Categorised | Found in Malaysia

“Lahirkan kesakitan dengan berkarya”

Nam Ron

PERLIS-born Nam Ron has been called “one of the freshest voices declaiming in contemporary Malaysian theatre”. The talented playwright won Best Original Malay Script at the Boh Cameronian Arts Awards for his Perlis gangster history, matderihkolaperlih, in 2004. He has since been multiply-nominated for his plays Lembu (2005), Laut Lebih Indah Dari Bulan and WIP (both in 2007). Although he can be seen on television and film, it is onstage that the fire and depth of Nam Ron’s work can truly be felt.

Undoubtedly one of the brightest talents in Malay-language theater, Nam Ron sat down with The Nut Graph on 18 Aug 2009 to discuss his origins and his dreams. The interview was conducted in Malay, heavily inflected with the northern Kedah and Perlis dialects.

TNG: Nam Ron dilahirkan di mana?

Aku dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis, pada 21 November 1969.

Membesar pula di mana?

Membesaq di Kangaq juga. Ada dua tempat, satu dekat Batu 9, Jalan Kaki Bukit. Di situ aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beseri.

Lepas mak dan ayah bercerai, aku ikut mak ke Kangaq, Perlis. Aku sambung belajaq dekat Sekolah Seri Perlis, kemudian dekat Sekolah Menengah Perlis. Sampai la [sekarang] mak duduk Kangaq lagi, pak duduk Batu 9.

Nam Ron, squatting, in his self-written and directed piece WIP, part of Breaking Ka Si Pe Cah, by Pentas Collaboration Project, 2006 (© Loh Kok Man)

Nama “Nam Ron” pula siapa yang bagi?

Nama sebenar aku Shahili Abdan. Masa dekat sekolah orang panggil aku Shili. Bila aku pakai nama ni character aku lain. Aku loner sikit. Ada kawan seorang dua saja. Tak pandai bergaul, rendah diri, tak popular, sifat negatiflah juga.

Tapi lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), aku ke Jasin, Melaka, untuk belajaq nak jadi buruh dekat Institut Kemahiran Mara (IKM) [tahun 1987]. Masa orientasi semua pelajaq kena kumpul dekat dewan untuk ragging kecil-kecilan. Masa ini kami semua kena buat apa yang senior suruh buat.

Senior-senior pun tanya nama kami seorang-seorang. Ada seorang senior yang ambil kursus jahitan, dia pun lelaki lembut sikit, dia tanya aku, “Nama apa?” Aku jawab, “Shahili.” Dia tanya, “Asal mana?” Aku jawab, “Perlis.” Dia tanya, “Boleh cakap Siam?” Aku jawab, “Sikit-sikit.”

“Cuba sikit,” dia kata. Aku pun jawab, “Nam Ron (maksudnya ayaq hangat).” Lepas itu senior ini pun panggil semua senior lain berkumpul depan aku. Dia buat macam raja bila nak bagi gelaran dekat knight, “Mulai hari ini, hang akan dipanggil Nam Ron.”

Lepas itu semua panggil aku Nam Ron masa orientasi. Dan semua ingat nama aku. Aku jadi popular dan diselamatkan oleh nama itu. Aku tak kena ragging dengan senior, malah aku dilantik menjadi budak suruhan untuk ragging junior yang lain. Contohnya, kalau senior suruh junior itu buat pumping 20 kali, akulah yang mengira.

Lepas orientasi selesai, senior-senior pun meminta maaf dengan junior, dan memberi aku izin untuk membuang nama Nam Ron. Tapi aku suka. Aku rasa macam ini pengalaman baru — kawan ramai.

Aku pun mula ada keberanian bersuara dan bercakap. Lepas habis belajaq, aku balik Perlis dan masih guna Nam Ron.

Boleh Nam Ron kongsi sikit asal-usul keturunan?

Ini ada kaitan dengan nama aku. Aku lebih kenal asal-usul sebelah mak, sebab aku dibesarkan oleh mak aku. Dia campuran [India Muslim] dan Siam.

Yang aku tahu ayah aku Melayu. Tapi kalau ikut sejarah, sebelum Perjanjian 1909, Perlis itu sebahagian dari Siam. Jadi kalau ikut sejarah, bapa aku keturunan Siam selatan. Tapi sebab politik dia jadi Melayu.

From the short film Le Diable (devil) directed by Abror Rivai and Rasidan Ramly, produced by DFX Studio (© DFX Studio)

Belah mak, datuk kepada mak aku orang India Muslim dari dataran berhampiran dengan Teluk Bengal. Dari India, moyang aku datang masa dia bujang lagi, jual kain dekat kampung-kampung. Sampailah dia kahwin dengan local. Dapatlah nenek aku. Nenek aku pula kahwin dengan orang Siam dari Satun. Datuk aku lari dari Satun sebab larikan diri dari famili dia yang berebut harta pusaka. Jadi dia kahwin dengan nenek aku yang mamak ini. Dapatlah mak aku.

Satun dengan Patani ini lain. Orang Satun tak cakap bahasa Kelantan, tapi cakap Melayu macam orang Siam cakap bahasa Melayu pelat utara. Lanjut-lanjut dia macam orang Kedah — word Melayu tapi lenggok Siam.

Baru-baru ini, pak cik belah mak aku nak cari family tree kami. Cerita baru dari dia, mak dan bapa kepada datuk aku bukan asal dari Siam. Mereka orang Minang yang berhijrah ke Siam. Datuk aku hanya dilahirkan di Siam. Muka dia muka Cina, mata sepet, kulit putih.

Belah bapa, aku tak tahu dan tak pernah sembang dengan dia.

Apa kenangan Nam Ron yang paling kuat, sama ada yang manis atau pahit, ketika membesar?

Zaman kanak-kanak aku semuanya sengsara. Aku hanya kenal erti kebahagiaan masa aku capai umur 30 tahun. Sebelum itu hidup aku susah. Kalau orang yang tengok Bersamamu dekat TV3 boleh menangis, aku pula gelak saja. Bila kita hidup susah, kita tak menangis pun sebab itu memang hidup kita. Dulu kalau makan ikan seekor dengan lima beradik, nasi pula makan dengan kicap saja. Sebab itu aku tak popular dekat sekolah — baju pun sehelai, kasut pun aku akan pakai sampai rosak.

Aku pun kekurangan kasih sayang. Dulu aku akan dera diri aku sendiri, contohnya bakar tubuh aku dengan api rokok, patahkan tulang tangan sendiri bila kecewa dan sebagainya. Aku rasa macam aku boleh hilangkan penderitaan bila aku sakitkan diri sendiri.

Adakah karya sastera Nam Ron berpunca daripada kesakitan ini?

As artistic director/producer for Teater Kompilasi Vol 2 (© Zahiril Adzim)

Lepas habis IKM, aku balik Perlis kerja bengkel membaiki kereta. Masa inilah aku mula berjinak-jinak dengan puisi dan teater. Masa free malam-malam, hujung minggu, aku buatlah teater.

Lepas itu aku rasa aku don’t belong untuk bengkel kereta. Itu bengkel yang aku buka sendiri tapi aku tak boleh tumpukan perhatian. Teater yang memberikan apa yang aku perlukan sebelum ini — kasih sayang, perhatian, communication, bergaul dengan orang, bertukar pendapat. Dia macam terapi dan aku mula suka. Kerja aku pula tunggang-langgang.

Tahun 1994, masa Akademi Seni Kebangsaan (ASK) baru buka, kawan aku yang minat nak masuk ada bawa iklan paper. Dalam senyap-senyap aku pun memohon. Tuhan yang atuq bagi aku masuk, sebab aku hanyalah pilihan kedua, dan aku dapat tempat itu apabila pilihan pertama menarik diri.

Masa tahun pertama aku memang aku ada masalah dengan seorang guru lakonan, Ahmad Yatim [Talib]. Satu hari dalam kelas lakonan dalam aktiviti untuk mengeluarkan emosi, dia memang komen kepada semua orang, tapi aku yang terasa lebih. Dia kata kami semua tak dapat buat latihan dia sebab kami tak cuba betul-betul. Aku masa tu memang dah buat betul-betul.

Krishen Jit (© kyotoreviewsea.org)

Bila semua student keluar, aku tahan Ahmad Yatim. Air mata aku sudah keluar pasal aku marah, dan aku sudah tumbuk-tumbuk dinding. Aku kata, “Cikgu tak leh cakap macam tu. Macam mana cikgu boleh tau apa yang kami rasa tu tak betul?”

Masa ini dia pun sudah mula lembut, mungkin sebab dia tengok aku macam tak siuman. Barulah dia bagi note yang betul-betul dekat aku. Lepas itu dia kata, “Awak ini kena jumpa psychiatrist.” Lepas perjumpaan aku dengan dia, aku jumpa pula [Datuk] Krishen Jit, yang merupakan ketua jabatan masa itu. Aku cakap apa yang Ahmad Yatim kata. Krishen suruh aku jangan jumpa psychiatrist. “Itu (kesakitan) adalah satu anugerah untuk terus berkarya. Dan lahirkan segala kesakitan itu dengan berkarya.” Dan aku pun buat sampai la.

Bagaimana pula Nam Ron mencari kaitan antara pengalaman ini dan pengalaman Nam Ron sebagai warga tanahair ini?

During a shoot for the mini-series Warkah Terakhir (Rosli Dohby) produced by KL Motion Picture Co, directed by Wan Hasliza Wan Zainuddin (© KL Motion Picture)

Adakah negara kita aman dan makmur hanya dari segi luaran? Aku nak aman, damai dari segi dalaman. Aku bercakap dari sudut sosial, penerimaan masyarakat tanpa prejudis dan sebagainya. Aku tak mahu ada sistem atau sempadan kelas, bangsa dan status. Sekarang kita masih ada prejudis, terutamanya dari segi bangsa. Ini sebabnya aku buat filem Gadoh. Kadang-kadang orang Melayu dalam kelompok masing-masing akan melepaskan marah tanpa rasa bersalah pun.

Contohnya semua bangsa pun ada orang yang membawa kereta laju, tapi kenapa keluaq, “Cina bawa kereta laju macam negara dia sendiri?”

Dari segi status, aku nak semua orang menikmati kekayaan sama-sama, dan kemudahan yang lebih, hospital, pendidikan, kepada rakyat secara percuma dan tetap berkualiti.

Dari segi politik, aku mahu negara ini betul-betul bebas. Berikan kuasa kepada rakyat sepenuhnya. Dia orang yang hidup, dia orang yang tahu. Jangan bagi politician yang mengatur segala-galanya. Contohnya aku sebagai karyawan, bagilah aku kebebasan berkarya, dan rakyat kebebasan untuk menilai karya aku. favicon

The Nut Graph memerlukan bantuan anda.

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , ,

One Response to ““Lahirkan kesakitan dengan berkarya””

  1. Sazzy Falak says:

    My favourite actor of all time!


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site