenteraman di dalam negara. Sesiapa yang tidak melanggarnya tidak perlu rasa takut.

2Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Mengapa?

Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan agama lain diberi kebebasan untuk dianuti oleh masyarakat lain. 

3Apakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastuktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas seorang Ahli Parlimen untuk menggubal undang-undang dan memberi perkhidmatan di kawasan adalah sama penting. Banyak lagi [infrastruktur yang] perlu diperlengkapkan. 

4Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

Tidak perlu digubal lagi. Cukup dengan apa yang ada sekarang. Apa yang saya hendak sekarang ialah kerajaan perlu mengambil tindakan kepada mereka yang menghina kesultanan Melayu dan meremehkan perlembagaan negara. 

5Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Sistem demokrasi berparlimen yang ada sekarang adalah mencukupi.

6Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen dan mahkamah? Kenapa dan nyatakan sebab-sebab.

Ya, ini membolehkan masing-masing memainkan peranan dengan cara yang adil seperti sekarang ini.

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda  
Silalah luang lima minit untuk mengambil
tinjauan pembaca kami

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags:

2 Responses to “Abu Bakar Taib (Langkawi)”

  1. Poh Soon says:

    Sir, do you seriously think that Parliament, the executive and judiciary are independent despite all the events in last few years?

  2. ben johnson says:

    Jawapan anda menunjukkan anda berada dengan ketakutan oleh sesuatu. Tidak berani bersuara.


Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site