Categorised | MP Watch

Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh) [Updated 15 July 2010]

KETEREH Member of Parliament (MP) Ab Aziz Ab Kadir’s response to the MP Watch: Eye on Parliament project, which asks all 222 MPs six questions.

Ab Aziz Ab Kadir

(Source: parlimen.gov.my)

Name: Ab Aziz Ab Kadir
Constituency:
Ketereh

Party: PKR
Years as MP:
Since 2008

Government position: None

Party position: None

Membership in parliamentary committees or caucus: None

Blog/Website: None

Original deadline: 4 May 2010
Reply submitted:
4.05pm, 15 July 2010

1 Adakah anda menyokong pemansuhan atau kajian semula terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya fasal yang membenarkan penahanan tanpa bicara? Kenapa?

Ya, sebagai seorang wakil rakyat yang memperjuangkan keadilan saya menyokong penuh untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan penahanan tanpa bicara dilakukan sewenang-wenangnya. Penahanan tanpa bicara ini tidak melambangkan langsung sebuah institusi kerajaan yang memperjuangkan hak-hak prinsip kerajaan berdemokrasi dan berparlimen.

2 Patutkah Malaysia menjadi sebuah negara Islam atau sekular? Kenapa?

Malaysia adalah pengerusi negara-negara OIC dan berdasarkan kapasiti penganut Islam juga. Malaysia sememangnya patut menjadi negara Islam. Walaubagaimanapun, bercirikan sebuah negara Islam, semua kepentingan, hak-hak dan kebebasan penganut lain tetap akan diberikan bersesuai dengan ajaran Islam.

3 Yang manakah tugas utama anda sebagai seorang Ahli Parlimen? Adakah Parlimen menyediakan infrastruktur dan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tugas ini?

Tugas utama sebagai seorang Ahli Parlimen adalah untuk memperjuangkan hak-hak dan kebebasan rakyat untuk dibentangkan di Parlimen. Apa yang menyedihkan sebagai Ahli Parlimen, kami tidak diberikan bantuan sumber yang mencukupi untuk memudahkan kami menjalankan tugas di Dewan Rakyat. Contoh, kami tidak dibekalkan elaun tambahan, untuk mengupah pegawai penyelidik. Sebaliknya, kami terpaksa mengeluarkan wang poket kami sendiri untuk mengupah pegawai-pegawai penyelidik.

4 Adakah anda akan menyokong penggubalan satu Akta Kebebasan Maklumat? Kenapa?

Ya, saya menyokong penggubalan Akta Kebebasan Maklumat demi ketelusan maklumat itu tidak dirahsiakan atas dasar penyalahgunaan kuasa, terutamanya dalam transaksi yang melibatkan wang dan pengurusan projek-projek pembinaan negara.

5 Kalau anda hanya boleh melakukan satu sahaja langkah untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, apakah langkah itu?

Sistem demokrasi Malaysia hari ini perlu diperhalusi dan dibersihkan daripada sebarang bentuk arahan menteri di Parlimen dan memberikan mandat kuasa penuh untuk membuat arahan kepada Yang Di-Pertua Pengerusi Dewan.

6 Adakah anda berpegang kepada pengasingan kuasa antara eksekutif, Parlimen, dan mahkamah? Kenapa?

Kuasa eksekutif, Parlimen dan mahkamah perlu diasingkan dan kuasa-kuasa tersebut tidak boleh dicampuri oleh Jemaah Menteri terutamanya dalam bidang kehakiman.

For other MP responses, see Full MP list

The Nut Graph needs your support

Post to Twitter Post to Google Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

Tags: , , , , ,

Comments are closed.

Most Read in MP Watch

Most Read (Past 3 Months)

Most Comments (Past 3 Months)

  • None found

Advertisement


<

Advertisement


<
  • The Nut Graph

 

Switch to our mobile site