Categorised | MP Watch

Ab Halim Ab Rahman (Pengkalan Chepa)

PENGKALAN Chepa Member of Parliament (MP) Datuk Ab Halim Ab Rahman’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.


(Source: parlimen.gov.my)
Name: Ab Halim Ab Rahman 
Constituency:
Pengkalan Chepa

Party: PAS 
Years as MP:
Since 2004 
Government position:
None

Party position:
Elections director

Membership in parliamentary committees or caucuses: None

Blog/Website: None


1Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Memang kita bersetuju untuk menghapuskan akta ini dan diganti dengan akta lain yang lebih adil kepada pihak yang dituduh salah. Undang-undang lain untuk mencegah kegiatan keganasan boleh digubal, tetapi bukan dalam bentuk ISA yang sedia ada.

2Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Soalan ini lebih baik ditentukan oleh penduduk sesebuah negara. Kalau penduduk terima, tidak ada masalah. Keputusan ini mesti berlandaskan kehendak rakyat.

3Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini? 

Bagi saya, tugas utama seorang ahli parlimen ialah meneliti sama ada rang undang-undang patut dilulus atau tidak. Adakah rang undang-undang membawa kebaikan atau tidak.

Kedua, tugas seorang ahli parlimen adalah membela rakyat di kawasannya. Kita membawa apa-apa masalah dan pandangan rakyat ke Parlimen.

Dari segi penyediaan infrastruktur dan sumber, Parlimen kita jauh di belakang kalau dibanding dengan Thailand dan Singapura. Sama ada dari segi elaun dan pembantu penyelidik. Lagipun, Parlimen tidak bebas tapi dikawal oleh executive. Sepatutnya kakitangan Parlimen diletakkan di bawah Speaker’s office, tapi dalam Parlimen kita, kakitangan Parlimen terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

4Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Memang kita sokong, walaupun masyarakat kita belum sampai ke tahap seperti masyarakat Amerika dan British di mana blogger-blogger dan media mereka bebas.

Faedah Akta Kebebasan Maklumat untuk rakyat ialah access kepada keputusan kerajaan. Sebagai contoh, kalau kebebasan maklumat diadakan, rakyat boleh mengambil tindakan sebelum kerajaan membuat keputusan, misalnya bekas Perdana Menteri UK Tony Blair yang mengambil keputusan untuk menyertai peperangan di Iraq.

Dalam pada itu, kita juga bersetuju menghapuskan Akta Rahsia Rasmi.

5Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Kalau satu langkah sahaja, saya akan menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) satu badan yang bebas yang mengendalikan pilihanraya secara adil, supaya pemilihan calon-calon betul-betul menepati kehendak rakyat, dan tidak menyebelahi kerajaan. Semua media juga mesti dibebaskan dan tidak diletak di bawah kawalan kerajaan. SPR perlu direvolusikan.

6Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara kerajaan, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Konsep pengasingan ini memang ada dalam perlembagaan kita, bahawa pengasingan kuasa mesti diadakan antara eksekutif, mahkamah dan Parlimen. Ini cara terbaik untuk membawa keadilan.

Untuk jawapan MP-MP yang lain, rujuk Full MP list

The Nut Graph memerlukan bantuan anda 
Silalah luang lima minit untuk mengambil
tinjauan pembaca kami

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , ,

2 Responses to “Ab Halim Ab Rahman (Pengkalan Chepa)”

  1. Good job…by doing this research, it will make us more alert on our MP’s vision.

  2. ben johnson says:

    Saya harap Tuan cakap serupa bikin. Jangan cakap tapi tak ada bikin.


Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site