Categorised | Found in Translation

Fence-sitting on the anti-ISA demonstration

MEDIA cetak bahasa Cina utama menyiarkan gambar bagaimana polis menyuraikan perhimpunan “Mansuhkan ISA” dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan meriam air berasid. Ramai penulis dan penganalisa duduk di atas pagar, sementara menonjolkan “kekerasan yang keterlaluan dari pihak polis”, juga dicadangkan agar orang ramai menyuarakan pandangan mengikut “saluran yang bersesuaian”.

Namun demikian, pada hari keesokan selepas perhimpunan dianjurkan, sesetengah akhbar Cina cuba menonjolkan rungutan daripada peniaga, bahawa mereka menanggung kerugian yang besar lantaran perhimpunan tersebut.

Semua akhbar Cina utama memaparkan gambar perhimpunan besar di depan akhbar pada 2 Ogos 2009, bertajukkan Perhimpunan puluhan ribu orang, 438 (atau 589) ditangkap. Gambar pertempuran antara FRU dengan peserta perhimpunan, gas pemedih mata yang berkepul-kepul, semburan meriam air berasid dan orang lari berkeliaran juga dipaparkan.

Laporan agak lengkap dengan kronologi kejadian pada 1 Ogos. Keadaan di beberapa lokasi utama, Sogo, Masjid Negara, Stesen LRT Masjid Jamek dilaporkan. Kejadian seperti peguam dari Pusat Bantuan Guaman ditangkap dan dibebaskan, malah wartawan yang juga terperangkap dalam gas pemedih mata dan air meriam berasid, juga mendapat ruang di dada hampir semua akhbar.

Juga, hujah dari beberapa pemimpin utama, seperti Perdana Menteri [Datuk Seri] Najib Abdul Razak yang mendakwa perhimpunan adalah muslihat politik pembangkang; Menteri Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri] Nazri Aziz yang mendakwa tidak akan mansuhkan ISA; dan Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri] Hishammuddin Hussein yang “tidak tunduk kepada tekanan”, mendapat liputan dalam semua akhbar bahasa Cina.

Baca lagi di sini


Rencana ini asalnya diterbitkan pada 3 Ogos 2009 di Merdeka Review dengan tajuk Perhimpunan Mansuhkan ISA. Diterbitkan semula dengan izin.

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , ,

COMMENT RULES: Please note ALL comments are moderated, so your comment may take some time to appear. Stay on topic, no personal attacks, no spam and just be civil. Full comment policy here.

Leave a Reply

 characters available

Subscribe without commenting

Most Read in Found in Translation

Most Read (Past 3 Months)

Advertisement


Advertisement


  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site