Categorised | Columns

Baca label dulu?

BILA saya berumur tujuh tahun, ibu kepada rakan sekelas saya amat terhibur mendengar saya berceloteh dalam bahasa Hokkien dengan anaknya. “Kamu ini orang (bangsa) apa?” dia bertanya dalam bahasa Hokkien. “Saya ini orang putih (Inggeris),” saya menjawab. Dia tertawa terbahak-bahak.

Baca label dulu

Tapi saya serius! Benar, saya boleh berbahasa Malaysia dan Hokkien, tetapi saya bertutur dengan ibu bapa dan adik-beradik saya dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, saya ini kacukan — banyaklah campur-aduk ini dan itu. Jadi, mengikut logik seorang kanak-kanak Darjah Satu, tidaklah tepat saya menjawab yang saya ini “Melayu” atau “Cina” atau “India” atau “Pakistan”. Keluarga saya bertutur bahasa Inggeris, jadi bukankah kami berbangsa Inggeris?

MelayuBila umur saya meningkat, barulah saya faham — saya kena tandakan ruangan “Melayu” di borang rasmi. Jadi saya menjadi orang “Melayu”. Tapi bagi saya, label “Melayu” sebenarnya satu misteri yang amat menarik. Malah, label “Cina” dan “India” juga amatlah menarik. Bila saya berkenalan dengan siapa-siapa, saya pasti akan bertanya, “Awak ini orang apa sebenarnya?”

Oleh kerana saya bertanya dengan penuh minat dan hormat, para kenalan saya ini jarang tersinggung. Yang “Melayu” kadang-kadang akan mengaku, “Belah bapa keturunan Jawa, belah emak keturunan Minang.” Yang “India” kadang-kadang menjelaskan, “Bapa saya orang Tamil beragama Kristian arus Protestan, ibu saya orang Malayalee beragama Katolik.” Yang “lain-lain” pula sangatlah menarik: “Belah bapa Serani Portugis, belah emak Cina.”

Jadi saya amatlah tertarik dengan saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, agar ruangan “bangsa/keturunan” digugurkan dalam borang rasmi. Kecuali untuk perkara yang berkaitan dengan hak istimewa bumiputera. Pengecualian Mukhriz ini sudah dikupas dengan teliti. Tapi saya ingin pula menumpukan perhatian kepada cadangannya secara keseluruhan.

Mukhriz membuat saranan ini pada 9 Ogos 2009. Pada 12 Ogos pula, Zainuri Misfar telah bertanya, Benarkah filem Yasmin karya tanah air paling hebat?, dalam ruangan Fragmennya dalam akhbar Berita Harian. Saya rasa soalan Zainuri memang wajar ditanya, tetapi saya agak terkejut dengan hujahnya menyoal “kualiti” karya arwah Yasmin Ahmad.

Zainuri menulis, “Misalnya, babak gadis Melayu berbaju kurung berdiri di hadapan daging babi salai di sebuah restoran Cina dalam filem Sepet, boleh menimbulkan tanda tanya kepada penonton kanak-kanak.” Orang Melayu berdiri depan restoran Cina pun boleh menimbulkan tanda tanya? Tanda tanya tentang apa? Barangkali tentang hakikat bahawa kita di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama? Bukankah itu saranan Mukhriz?

Label dan stereotaip kaum seolah-olah mencadangkan bahawa di Malaysia, semua orang Melayu sepatutnya 100% Melayu, semua orang Cina sepatutnya 100% Cina, dan semua orang India sepatutnya 100% India, dan seterusnya. Di Semenanjung Malaysia terutamanya, kita mempunyai gambaran stereotaip tambahan tentang “bangsa-bangsa” ini — semua orang India mesti bertutur bahasa Tamil dan beragama Hindu; orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Inggeris semuanya “celup”; orang Cina mesti sembah tokong dan makan menggunakan kayu penyepit; dan sebagainya.

Logik yang mengelirukan

Jeff Ooi
Jeff Ooi (© Joi Ito / Flickr)

Label seperti ini tidak hanya berdasarkan bangsa, tetapi agama dan jantina kita juga. Yang menimbulkan tanda tanya untuk saya ialah apabila label seperti ini dipolitikkan habis-habis. Ambillah contoh wakil rakyat DAP dari Jelutong, Jeff Ooi, yang baru-baru ini mendakwa bahawa Jemaah Islah Malaysia (JIM) merupakan puak Islam pelampau (“religious extremist“). Saya rasa ini memang satu kenyataan yang tidak tepat, malah berniat buruk, tentang JIM.

Yang lebih membingungkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sekarang mahu menyoal Ooi atas dakwaan dia “menghina Islam”. Menghina Islam! Mungkin Ooi telah menghina JIM, tetapi adakah menghina JIM itu sama ertinya dengan menghina Islam? Betulkah kalau kita menghina sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam ia bererti kita sudah menghina agama Islam itu sendiri?

Jika begitu, saya hairan pula Musa tidak menyiasat ahli PAS dan Umno yang menghina Sisters in Islam. Kenapa itu pula tidak dianggap sebagai “menghina Islam”? JIM dan Sisters in Islam merupakan dua NGO berteraskan Islam yang dihormati dan bermaruah. Mungkin pendirian mereka berbeza atas beberapa isu, tetapi dua organisasi ini saling menghormati. Malah, kedua-duanya banyak bekerjasama dalam Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (GMI). Pelik bin ajaib.

Kepentingan label

Label kadang-kadang penting untuk kita menggariskan pilihan hidup tertentu dan kepercayaan kita. Tetapi apabila dipolitikkan, label boleh digunakan untuk memeras, malah melanggar hak rakyat. Contohnya, di Amerika Syarikat dan United Kingdom, label “pengganas” digunakan untuk menyekat hak asasi puak Islam tertentu dan pengkritik kerajaan. Di Malaysia pula, label “Islam liberal” digunakan untuk tujuan yang sama. Banyak label lain yang digunakan untuk menghina atau mematahkan golongan tertentu — “lelaki lembut”, “pendatang”, “sekular”, “pendatang asing tanpa izin”, “pengganas”, “feminis”, “Melayu”, “Cina”, “Islam”, “Zionis”, “Taliban”, “kafir”, dan sebagainya.

Maya Karin
Maya Karin (© psyfull / flickr)

Secara peribadi, saya sudah lama selesa dengan label “Melayu”, “Islam”, “lelaki”, “demokrat” dan “feminis”. Malangnya, label-label ini tidak cukup untuk mewakili identiti saya yang sepenuhnya. Otak nakal saya tiba-tiba memancarkan idea yang menarik.

Apa kata orang seperti saya semuanya mula mempopularkan istilah “kacukan”? Renungkanlah. Maya Karin merupakan anak kacukan. Jaguh skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar, merupakan anak kacukan. Bintang filem tersohor, Hans Isaac, anak kacukan. Keanu Reeves, Halle Berry, Mariah Carey, dan bintang siri Prison Break, Wentworth Miller, semuanya anak kacukan. Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama pun anak kacukan! Kita boleh tubuhkan Parti Ketuanan Kacukan Antarabangsa, dan kita boleh merampas kuasa di seluruh dunia! Muahahaha!

Atau mungkin kita boleh guna saja istilah “anak Malaysia” atau “warga global”. Suka hatilah. Saya lebih suka cadangan saya untuk mengambil alih puncak kuasa di dunia. Favicon


Shanon Shah buta warna kulit dari dulu, tapi tiba-tiba pula gila kuasa.

Shanon adalah seorang anggota bersekutu Sisters in Islam.

The Nut Graph memerlukan bantuan anda

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

22 Responses to “Baca label dulu?”

  1. Kim Thayil says:

    Artikel yang bagus bro!!! Hina JIM, hina Islam? Wow.

  2. Lawa says:

    Saya keturunan Adam dan Hawa…sudah lupa orang apa. Cuma tahu saya adalah manusia sejati…dan bangga kerana rakyat Malaysia…sekarang inginkan Kerajaan Rakyat… :)

  3. vj says:

    I like this becauce my daughter [and I], we are Indian Malaysian. Since we all speak English at home, so my daughter says that she is an English girl but her mother is Tamil because she speaks Tamil. What fun. When she went to the tadika, she came back to tell me that her friend says she is Indian but she pushed the girl down an insisted that she is English. When I went to pick her up, she ran to tell me all about this [in] English. See how just speaking English makes one person wonder even these days.

  4. Nicholas Aw says:

    This is an eye-opener article, Shanon. The labelling of Malays, Chinese, Indians, Serani and others is the evil work of irresponsible politicians who are scrambling up the political ladder; politicians from both sides of the political divide.

    All this labelling has been brought down from pre-independence time and is still adopted by the BN government in their policy of “divide and rule”. The advent of the rakyat having realised that the Pakatan Rakyat offers a glimpse of the rule of true democracy has awakened the BN government into pursuing further its propaganda of sowing the seeds of division among the people. This is obvious as despite the implementation of the PM’s 1Malaysia campaign, we still find BN politicians harping on issues that harp along racial lines. Even the deputy PM in a recent gathering highlighted Umno’s stand on Malay supremacy which absolutely goes against the PM’s vision of a united Malaysia.

    Martin Luther King had his American dream. Likewise, we Malaysians look forward to the resurgence of the days of the Fifties and Sixties when all Malaysians, irrespective of their colour or creed, could sit together at the same table and talk about everything under the sun. I may not be able to experience this in my lifetime but my dream of a united Malaysia is for our children’s children and thereafter. This is my lingering wish as we approach 52 years of Merdeka.

  5. Azmi says:

    Sebenarnya kita semua kacukan terutama sekali orang “Melayu”. Cuma ramai yang menegakkan benang basah.

  6. benny says:

    Wow!! I really love your article. =) being funny and meaningful at the same time. I would love to join your Kacukan Party. Haha..I am a kacukan of Chinese and bumiputra Sarawak [descent].

  7. fievelski says:

    Label-label yang bersifat ras ini tidak akan terhapus selagi tidak melihat diri kita sebagai satu bangsa yakni bangsa Malaysia. Terus terang saya katakan, ketika mengisi borang, pada kolum keturunan, saya akan tick kotak lain-lain dan tulis di situ, “Malaysian”.

  8. Leylapple says:

    Ayah saya Cina, mak Iban. Tapi dalam IC, saya kata Melayu! Cemmana tu?

  9. Main says:

    Jadilah apa sahaja di Malaysia, label yang sama tidak akan disebut (orang Malaysia!). Kalau semata-mata ingin mengetahui asal keturunan, beritahu yang sepatutnya dan isu tidak akan mengekori kita. Kan senang kalau ada kejujuran…..

  10. Dennis Chua says:

    Well said, Shanon. Mukhriz for PM? He don’t get my vote, sorry.

  11. memangbetul says:

    Have you read what they are teaching the primary students in Pendidikan Moral? Exactly that: Orang Cina pergi ke tokong. This [...] is being taught to students!

  12. Hang Hero says:

    Hang Tuah! Hang Jebat! Hang Li Po! William Hung!

    Cina! Cina! Cina! Cina!

  13. KohJL says:

    Thank you for writing this article, I love it. I hate the part in various forms that require me to declare my race too. It’s meaningless as far as I’m concerned – just our skin’s response to UV over the past few … I don’t know, hundreds of thousands of years? Watch this video:
    http://www.ted.com/talks/nina_jablonski_breaks_the_illusion_of_skin_color.html

    I don’t like your take over the world idea though. May each candidate stand on his/her own merits. Yes I do realise you were only joking =D

  14. kacukan global says:

    Saya beruntung lahir dan membesar di Sabah kerana di sini mempunyai pelbagai kaum (khabarnya yg terbanyak dlm satu negeri) dan semua kaum boleh duduk semeja dgn harmoni. Kalau ada pun sifat perkauman hanyalah drpd org2 (sorry to say this) Melayu dr Semenanjung Malaysia yg bekerja di sini kerana sudah tertanam di jiwa mereka bahawa Melayu adalah kaum paling gah. Sebenarnya mereka (tidak semua) tidak pernah menjiwai ‘Malaysia’. Masih ada yg menganggap Sabah & Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. Saya pernah beberapa kali ditanya “bila sampai di Malaysia” apabila pergi ke ibu negara. I found it very funny! Didn’t they learn history and geography? Pity on them. Hahaha!

  15. nutzeywagen says:

    Great article bro Shanon!

    Bangsa Malaysia, 1Malaysia …(sigh!) … if only … if only …

    It makes me cry and laugh at the same time, come rain or shine! CIAO!

  16. Anne says:

    Ayah saya dari Sri Lanka, mak saya Cina. Saya sering diberitahu “Eh, warna kulit kamu macam Melayu.”

    Boleh tak saya jadi ahli jawatankuasa dalam parti baru ini?

    Saya rasa saya lulus untuk “Malaysia, truly Asia.”

  17. Rita says:

    Love the article! Saya 20% Cina, 40% Bugis, 10% India, 20% Minang, 10% Lain-lain (Unidentified) but 100% Malaysian! Hahahaha! Kira beb, do you want it up to two decimal points?

  18. nadi says:

    Allah tidak pernah membezakan label, brand or whatever kulit luaran. Yang penting, isi. Isi, isi, isi …

    Macam durian, luar nampak hodoh tapi isinya … sedap. Si manggis pula hitam legam tapi isinya … bukan sahala putih melepah tapi maaannnniiiiiissssss!

    Wallah hu a’lam.

  19. astige says:

    I AM A MALAYSIAN. ‘Nuff said.

    Plus, a question, if we were to have a war with others, will we stand and fight as MALAYSIANS or as Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan etc etc and only protect what we think will benefit our race and not the country?

  20. Astoria says:

    Kawan baik saya bedarah India (India) dan Melayu/Jawa (Malaysia). Sewaktu hendak mendaftar surat beranak beliau, pegawai yang bertugas beria-ia hendak meletakkan di dalam ruangan “bangsa” beliau sebagai “Pakistan”. Sebabnya? Bapa beliau berasal dari India dan seorang Muslim.

  21. megabigBLUR says:

    LOL, I did the same thing when I was a kid … I told people I was “English” instead of Chinese because I couldn’t speak Chinese to save my life. How are you going to label people who are genetically of one race but have more background in the language and culture of another? Epithets like “banana” or “celup”?


Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site