Categorised | Columns

Kak Nora disingkir!


Di mana Kak Nora? (© vikush | sxc.hu)

HIDUP saya sudah porak-peranda, hati saya gundah-gulana, dan fikiran saya haru-biru. Selama beberapa minggu kebelakangan ini, saya melayari laman TepiKain.com.my untuk sajian terkini daripada penulis pujaan saya, Kak Nora, tetapi hampa.

Mula-mula saya fikir Kak Nora cuti, jadi dia berehat seketika daripada kolum nasihatnya. Apabila tulisan Kak Nora masih tidak dimuatkan, saya menjadi risau pula kalau-kalau Kak Nora sudah jatuh sakit. Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca berita mutakhir di laman Malaysiabegini.com, terjemahannya:


Penulis ruangan nasihat memilih media lebih “bebas”

KUALA LUMPUR, 19 Mar 2010, 4.14pm — Penulis ruangan nasihat popular, Noranisah Minit, sudah menghentikan ruangan nasihatnya di laman hiburan popular, TepiKain.com.my, dan akan menyumbang kepada media yang lebih “bebas” sebaik pulang dari Mekah.

Dalam pesanan ringkas (SMS) yang dihantar dari Arab Saudi, Noranisah, lebih dikenali sebagai Kak Nora, tidak menyebut pertubuhan media yang bakal disertainya.

“Pembaca boleh terus menghantar soalan mereka melalui laman Facebook dan Twitter akak,” katanya dalam SMS tersebut. “Jangan kacau Farmville akak cukup, sebab sudah comel dan montel anak-anak lembu akak susun di sana.”

Malaysiabegini melaporkan minggu lepas bahawa TepiKain.com.my telah menyekat ruangan nasihat Kak Nora tentang isu sebat yang ditanya oleh seorang pembaca dari penjara Kajang.

Langkah tersebut mengundang kata-kata pedas daripada ketua pergerakan pemuda parti pemerintah, Khusairy Jalil, melalui akaun Twitternya.

“Ruangan Kak Nora sudah bungkus. Meja pengarang TepiKain.com.my terima arahan drpd Jakim [Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]?” kata Khusairy.

“Kebebasan media apa ni? Peminat baca TK bukan krn Jakim, tetapi krn Kak Nora. Kembalikan Nora!” sambungnya dalam mesej susulan.

Penyingkiran ruangan nasihat Kak Nora mirip kepada penyingkiran kolum bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dari akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam kes tersebut, penyingkiran Asri dikecam oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Laman web The Malaysian Insider pula melaporkan bahawa kolum Asri kini diambil alih oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, yang jauh lebih konservatif.


Ini pula laporan susulan daripada laman The Malaysian In Spiderweb, terjemahannya:


TepiKain.com.my menyingkir kolum Kak Nora

KUALA LUMPUR, 19 Mar 2010, 6.02pm — Laman web hiburan TepiKain.com.my telah menyingkirkan ruangan nasihat oleh penulis popularnya, Noranisah Minit, lantas menimbulkan tandatanya tentang rancangan parti pemerintah untuk laman kesukaan ramai itu.

Kontroversi ini dilaporkan bermula apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dikatakan marah apabila Noranisah, yang lebih dikenali sebagai Kak Nora, berkeras ingin menulis tentang isu sebat dalam kolum terbarunya.

Jakim telah mengadu tentang hal ini kepada kepimpinan tertinggi parti pemerintah, yang memiliki laman tersebut, dan mengugut untuk membuat laporan polis di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan terhadap Kak Nora.

Sementara itu, artikel tersebut masih belum dimuatkan di laman TepiKain.com.my.

“Mereka telah menjolok sarang tebuan apabila menyingkir akak!” balas Kak Nora, yang berada di Arab Saudi, di dalam SMSnya kepada The Malaysian In Spiderweb.

Apabila ditanya lebih lanjut, Kak Nora menjelaskan, “Rambut akak kan besar, jadi bila lilit dengan tudung nampaklah macam sarang tebuan. Yang akak cukup terkilan apabila mereka memecat akak, mereka juga mencucuk sarang tebuan akak sampailah menjadi kemek dan tidak lagi anggun seperti dulu.”

Ruangan nasihat Kak Nora diambil alih hari ini oleh pakar motivasi, Ustazah Mama al-Bosaniah, dalam kolumnya bertajuk, Banyak menyoal nanti jadi gila.

TepiKain.com.my enggan memberi penjelasan tentang perkembangan ini apabila dihubungi oleh The Malaysian In Spiderweb.

Sementara itu, bapa Kak Nora, Minit Saat, berkata bahawa tindakan TepiKain.com.my itu tidak munasabah apabila dihubungi oleh The Malaysian In Spiderweb.

“Kalau Jakim marah dengan anak saya, biar mereka selesaikan sendiri. Ajaklah berdebat. Atau main one-two-som. Apa-apa pun boleh, asalkan selesai cara baik,” kata Minit.

Akan tetapi, tinjauan The Malaysian In Spiderweb atas komen-komen pembaca di TepiKain.com.my mendapati ramai juga yang menyokong penyingkiran tersebut.

Sang Saka menulis: “Belahlah Kak Nora. Lu perasan cantik tapi lu lupa daratan. Nama lu Noranisah — kenapa nak pilih nama glamour ‘Kak Nora’? Tak sedar diri. Sepatutnya pakai nama Mak Ani Krepot.”

Singkir pula menulis: “Ha, padan muka. Suka sangat orang meliwat, suka sangat perangai kaum Nabi Lut. Kak Nora pengkhianat bangsa! Dakwa dia bawah Akta Hasutan! Perempuan tak guna! [Kandungan seterusnya ditapis kerana menggunakan bahasa kesat.]“

Tetapi tidak kurang pula peminat yang mempertahankan Kak Nora.

Si Manis menulis: “I always support you, Kak Nora, and I don’t agree with your enemies — you never drop the Malay [Malaysians'] water face!”

DatukSiti menulis: “You were my strength when I was weak, you were my voice when I couldn’t speak. You are so educational, that’s mean you write with fully knowledgeable but also fun, and that why I appreciate you. Semoga Allah terus memberkati kamu. Tenkyu very nais, hikhikhik!”


Tetapi setakat ini saya masih belum dapat menerima hakikat ini, sehinggalah saya membaca nota Kak Nora di laman Facebooknya:


Don’t cry for me, huhuhu!”

Assalamualaikum dan good evenings, para pembaca dan peminat,

kak nora

Greetings from Arab Saudi! First of all, biarlah akak mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Sebenarnya karier akak tidak akan menjadi sekiranya anda semua tidak mendorong akak sebelum ini. Oleh itu, akak hadiahkan serangkap pantun:

If you jump, I jump,
If you call, I come,
If you cubit, I lebam,
If you suap, I tembam.

Akak di sini mahu mengesahkan desas-desus sebelum ini yang mengatakan bahawa akak sudah disingkirkan daripada laman hiburan TepiKain.com.my. Tapi akak pinta, don’t worry, be happy. Akak pun sebenarnya menganggap ini sebagai satu rezeki daripada Allah yang Maha Pemurah.

Cuba bayangkan, para pembaca, si pengarang TepiKain.com.my boleh marah akak sebab akak minat Adam Lambert! Beliau kata akak ini perosak budaya Melayu sebab mengagung-agungkan lelaki lembut, sebelum beliau beredar untuk menghadiri jamuan teh dengan Aznil Nawawi dan Din Beramboi.

But don’t worry, para peminat sekalian. Akak rasa lebih senang jika berhenti menulis untuk laman web ting tong ini. Akak sudah dipelawa oleh media online yang lebih bebas untuk menyumbangkan kolum nasihat akak. Nantikan tulisan akak yang seterusnya! Masa belum mencemburui akak — maklumlah, ayahanda akak pun namanya Minit bin Saat.

Sementara itu, keep sending your questions tentang apa-apa saja yang bermain di fikiran anda. Lagi nakal, lagi bagus, tapi biarlah bersopan dan beradab, terutamanya sekarang sebab akak baru selesai menjalankan umrah. Me loikes the naughty, but me respects the divine.

Salam ikhlas lagi nakal,
Kak Nora.

favicon


Shanon Shah hairan kenapa setengah orang gelak “huhuhu” dan “hikhikhik”, tapi setengah lagi gelak “hahaha” dan “hehehe”.

Baca ruangan Secubit Garam terdahulu

The Nut Graph memerlukan bantuan anda   
Silalah luang lima minit untuk mengambil
tinjauan pembaca kami

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , , , , ,

4 Responses to “Kak Nora disingkir!”

  1. Pebbles Jetson says:

    Kembalikan Kak Nora! Kami mahu hak kami! Kembalikan Kak Nora!

  2. Salmah (but u can call me Sal) says:

    I, macam Si Manis, pun supports Kak Nora. I very looking forward to your column nanti.

    Sal

  3. Z00L says:

    huhuhu = gelak, tapi ada bayang-bayang sedih. gelak nak bagi sedap hati

    hikhikhik = gelak gedik

    hahaha = gelak dengan kawan-kawan rapat/sejantina

    hehehe = gelak dengan beradab sopan

  4. Michael says:

    This kak is so cute, can I call her adik?

    “Kak Nora takde komen.”

    Saya bagi pihak Kak Nora,
    Shanon Shah
    Columns and Comments Editor


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site